Simptom Dan Cara Mudah Atasi Alzheimer Elak Masalah Nyanyuk

Nyanyuk adalah satu perkataan yang biasa kita kaitkan dengan keadaan seseorang yang lanjut usia dan tidak mampu mengingati sesuatu perkara dengan baik. Anda juga mesti biasa dengar tentang penyakit Alzheimer. Kerapkali kedua-dua penyakit ini disalah ertikan oleh masyarakat sehingga menganggap kedua penyakit ini adalah sama.

Namun hakikatnya, Alzheimer bukanlah nyanyuk. Ia sebenarnya penyakit yang banyak menyumbang kepada masalah nyanyuk atau juga dikenali sebagai Dementia. Jom dapatkan info tentang simptom dan cara atasi Alzheimer bagi mengelak masalah nyanyuk.

Simptom Dan Tanda-Tanda Penyakit Alzheimer

Simptom ataupun tanda awal penyakit ini termasuklah sukar mengingati sesuatu perkara yang baru sahaja dilakukan. Semakin lama, penyakit ini semakin teruk sehingga menyebabkan penghidapnya tidak mampu mengingati perkara yang lebih penting seperti nama sendiri, isteri anak-anak dan orang yang biasa ada disekeliling. Lebih parah lagi pesakit mungkin mengalami masalah dalam percakapan dan mengenal perkataan, perubahan tingkah laku dan emosi.

Penyakit ini menyebabkan pesakit tidak mampu lagi mengingati perkara asas seperti cara untuk makan, buang air di tandas serta cara menguruskan diri. Disebabkan keadaan ini, menyebabkan fungsi asas tubuh pesakit menurun dan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan akhirnya pesakit meninggal dunia.

 

Bagaimana Alzheimer Boleh Terjadi ?

Mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan mempunyai sejarah dementia adalah golongan yang sangat berisiko mendapat penyakit ini. Bagi penyakit Alzheimer, terdapat beta amyloid plaque dalam otak yang melekat di dinding saluran darah ke otak. Keadaan ini menyebabkan;

  • bekalan darah dan oksigen berkurangan di hantar ke otak.
  • secara beransur-ansur sel otak akan rosak dan musnah.
  • Berlaku pengurangan Acetyl Choline (Ach) iaitu pemancar signal kimia di dalam otak. Keadaan ini mempengaruhi saraf.

Berlaku gangguan terhadap fungsi penting seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan) sekiranya keadaan ini terjadi.

 

Cara Mudah Elak Alzheimer

Sebenarnya ada cara untuk kita cuba mengatasi serta mengelak penyakit ini. Apa yang penting adalah cuba lakukan beberapa perkara secara konsisten untuk meransang otak dari ia mengecut.

 

1. Elak Keadaan Yang Beremosi Dan Tertekan

Dalam kehidupan sememangnya kita tidak boleh lari dari menghadapi pelbagai masalah dan dugaan hidup yang boleh membuatkan kita rasa tertekan dan beremosi. Namun apa yang penting adalah bagaimana kita menangani keadaan ini. Tekanan emosi yang berpanjangan menyebabkan hormon steroid dan corsitol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan bahagian pemancar letrik terutamanya di bahagian hippocampus dan prefrontal lobe. Bahagian ini adalah penting untuk menyimpan segala ingatan dan tempat memproses pemikiran kita.

 

2. Senaman Meningkatkan Fungsi Otak

Dengan melakukan senaman secara tidak langsung dapat membekalkan oksigen kepada otak. Seterusnya dapat mencetuskan pengeluaran BDNF (Brain Derived Neurotrophic Factor) yang boleh meningkatkan fungsi otak iaitu kognitif dan pembelajaran. Pada masa yang sama meningkatkan mitokondria iaitu tenaga pada sel otak kita. Selain bersenam, menari juga dikatakan boleh meningkatkan fungsi otak.

 

3. Amalan Membaca

Membaca jambatan ilmu, dengan membaca kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Namun sedarkah kita dengan membaca kita bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan, tetapi dapat meransang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses. Synapses merupakan struktur dalam sistem saraf otak yang membolehkan neuron mendapat isyarat dari neuron yang lain.

 

4. Tidur Yang Cukup

Apabila kita mendapat tidur yang cukup, kita akan merasa lebih cergas dan bersemangat. Orang dewasa memerlukan di antara 6-8 jam tidur yang cukup untuk badan kita reset semula. Senaman ringan juga boleh dilakukan sebaik bangun dari tidur bagi memberi ransangan pada otak.

 

5. Pengambilan Vitamin Untuk Mencegah Alzheimer

Antara vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk penyakit Alzheimer adalah Vivix, Omegaguard, B-Complex dan Ostematrix.

Vivix Bagus Untuk Mitokondria

Mitokondria merupakan pusat tenaga bagi sel kita. Tenaga sel akan berkurangan apabila kita meningkat usia dan faktor pencemaran juga boleh membuatkannya semakin berkurang. Jadi di sini lah fungsinya Vivix iaitu dengan membantu meningkatkan tenaga dalam sel. Apabila tenaga sel semakin kuat, akan menjadikan kita lebih cergas. Sel yang kuat dan sihat membantu peredaran darah yang lancar dengan oksigen yang cukup dapat sampai ke otak. Kandungan resveratrol juga membantu perbaiki sambungan sel-sel dalam otak kita.

 

Omegaguard Untuk Lemak Otak

Otak manusia mengandungi 60% lemak, manakala omega dan  DHA mewakili 25% daripadanya yang berperanan penting untuk fungsi otak dan retina untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA menyebabkan sel-sel otak menjadi tegang, inflamasi serta rosak dan juga menyebabkan kimia pemancar neuro berkurangan.

 

Vitamin B Untuk Ketajaman Otak

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir dengan menjaga kesihatan neurotransmitter. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil (mengecut) dan memang mudah untuk dapat penyakit alzhmeir. B-Complex Shaklee lengkap dengan semua jenis vitamin B untuk membantu melancarkan peredaran darah dan choline untuk fungsi otak. Vitamin B juga dikenali makanan untuk sistem saraf kita.

 

Ostematrix untuk Vitamin D

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Lazimnya pesakit Alzheimer mengalami kekurangan vitamin D. Jadi Pengambilan Ostematrix Shaklee yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat membantu dalam masalah Alzheimer dan juga untuk kesihatan tulang juga.

 

Lakukan yang terbaik untuk orang yang tersayang seperti pasangan kita atau ibubapa dengan memberikan mereka suplemen untuk mencegah Alzheimer. Untuk dapatkan vitamin Alzheimer beserta konsultasi yang ekslusif boleh terus hubungi saya.

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge