Mempunyai mata yang bersinar dan cantik merupakan dambaan setiap wanita, namun tidak semua mudah memilikinya. Bagi mereka yang sering tidur lewat, selalu stay up sampai pagi, ibu-ibu yang selalu berjaga malam kerana menyusukan bayi sering mengalami masalah eyebag, mata panda dan akhirnya garis-garis halus sekitar mata mulalah memunculkan diri.
9 Punca Jeragat Tebal Yang Patut Anda Tahu
Jeragat adalah masalah yang biasa dialami oleh kaum wanita selain jerawat. Jeragat menjejaskan penampilan diri, menghilangkan seri wajah pada si penghidapnya. Baca selanjutnya untuk dapatkan informasi tentang punca jeragat yang patut anda tahu bagi cuba mengatasinya lebih awal.
Punca Pendarahan Semasa Hamil Dan Cara Mengatasinya
Bila berlaku pendarahan semasa hamil sememangnya merisaukan. Apa yang boleh difikirkan pada masa itu, kemungkinan akan berlaku keguguran. Walaupun bagi kebanyakkan doktor berpendapat ianya adalah perkara biasa dan tidak membahayakan kandungan, namun adalah lebih baik jika anda dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca dan bagi memastikan anda dan kandungan adalah sihat.
Simptom Dan Cara Mudah Atasi Alzheimer Elak Masalah Nyanyuk
Nyanyuk adalah satu perkataan yang biasa kita kaitkan dengan keadaan seseorang yang lanjut usia dan tidak mampu mengingati sesuatu perkara dengan baik. Anda juga mesti biasa dengar tentang penyakit Alzheimer. Kerapkali kedua-dua penyakit ini disalah ertikan oleh masyarakat sehingga menganggap kedua penyakit ini adalah sama.
Namun hakikatnya, Alzheimer bukanlah nyanyuk. Ia sebenarnya penyakit yang banyak menyumbang kepada masalah nyanyuk atau juga dikenali sebagai Dementia. Jom dapatkan info tentang simptom dan cara atasi Alzheimer bagi mengelak masalah nyanyuk.
Punca Penyakit Tiroid Dan Cara Rawatan Alternatif
Penyakit tiroid merbahaya kepada kesihatan kerana ia boleh mempengaruhi hampir keseluruhan fungsi badan kita. Penyakit ini juga sering terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Kenali tanda penyakit ini, punca serta rawatan alternatif yang boleh membantu keberkesanan rawatan atau ubatan dari hospital.
Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin Dengan Berkesan
Anda mengalami rambut gugur selepas bersalin? Saya pun pernah mengalaminya, bersepah-sepah dilantai sampai suami pun bising. Makin hari makin banyak yang gugur. Risau takut nampak kulit kepala pula nanti. Masalah keguguran rambut ini selain penyakit-penyakit kronik yang menyebabkan ia gugur, ada cara sebenarnya untuk mengatasinya. Jom dapatkan informasi tentang apakah faktor yang penyebab masalah ini dan cara atasinya dengan berkesan.
Atasi Katarak Dengan Suplemen Semulajadi Tanpa Pembedahan
Katarak adalah masalah selaput mata yang menebal dan ia biasanya dialami oleh mereka yang berumur. Seseorang yang mengalami masalah katarak akan merasakan penglihatannya kabur kerana lensa mata menjadi keruh dan berkabut. Sebaliknya, mata yang sihat akan sentiasa jernih dan penglihatannya cerah tanpa halangan. Dapatkan informasi bagaimana cara untuk mengatasi katarak dengan suplemen semulajadi sebagai rawatan alternatif bagi mengelak pembedahan.
Cara Mengatasi Sakit Gigi Dikalangan Ibu Mengandung
Sakit gigi sering dialami oleh ibu mengandung selain ketidakselesaan biasa seperti letih, muntah, mual, sakit badan dan pening. Sakit gigi ini berpunca daripada perubahan hormon dan ia boleh menjadi bertambah buruk apabila berlaku simptom kehamilan seperti morning sickness yang turut mempengaruhi kesihatan mulut. Jemput baca perkongsian saya pada kali ini tentang cara mengatasi sakit gigi dikalangan ibu mengandung.
4 Nutrien Penting Dalam Makanan Sihat Anda
Mengamalkan pemakanan sihat merupakan satu langkah penting untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih lama. Badan kita merupakan sebuah mesin yang hidup dan bernafas dengan beribu-ribu sistem yang berfungsi dengan sempurna seiring dengan fungsi tertentu, jadi amat penting untuk ia dipelihara dengan baik untuk bertahan dan bertenaga mengikuti aktiviti harian kita.
Punca Dan Rawatan Alternatif Batu Hempedu Tanpa Pembedahan
Batu hempedu atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Cholelithiasis. Batu hempedu yang terbentuk di dalam pundi hempedu mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan kebanyakkan pesakit tidak mengalami apa-apa simptom. Dapatkan informasi tentang punca penyakit ini serta rawatan alternatif yang boleh digunakan bagi merawatnya.