ABOUT ME

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Hai semua..

Nama saya Nurulaily binti Ishak, boleh panggil saya Laily. Seorang surirumah dan saya merupakan pengedar sah Shaklee sepenuh masa. Ibu kepada 3 orang anak, Muhammad Nazif, Nur Zahirah dan Nur Zarifah Sofea. Sayalah surihati Encik Muhammad Zamani Tamrin. Berasal dari Melaka, tapi sudah lama menetap di Selangor.

Saya ingin berkongsi bagaimana saya mula-mula jatuh cinta dengan Shaklee. Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee selepas menjalani operation membuang cyst pada 2013. Pada asalnya saya juga seperti pengedar-pengedar yang lain, mencuba Shaklee untuk diri sendiri. Kerana manfaat dan kebaikan yang saya perolehi daripada produk-produk Shaklee, saya mula berkongsi kebaikannya bersama rakan-rakan, saudara-mara dan kenalan. Pada Januari 2017, saya mula berminat untuk mulakan bisness dan menjadi pengedar produk Shaklee yang sah dan ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ramai pengguna-pengguna di luar sana.

Pernah bekerja di beberapa buah syarikat swasta dalam bidang kejuruteraan, jadi saya memang tidak ada pengetahuan dalam bidang ubat ubatan, vitamin dan supplemen. Sejak menjadi pengedar sah Shaklee ini, saya mula berminat dan banyak belajar dari bahan bacaan, kelas-kelas yang disediakan oleh Shaklee, bertanya dengan sideline, upline, serta master yang sudah banyak pengalaman dalam bidang ini. Pendek kata saya banyak berubah ke arah hidup yang lebih sihat sambil menjana income. Paling penting niat saya nak membantu mereka diluar sana untuk sihat dan sebarkan kelebihan serta kebaikan produk Shaklee ini. Semoga apa yang saya impikan ini menjadi kenyataan. Doakan saya ye.