Apakah Fibroadenosis, Punca Serta Cara Merawatnya Elak Dibedah

Adakah anda biasa dengar apa itu fibroadenosis ? Fibroadenosis merupakan ketulan lembut pada payudara yang menyebabkan payudara rasa berketul apabila di sentuh dan ia kadangkala menyakitkan. Ketulan pada payudara ini bukanlah sejenis kanser, ia boleh disebabkan beberapa faktor lain. Walaupun ia tidak berbahaya, namun boleh menganggu dan mengakibatkan ketidakselesaan bagi sesetengah mereka yang menghidapnya.

 

Fibroadenosis adalah ketulan paling biasa terjadi terutamanya di kalangan wanita yang berusia lingkungan umur 30-50 tahun. Ketulan ini disebabkan perubahan hormon semasa remaja ketika pertama kali datang haid dan wanita yang pra-menopause.

 

Apakah Fibroadenosis ?

Fibroadenosis merupakan ketulan abnormal dan tidak merbahaya pada tisu payudara. Ketulan ini juga dikenali sebagai perubahan payudara Fibrocystic. Istilah ini merujuk ke dua keadaan yang berlaku secara semulajadi dalam payudara iaitu tisu fibrois dan cyst (benign) yang tidak berbahaya.

Payudara yang mempunyai lebih banyak tisu fibrous (tisu seperti parut), keadaan ini dikenali sebagai fibrosis. Ia menjadikan tisu payudara menjadi keras dan anjal. Cyst pula merupakan satu benjolan iaitu kantung yang berisi cecair yang boleh bergerak di dalam payudara. Saiz cyst mungkin boleh kekal kecil atau menjadi terlalu besar. Cyst yang tumbuh akan memberi tekanan pada tisu payudara dan keadaan ini membuatkan anda berasa sakit.

 

Punca Fibroadenosis

Tisu payudara berubah sebagai tindak balas kepada hormon yang dihasilka oleh ovari. Bagi mereka yang mempunyai fibroadenosis, perubahan yang lebih ketara mungkin dapat dirasa sebagai tindakbalas hormon ini. Ia boleh menyebabkan bengkak dan benjolan yang menyakitkan pada payudara.

Gejala fibroadenosis lebih dirasai sebelum dan semasa kedatangan haid. Penebalan benjolan pada payudara yang disebabkan pertumbuhan tisu fibrous yang berlebihan akan dapat dirasai selain benjolan yang berpunca dari cyst dan pembengkakan kelenjar susu.

 

Gejala Dan Tanda Fibroadenosis

• Lebih kerap dihadapi oleh wanita berumur dari 30-50 tahun
• Sakit terutama bila disentuh dan terasa bengkak
• Tanda ini lebih ketara ketika hendak datang haid
• Biasanya sakit berkurangan selepas haid
• Saiz ketulan fibroadenosis boleh berubah –ubah
• Boleh terasa ketulan pada payudara
• Ketulan fibroadenoasis boleh terdapat pada satu atau kedua-dua payudara
• Kebanyakan cyst muncul 5 tahun sebelum menopause

 

Rawatan Fibroadenosis

Rawatan Fibroadenosis boleh dilakukan hanya dirumah dan tidak memerlukan rawatan invasif. Beberapa rawatan boleh dilakukan untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan serta ketidakselesaan seperti berikut;

  • Pengambilan ubat tahan sakit seperti ibuprofen
  • Memakai bra sokongan yang sesuai dan selesa untuk mengurangkan kesakitan payudara
  • Tuam payudara dengan pek pemanas atau sejuk untuk melegakan kesakitan

Perubahan diet dan gaya hidup juga boleh membantu mengurangkan simptom fibroadenosis, antaranya;

  • Amalkan pemakanan yang tinggi dengan serat dan kurang lemak
  • Diet harian yang kaya dengan makanan yang mengandungi germanium seperti bawang putih, bawang merah dan cendawan shiitaki. Germanium berfungsi membaiki pengoksidaan tisu pada peringkat selular
  • Pengambilan garam yang kurang dapat mengurangkan bengkak pada payudara pada penghujung kitaran menstruasi
  • Elakkan pengambilan kopi, teh, minuman berkarbonat dan coklat. Pada sesetengah wanita dengan mengelak dari pengambilan makanan berkafien dapat mengurangkan simptom ketumbuhan ini
  • Pengambilan suplemen untuk membantu mengurangkan serta merawat ketumbuhan ini

 

 

 

Carotomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E yang kaya dengan anti-oksidan amat berkesan menentang radikal bebas.

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix juga mempunyai anti-oksidan yang tinggi di mana mampu merawat dari sel.

GLA Complex pula sangat penting dalam rawatan membantu mengecutkan cyst. GLA (Gamma Linolenic Acid) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin (hormon) yang mampu mengawal keradangan serta mengawal keseimbangan hormon dari membentuk cyst baru.

 

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge