Punca Dan Cara Kawal Psoriasis Dengan Berkesan

Psoriasis adalah penyakit keradangan kulit yang menyebabkan sel kulit menjadi mati menebal. Ia juga penyakit kulit kronik yang tidak boleh di ubati namun ia boleh dikawal. Kulit yang kasar, kering dan menebal ini berlaku disebabkan serangan imunisasi oleh sel darah putih yang tidak normal.  Mari dapatkan informasi tentang punca lain yang boleh dikaitkan dengan penyakit ini dan bagaimana cara untuk mengawalnya dari terus merebak.

Bahagian-bahagian yang biasa di serang penyakit ini adalah kulit kepala, siku, lutut dan bahagian belakang badan. Walaupun ia bukan penyakit berjangkit, namun ia cenderung untuk mempunyai serangan turun naik bergantung pada berpunca dan keadaan pada ketika itu seperti faktor persekitaran termasuk tekanan dan jangkitan kuman. Mereka yang obesiti dan juga penghidap psoriasis juga mempunyai risiko tinggi kepada penyakit jantung dan kencing manis.

 

Jenis-jenis Psoriasis

1. Psoriasis yang bertompok paling biasa dihidapi

2. Guttate Psoriasis biasa dihidapi di kalangan kanak-kanak

3. Erythrodermic Psoriasis jenis yang teruk dan perlu mendapatkan rawatan di hospital

4. Lampin psoriasis

5. Pustular psoriasis juga jenis yang teruk dan menyebabkan kesakitan

 

Punca Psoriasis

Bagi pesakit psoriasis, sel kulit yang dipanggil Keratinocyte akan menjadi cepat membahagi. Sel Keratinocyte ini merupakan sel yang akan mengekalkan integriti kulit supaya ia boleh berfungsi sebagai lapisan kalis air, kalis dari jangkitan bakteria dan sebagainya. Apabila ia teralu cepat membahagi, kulit akan menjadi tebal dan sel yang terhasil menjadi tidak normal. Hasilnya kulit menjadi tebal, berkeruping, pecah dan seterusnya terdedah kepada jangkitan.

Faktor Persekitaran

Antara punca faktor persekitaran yang boleh mencetuskan penyakit ini adalah;

♦ Luka pada kulit

♦ Suhu yang rendah

♦ Jangkitan kuman

♦ Tekanan

♦ Alkohol

♦ Ubat-ubatan

Terdapat kajian yang mengatakan jangkitan kuman pada gusi boleh menyebabkan serangan psoriasis pada seseorang. Namun apabila jangkitan dapat dirawat, serangan psoriasis turut berkurang.

Faktor Genetik

Faktor genetik adalah yang berkaitan dengan keturunan. Risiko adalah tinggi untuk mendapat penyakit psoriasis jika mereka mempunyai saudara ataupun adik beradik yang menghidap penyakit ini. Punca yang menyebebkan serangan psoriasis dikalangan mereka apabila ada jangkitan di bahagian saluran atas pernafasan dimana mereka mempunyai simptom batuk dan selsema yang biasa. Kemudian barulah serangan psoriasis bermula.

Seperti juga obesiti, masalah psoriasis juga dikaitkan dengan genetik. biasanya serangan psoriasis menjadi lebih teruk sekiranya berat badan makin bertambah. Namun apabila berat badan dapat dikurangkan, simpton psoriasis juga berkurang.

Faktor Imun

Kajian menunjukkan bahawa penyakit psoriasis adalah salah satu jenis penyakit ‘autoimmune’. Di dalam penyakit autoimmune, sel imun badan menjadi keliru, dan cuba menyerang atau menghapuskan sel badannya sendiri. Oleh sebab itu pada pesakit psoriasis, terdapat sel darah putih terkumpul pada kulit kerana ia cuba menyerang sel kulit itu sendiri.

Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, namun penyakit ini akan dihidapi seumur hidup. Ada masa-masanya penyakit ini dapat menyerang dan baik semula bila dirawat. Penyakit psoriasis tidak menyebabkan kematian, namun penyakit psoriasis yang teruk boleh meningkatkan risiko kematian awal disebabkan ia boleh membawa kepada penyakit kronik yang lain.

Beberapa penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah ini adalah;

  • Penyakit jantung : 90 kajian telah menunjukkan pesakit psoriasis berisiko tinggi mendapat serangan jantung dan strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kegagalan buah pinggang

Beberapa komplikasi mungkin dihadapi oleh pesakit psoriasis;

  • Jangkitan bakteria pada kulit yang terbabit
  • Mempunyai risiko penyakit limfoma
  • Mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar
  • Serangan sendi
  • Injap jantung yang bermasalah

 

Rawatan Bagi Penyakit Psoriasis

Terdapat pelbagai pilihan untuk rawatan penyakit psoriasis ini, rawatan terbaik bergantung kepada pakar yang merawat dengan mengenalpasti jenis psoriasis, tahap keradangan dan kawasan tubuh yang terlibat. Bagi gejala psoriasis yang sederhana dan kawasan yang terlibat lebih besar (20% atau melebihi) rawatan luaran seperti sapuan krim mungkin tidak lagi berkesan. Kes-kes sebegini memerlukan memerlukan rawatan yang lebih serius seperti menggunakan cahaya ultraungu (uv light) atau ubat-ubatan (pil dan suntikan).

Bagi gejala sakit sendi yang disebabkan oleh psoriasis, ubat luaran tidak memberi apa-apa kesan kepada penghidapnya. Ubat untuk menghentikan kerosakan sendi dari berterusan harus diambil oleh pesakit. Namun begitu rawatan-rawatan sebegini akan menyebabkan risiko yang besar. Ada sesetengah ubatan tidak memberi kesan pada seseorang, malah penggunaan ubatan tersebut mungkin tidak selamat dan memberi kesan sampingan untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu pesakit dicadangkan untuk mencari alternatif bagi mengurangkan serta mengawal penyakit ini.

 

Suplemen Shaklee Boleh Membantu Mengawal Psoriasis

 

Testimoni

 

 

 

 

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Psoriasis melalui Whatsapp

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge