Adakah anda biasa dengar apa itu fibroadenosis ? Fibroadenosis merupakan ketulan lembut pada payudara yang menyebabkan payudara rasa berketul apabila di sentuh dan ia kadangkala menyakitkan. Ketulan pada payudara ini bukanlah sejenis kanser, ia boleh disebabkan beberapa faktor lain. Walaupun ia tidak berbahaya, namun boleh menganggu dan mengakibatkan ketidakselesaan bagi sesetengah mereka yang menghidapnya.
Kepentingan Protien Dan Jumlah Yang Diperlukan Oleh Tubuh
Protein merupakan makronutrien yang membekalkan kita dengan kalori ataupun tenaga. Dan badan kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk terus hidup. Secara kimia, protein terdiri daripada rangkaian asid amino, sembilan daripadanya dikenali sebagai asid amino perlu dimana ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita.
Oleh kerana itu, kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan yang kita makan. Rangkaian asid amino dalam protein diagihkan semasa penghadaman untuk membina dan membaiki otot, meningkatkan tahap tenaga, dan meningkatkan metabolisme serta banyak lagi fungsi penting yang lain.
Cara Merawat Buasir Agar Cepat Sembuh Tanpa Pembedahan
Ramai yang mengadu mengalami pendarahan ketika membuang air besar dan ia selalunya berpunca dari masalah buasir. Pada sesetengah keadaan, dimana buasir telah membesar dan terkeluar dari dubur yang berbentuk seperti ketulan daging menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa apabila duduk, berdiri mahupun berjalan. Pada entri kali ini saya kongsikan informasi tentang cara merawatnya agar sembuh dengan cepat dan berkesan.
Punca, Simptom Dan Cara Merawat Penyakit Anemia
Anemia merupakan penyakit yang lazim dihidapi oleh masyarakat terutamanya kaum wanita. Biasanya penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Ketahui apakah punca lain penyakit ini, simptom serta cara mengatasinya.
Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Kembung Perut
Masalah angin dan kembung perut adalah masalah yang sering kita hadapi. Masalah ini biasanya berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman kita. Pada sesetengah orang, masalah angin bukanlah satu gangguan, ini kerana mereka jenis yang mudah mengeluarkan angin dari badan. Bagi yang tidak, cuba amalkan petua yang saya kongsikan ini untuk buang angin dan atasi kembung perut.
Masalah Pedih Ulu Hati, Punca Dan Cara Atasinya
Pedih ulu hati adalah kesakitan ataupun ketidakselesaaan yang berlaku di antara bahagian dada dan abdomen. Lazimnya ia juga akan menyebabkan simptom pencernaan yang lain seperti sebu perut dan rasa kembung. Ketahui apakah punca yang menyebabkan masalah ulu hati terjadi serta cara mengatasinya.
Punca, Gejala Dan Cara Rawat Penyakit Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kenali punca, gejala penyakit serta rawatan yang boleh dilakukan bagi mengurangi simptom penyakit ini.
Cara Merawat Asma Secara Semulajadi Dan Berkesan
Ramai sebenarnya penghidap asma. Tak boleh buat kerja lebih sikit, nanti mulalah rasa sesak nafas. Bila dah sesak nafas semua kerja tak jadi dan tertangguh. Dah cuba bermacam ubat, tapi asma tetap datang. Mungkin kena cuba cara rawatan yang lain. Jadi kali ini saya nak kongsikan cara merawat asma secara semulajadi dan berkesan.
Tips Makanan Yang Boleh Bantu Kurangkan Kolesterol Jahat
Ramai yang sedia maklum apa itu kolesterol. Namun ramai juga yang tidak mengendahkan risiko kolesterol pada tubuh. Bila cakap pasal kolesterol mesti dikaitkan dengan orang yang gemuk. Jangan tak tahu, orang kurus pun sebenarnya berisiko ada kolesterol tinggi !. Entri saya pada kali ini akan saya kongsikan tips makanan yang boleh bantu kurangkan kolesterol jahat dari sumber semulajadi.
Punca Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya
Sembelit menyebabkan rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar dan ia pasti menyeksakan sesiapa sahaja. Sembelit juga boleh memberi implikasi kepada yang mengalaminya tidak kira orang dewasa, bayi ataupun kanak-kanak. Amalan cara hidup yang sihat dan aktif boleh melegakan serta mengurangkan sakit akibat sembelit. Pada entri kali ini, saya kongsikan informasi tentang punca anda kerap sembelit dan cara mengatasinya dengan berkesan.