Masalah Pedih Ulu Hati, Punca Dan Cara Atasinya

Pedih ulu hati adalah kesakitan ataupun ketidakselesaaan yang berlaku di antara bahagian dada dan abdomen. Lazimnya ia juga akan menyebabkan simptom pencernaan yang lain seperti sebu perut dan rasa kembung. Ketahui apakah punca yang menyebabkan masalah ulu hati terjadi serta cara mengatasinya.

Masalah pedih ulu hati biasanya tidak mendatangkan kerisauan pada sesetengah orang terutamanya selepas makan. Ia mungkin disebabkan jus gastrik atau asid yang ditolak naik ke ke saluran esofagus. Disamping rasa pedih ulu hati, pesakit yang menghidap masalah ini turut merasakan simptom-simptom sampingan berikut;

  • Rasa pedih dibahagian dada (heartburn)
  • Loya selepas makan
  • Batuk yang kronik
  • Sakit tekak yang berpanjangan
  • Kerap tersedu
  • Rasa seperti ada benjolan di dalam tekak
  • Susah menelan makanan yang pejal
  • Muntah

 

Punca Pedih Ulu Hati

Punca pedih ulu hati yang biasanya berlaku adalah disebabkan asid yang terhasil dari dalam perut menghakis dinding perut ataupun dinding esofagus. Keadaan ini menyebabkan bahagian yang terbabit luka dan mengalami keradangan.

Beberapa punca lain turut menyebabkan pedih ulu hati, antaranya;

  • Terlebih makan – apabila makanaan di ambil berlebihan, akan menyebabkan makanan itu naik semula ke bahagian esofagus bersama-sama dengan asid. Asid ini akan menghakis esogafus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Refluks asid – Ia berlaku apabila selepas seseorang itu makan, makanan tertolak semula bersama-sama asid naik ke esofagus.
  • Masalah gastrik – Jangkitan bakteria H pylori, yang menyebabkan lapisan perlindungan perut menjadi nipis, asid di dalam perut mula menghakis dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • Hiatal Hernia – Sebahagian daripada organ  perut tertolak ke bahagian dada melalui rongga hiatal. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut menghasilkan asid dan kemudian naik ke esofagus.
  • Batu hempedu – Batu hempedu juga menyebabkan keradangan di bahagian hempedu dan menyebabkan rasa sakit dibahagian ulu hati. Jika seseorang yang mengalami sakit pedih ulu hati, tetapi selepas membuat pemeriksaan dan mendapati perutnya normal, doktor akan menyarankan pesakit untuk membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengesan batu hempedu.
  • Serangan sakit jantung – Simptom serangan jantung juga boleh menyebabkan rasa pedih di bahagian ulu hati, kerana saraf yang membawa rasa sakit jantung adalah saraf yang sama dengan sakit di ulu hati.

 

Rawatan Pedih Ulu Hati

Rawatan terhadap masalah ini bergantung kepada puncanya. Jika pesakit mengetahui punca masalah ini adalah disebabkan gastrik dan ianya tidak terlalu serius, pesakit boleh mencuba beberapa rawatan mudah dirumah. Pesakit juga disarankan untuk;

  • Mengelakkan makanan yang terlalu pedas dan makanan yang mengandungi cuka
  • Cuba makan sedikit-sedikit tetapi kerap berbanding makan dalam kuantiti yang banyak
  • Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit juga boleh mengelak dari masalah gastrik
  • Ubatan seperti magnesium tricylicate boleh diambil bagi mengurangkan gejala gastrik

 

 

 

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja

 

Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh Membantu Masalah Pedih Ulu Hati @ Gastrik ?

 

 

Beberapa rangkaian vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk masalah pedih ulu hati adalah;

ESP – Merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan. Mengandungi asid amino yang membantu memulihkan semula sel-sel dinding perut dan esofagus yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik.

Peppermint Ginger Plus – Pengambilan halia sebagai makanan tambahan membantu melegakan angin di dalam perut, senak dan sebu perut

Ostematrix – Suplemen lengkap mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Ia sangat membantu mengurangi keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

 

 

Berminat nak ikhtiar masalah pedih ulu hati @ gastrik anda dengan Shaklee ? Boleh wasap saya segera untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.

Klik di bawah untuk pembelian secara online

Sebarang pembelian melayakkan anda mendapat konsultasi ekslusif dari saya. Sila berhubung untuk cara pengambilan vitamin yang betul. Terima kasih.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge