9 Punca Jeragat Tebal Yang Patut Anda Tahu

Jeragat adalah masalah yang biasa dialami oleh kaum wanita selain jerawat. Jeragat menjejaskan penampilan diri, menghilangkan seri wajah pada si penghidapnya. Baca selanjutnya untuk dapatkan informasi tentang punca jeragat yang patut anda tahu bagi cuba mengatasinya lebih awal.

Faktor Yang Menjadi Punca Jeragat

 

#1. Matahari

Sinaran matahari mengandungi sinar UVA & UVB yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel kulit. UVA merosakkan sel bawah kulit , manakala UVB pula merosakkan sel luar kulit. Kesan dari sinaran ini bukan sahaja menyebabkan pigmentasi tetapi juga membawa kepada kanser kulit. Kesan UV tetap sampai kepada kita walaupun dalam keadaan cuaca mendung. Jadi sangat digalakkan untuk memakai krim pelindung UV yang terbaik.

 

#2. Perubahan Hormon

Perubahan hormon boleh menyebabkan jeragat tumbuh. Perubahan hormon di kalangan wanita adalah disebabkan melalui fasa mengandung, melahirkan, menyusu bayi, pengambilan pil perancang serta ubatan. Bagi sesetengah wanita jeragat mula berkurang apabila hormon mulai stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik apabila kulit wajah kekal dengan jeragat. Jadi pengambilan suplemen bagi merawat kulit wajah yang berjeragat merupakan satu langkah terbaik.

 

#3. Faktor Genetik

Tahukah anda, faktor genetik juga boleh menyebabkan jeragat ? Kebiasaannya jeragat menyerang wanita yang agak berumur iaitu 40an ke atas. Namun akibat faktor genetik, tidak mustahil bagi mereka yang berumur baru 20an mengalaminya. Pengambilan suplemen yang bersifat antioksida sangat membantu mengekalkan kulit serta dapat merawat masalah genetik seperti ini.

 

#4. Kekurangan Zat Makanan

Kulit berjeragat terjadi apabila anda mengalami kekurangan zat makanan. Amalkan pemakanan yang mengandungi vitamin C dapat mengalakkan pembentukan kolagen semulajadi, makanan yang tinggi dengan antioksida menjadikan kulit anda sihat serta awet muda. Bila tubuh cukup dengan keperluan nutrisi, maka kulit juga mendapat manfaatnya serta dapat mengelak dari masalah jeragat. Cara paling mudah untuk mencukupkan keperluan nutrisi anda adalah dengan pengambilan makanan tambahan seperti suplemen semulajadi.

 

#5.  Phototoxic

Phototoxic adalah keadaan di mana tubuh anda memberikan reaksi alergik atau alahan terhadap kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser iaitu kimoterapi, radioterapi dan ubatan lain. Selain dari itu bahan cucian dari rumah juga boleh menyebabkan alahan jenis ini, ia termasuk sabun cucian, peluntur, juga kosmetik dan pewangi. Jika secara tiba-tiba jeragat mulai tumbuh, cuba periksa jika baru baru ini anda ada bertukar sabun, pewangi, produk kecantikan atau ada mengambil apa-apa ubat. Untuk bahan cucian cuba bertukar kepada jenis yang organik yang tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap anda dan alam sekitar.

 

#6. Hypothyroidism

Hypothyroidisme merupakan keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan hormon tiroid menjadi terlalu rendah di dalam tubuh. Apabila keadaan ini berlaku, ia menjadi punca masalah pigmentasi dan jeragat pada kulit muka. Pengambilan suplemen untuk menstabilkan hormon sekaligus dapat mengurangkan masalah jeragat.

 

#7. Kosmetik Merkuri

Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia, berkuliti rendah serta produk timbang kilo yang berleluasa banyak dijual dengan harga yang murah boleh merosakkan kulit muka anda. Ini kerana bahan-bahan yang terkandung di dalam produk tersebut akan menghakis lapisan luar kulit muka lalu menyebabkan sinaran UVA dan UVB meresap masuk jauh ke dalam dan terus merosakkan sel-sel kulit anda. Tukar kepada produk penjagaan wajah yang dihasilkan dari sumber semulajadi. Produk itu juga mestilah telah melalui banyak kajian serta terbukti selamat dan bukan semata-mata hanya terbukti berkesan.

 

#8. Persekitaran Yang Tercemar

Keadaan alam sekitar yang tercemar seperti pencemaran asap kenderaan, pencemaran asap dan bauan dari kilang-kilang, pencemaran air, udara yang kotor, debu dari kawasan pembinaan menjadikan wajah kita kotor setiap kali kita keluar dari rumah. Kesannya, pendedahan ini menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Akhirnya radikal bebas ini pula menjadi punca kulit muka rosak dan berlakunya masalah jeragat.

 

#9. Tekanan Perasaan

Ramai yang tidak sedar, tekanan perasaan juga boleh menjadi punca kepada masalah jeragat. Tekanan perasaan menjadikan hormon di dalam badan menjadi terganggu. Sekaligus hormon yang tidak stabil menjadi pencetus kepada masalah jeragat. Jika menghadapi tekanan perasaan cuba cari penyelesaian dan jangan biarkan ia berlarutan sehingga memberi kesan negatif terhadap tubuh.

 

Baca juga –>> Cara Hilangkan Jeragat Tebal Lebih Cepat Dengan Set Jeragat Shaklee

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Cuba kenalpasti dahulu punca kepada masalah jeragat anda supaya ia dapat dirawat dengan betul. Jika anda berminat untuk ikhtiar masalah jeragat dengan Shaklee, silalah berhubung dengan saya untuk pertanyaan harga beserta konsultasi yang ekslusif.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

 

You may also like

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge