Kepentingan Protien Dan Jumlah Yang Diperlukan Oleh Tubuh

Protein merupakan makronutrien yang membekalkan kita dengan kalori ataupun tenaga. Dan badan kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk terus hidup. Secara kimia, protein terdiri daripada rangkaian asid amino, sembilan daripadanya dikenali sebagai asid amino perlu dimana ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita.

Oleh kerana itu, kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan yang kita makan. Rangkaian asid amino dalam protein diagihkan semasa penghadaman untuk membina dan membaiki otot, meningkatkan tahap tenaga, dan meningkatkan metabolisme serta banyak lagi fungsi penting yang lain.

Makanan yang mengandungi protein dipecahkan semasa proses penghadaman untuk menyediakan asid amino yang diperlukan untuk sintesis protein. Setiap protein tambahan dalam makanan yang tidak diperlukan untuk tujuan ini digunakan untuk tenaga atau disimpan sebagai lemak. Satu gram protein menyediakan 4 kalori tenaga. Protein makan menyediakan asid amino untuk sel anda untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri, serat otot dan enzim anda (serta banyak jenis protein).

Kesimpulannya protien membantu tubuh kita untuk kekal bertenaga, tetapi apa yang perlu kita tahu adalah berapa banyak yang diperlukan oleh tubuh untuk seharian. Sebelum kita mula menentukan jumlah protien dalam diet atau sumber protein harian kita,harus ketahui dahulu fakta tentang nutrien penting ini untuk memastikan kita dapat mengikuti pelan diet terbaik untuk tubuh kita.

Menurut Akademi Perubatan Kebangsaan, kita memerlukan sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran sebanyak 64 gram bagi orang dewasa . Di samping itu, jumlah protein yang perlu diambil juga bergantung kepada umur, jantina, dan tahap aktiviti fizikal.

Sebaik sahaja mengetahui berapa banyak protein yang kita perlukan berdasarkan pengiraan di atas, maka sudah tiba masanya untuk kita pastikan pengambilan protien yang cukup di dalam diet kita. Berikut adalah beberapa sumber protein utama yang boleh di ambil setiap hari;

1. Daging Tanpa Lemak

Sekiranya daging yang kita makan, seperti daging lembu atau ayam dengan kulit,  maka sebenarnya kita kurang mendapat khasiat protein berbanding mendapat banyak kalori dari lemak, terutama lemak tepu. Jadi sebenarnya daging tanpa lemak serta ayam bahagian dada tanpa kulit yang perlu kita ambil sebagai makanan yang boleh memberikan khasiat protien.

 

2. Makanan Laut

Makan satu hidangan makanan laut setiap minggu sangat bagus diamalkan dan memberi manfaat kepada tubuh kita. Ia dapat membantu membersihkan kulit, meningkatkan metabolisme dan membekalkan sumber asid lemak omega 3 yang sihat. Jika sumber protien dari makanan laut adalah ikan, hadkan pengambilannya hanya 2 kali seminggu untuk memastikan tahap merkuri tidak meningkat. Jika anda seorang pescatarian, anda juga boleh dapatkan protien dari sumber lain seperti suplemen protien, sayuran segar dan yogurt.

 

3. Kacang dan Bijirin

Merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang vegan atau vegetarian kerana kacang dan bijirin mengandungi protein dan asid lemak sihat. Protein boleh didapati dalam makanan berasaskan kacang, seperti mentega kacang, dan bar granola gula rendah. Walaupun kacang mengandungi protein dan vitamin yang sihat, ia tidak mengandungi semua asid amino penting yang kita perlukan setiap hari, sebab itu suplemen protein berasaskan tumbuhan adalah makanan tambahan yang amat bagus untuk diet kita.

 

4. Suplemen Protien

Suplemen protein adalah cara yang baik untuk memastikan bahawa kita mendapat jumlah protein yang cukup setiap hari, dan ia dapat membuat anda merasa puas, serta sangat membantu dalam pengurusan berat badan.

ESP – Protien Bukan GMO Yang Lengkap Dengan Semua Asid Amino Perlu

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protine soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protien soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protien termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protien dari sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak, bebas laktosa dan kolesterol.

Fungsi Utama ESP adalah;

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protien soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi 5 vitamin B penting, separuh dari keperluan kalsium harian dan soya isoflavones. kajian menunjukkan soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Protien soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang di gelar Identity Prevervation Program (IPP) dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses penanaman sehinggalah saat pemprosesannya.

 

 

Protein adalah superfood, penuh dengan nutrien penting yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan terbaik anda sekarang!

 

Nak dapatkan sumber protien dari ESP ? boleh hubungi saya sekarang

 

You may also like

2 Comments

  1. Protein memang sangat penting untuk tubuh. Memang setiap hari kita ada ambil protein dari menu harian, tetapi kadangkala jumlah yang diperlukan oleh tubuh masih tidak mencukupi. Maka pengambilan suplemen untuk protein sangat membantu. Esp pilihan terbaik.

    1. Setuju sangat tu. Yang kita makan setiap hari tu masih belum cukup untuk tampung keperluan seharian. Terima kasih sis atas ulasan yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge