5 Cara Mudah Untuk Kenalpasti Jenis Kulit Anda

Anda dah tahu jenis kulit anda ? Sebelum nak gunakan sesuatu skincare WAJIB kenalpasti dulu jenis kulit anda. Ini kerana sekiranya kulit anda jenis kering, tetapi guna produk untuk kulit berminyak, produk tadi akan menyerap lagi minyak dan menyebabkan kulit anda lebih kering. Jadi hari ini saya kongsikan cara untuk tahu jenis kulit anda hanya dengan langkah mudah.

 

Saya kongsikan 5 cara untuk kenalpasti jenis kulit anda. Jom kita try test !

1. Cuci Muka

Cuci muka anda dengan menggunakan pencuci muka yang tidak terlalu kuat. Pastikan muka betul-betul bersih dari make-up, minyak dan kotoran.

 

2. Biar 1 Jam

Biarkan selama 1 jam untuk kulit kembali pada keadaan normal. Jangan pakai apa-apa produk dan jangan sentuh kulit.

 

3. Lap Dengan Tisu

Lapkan kulit muka dengan tisu dan lebih fokus pada bahagian T-Zone iaitu dahi dan hidung.

 

4. Ketahui Jenis Kulit Anda

Anda boleh lihat dan ketahui jenis kulit anda mengikut ciri-ciri di bawah :-

  • Kulit Normal – Tiada kesan minyak. Anda akan rasa kulit anda lembut, sihat dan berseri. Tahniah kepada anda yang memiliki kulit jenis ini.
  • Kulit Berminyak – Anda akan dapati ada kesan minyak pada tisu. Kebanyakkan mereka yang mempunyai kulit berminyak memiliki pori-pori besar dan kulit nampak berkilat.
  • Kulit Kering – Anda dapat rasakan kulit anda tegang dan agak kesar. Terasa macam ada satu lapisan plastik atas kulit anda. Kulit kering biasanya menyebabkan liang pori yang kecil. Jadi, pelembap sangat penting untuk kulit jenis ini.
  • Kulit Kombinasi – Mempunyai semua ciri di atas. Biasanya kulit jenis ini mempunyai kawasan yang berminyak di bahagian T-Zone, normal dan kering di bahagian lain.
  • Kulit Sensitif – sering kelihatan kemerah-merahan, sangat alergi dan rasa gatal.

 

 

5. Kenalpasti Masalah Kulit Yang Anda Hadapi

Berikut merupakan masalah kulit yang mungkin dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, kering, kombinasi dan sensitif.

  1. Masalah Jerawat – Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat yang menyebabkan bakteria membiak. Ia juga berpunca dari kilang minyak (sebum) yang terlalu aktif. [Tips Hilangkan Jerawat Dan Perutnya… Klik Sini]
  2. Masalah Jeragat – Jeragat disebabkan masalah hormon yang terganggu akibat perubahan hormon seperti mengandung, pengambilan pil perancang juga akibat perubahan cuaca. Kulit yang sering terdedah kepada sinaran UV juga boleh mengakibatkan jeragat. [Cara Hilangkan Jeragat Tebal Lebih Cepat… Klik Sini]
  3. Masalah Kulit Sensitif – Kulit sensitif biasanya mengakibatkan kulit alergi terhadap produk yang kurang berkualiti, produk yang tinggi dengan bahan kimia berbahaya, juga produk murah. Kulit yang sentisif biasanya kelihatan kemerahan, berjerawat, luka dan gatal. [Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat… Klik Sini]

 

Sekian saja perkongsian saya pada kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge