Punca Dan Cara Rawat Kayap Dengan Berkesan

Kayap atau dengan istilah perubatannya dipanggil Shingles adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella-Zoster. Virus ini merupakan virus yang sama menyebabkan jangkitan cacar air (chicken pox). Sebaik pulih dari chicken pox, virus ini kekal di dalam pusat saraf. Jadi sesiapa sahaja yang pernah dijangkiti chicken pox berpotensi mendapat masalah kayap sekiranya tahap imun badan menjadi rendah.

Kayap juga dikenali dengan Herpes Zoster kerana virus penyebab jangkitan ini iaitu Varicella-Zoster adalah tergolomg dalam kumpulan virus yang dipanggil virus Herpes. Semua jenis virus ini boleh bersembunyi dan kebanyakkannya kekal di kawasan saraf yang menyalurkan maklumat untuk deria sentuhan dan sakit dibahagian kulit.

 

Punca Jangkitan Kayap

Punca atau pun sebab mengapa jangkitan virus Varicella-Zoster mula membiak semula tidak diketahui secara tepat. Namun kebanyakan pengamal perubatan berpendapat, apabila sistem imun menjadi lemah virus tersebut mula aktif dan menyebabkan kayap berlaku.

 

 

Beberapa punca yang mungkin boleh dikaitkan dengan jangkitan kayap ialah;

  • Individu yang berusia, semakin berusia, semakin kurang daya tahan melawan penyakit.
  • Individu yang menghidap penyakit yang berkaitan imun seperti HIV/AIDs
  • Pesakit Kanser di bawah rawatan kemoterapi dan radioterapi
  • Individu yang mengalami tekanan atau trauma
  • Pesakit yang telah menjalani pemindahan organ
  • Ubat – immunosuppressive drugs
  • Kanak-kanak yang ibunya dijangkiti chicken pox semasa kehamilan
Imej virus herpes zoster di peringkat molekul.

Fasa Jangkitan Kayap

Terdapat 3 fasa jangkitan yang akan berlaku kepada setiap pesakit kayap.

1. Fasa Sebelum Terjadinya Ruam

  • Pesakit mula merasa sakit pada kawasan terlibat tanpa mempunyai sebarang ruam. Pesakit juga mengadu ransangan yang tidak normal pada kawasan kulit yang terlibat.
  • Ia berlaku 2-3 hari sebleum ruam mula keluar. pada masa itu pesakit mungkin merasa letih, sakit kepala, demam dan sakit-sakit badan.

2. Fasa Ruam

  • Pada fasa ini ruam berair mulai timbul dengan banyak di kawasan yang terlibat. pesakit akan merasa sakit pada kawasan dermatome tersebut akibat keradangan saraf.
  • Sakit bermula di bahagian belakang iaitu di tulang belakang, ini disebabkan saraf dermatome keluar dari tulang belakang ke bahagian hadapan badan.
  • Ruam tersebut akan meletus mengeluarkan airnya beserta virus Varicella Zoster tersebut. Keadaan ini berlaku dalam 3-5 hari, kemuadian ia akan menjadi ulser dan kering.
  • Semasa ruam ini berair dan menjadi ulser, pesakit mudah menjangkiti orang lain sehinggalah ruam ini benar-benar kering.

3. Fasa Kronik

  • 9-45% pesakit yang menghidap kayap akan merasa fasa kronik. Dimana di dalam fasa ini, pesakit akan merasa sakit pada bahagian yang tumbuh kayap sebelum ini, selama lebih 30 hari waaupun pada ketika itu semua ruam kayap teah pun sembuh.
  • Kebanyakan pesakit merasa sakit seperti terbakar, rasa kebas ataupun seperti kena arus elektrik pada kawasan kulit yang pernah ditumbuhi ruam kayap.

 

Perkongsian dari penghidap kayap kronik Puan Siti Norhayati Abd Halim, yang diserang kayap di bahagian muka sehingga menjejaskan matanya. Baca kisah pengalaman ini, bagaimana ikhtiar beliau sehingga dapat sembuh dari jangkitan kayap.

 

Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
..
NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..
..
LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two Face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.
..
Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu… serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~
..
Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!
-Puan Siti Norhayati Abdul Halim-

Rawat Kayap Dengan Suplemen Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

Rawatan antibiotik adalah tidak berkesan kerana kayap merupakan penyakit yang disebabkan virus. Biasanya, rawatan yang dilakukan di hospital adalah untuk mengurangkan simptom kayap. Apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh pesakit kayap adalah, tingkatkan tahap imunisasi tubuh bagi melawan jangkitan ini.

Pengambilan suplemen semulajadi merupakan satu inisiatif rawatan bagi merawat serta meningkatkan tahap inum badan bagi menghalang jangkitan semula di masa akan datang.

 

Testimoni

 

 

 

Rawat kayap anda segera dengan suplemen dari Shaklee dari ia teruk merebak. Hubungi saya melalui wasap untuk pembelian set ini.

Atau klik di bawah untuk pembelian secara online

Setiap pembelian di bawah ID saya melayakkan anda mendapat konsultasi ekslusif cara pengambilan vitamin yang betul. Jadi hubungi saya untuk tujuan itu. Terima kasih.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge