Punca Luka Pembedahan Lambat Sembuh

Penjagaan luka selepas pembedahan sangat penting dan perlu diberi perhatian agar luka cepat kering dan sembuh seperti sediakala. Luka yang tidak dijaga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman. Tidak kira apa jenis pembedahan sekalipun, jika luka telah dijangkiti, ia akan lambat sembuh dan mendatangkan kesakitan yang teruk.

Punca Luka Lambat Sembuh

Banyak faktor ataupun punca mengapa luka pembedahan lambat sembuh. Bukan hanya disebabkan penjagaan dan cara membersihkan luka tersebut, tetapi bagaimana tubuh pesakit bertindakbalas dengan penyembuhan. Tindak balas ini sangat bergantung pada diri pesakit itu sendiri.

Antara golongan yang berisiko tinggi luka pembedahan lambat sembuh dan berisiko terkena jangkitan kuman pada lukanya adalah :-

  1. Warga emas (pesakit yang berumur lebih 60 tahun)
  2. Pesakit yang sebelum ini kekurangan berat badan akibat kurang nutrisi
  3. Pesakit yang kurang vitamin C
  4. Pesakit yang kurang protien
  5. Pesakit yang imun badan rendah
  6. Pesakit kronik seperti kencing manis (diabetes), Peripheral Vascular Disease (penyakit pembuluh darah), pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi
  7. Pesakit autoimun seperti SLE yang dirawat dengan steroid
  8. Perokok

 

Tanda-tanda Luka Pembedahan Telah Dijangkiti Kuman

Luka pembedahan yang kecil mungkin mudah untuk sembuh, namun bagi luka pembedahan yang besar (major surgery) sudah tentu mengambil masa yang lama untuk sembuh. Jadi sudah tentu ia terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Antara tanda-tanda ia telah dijangkiti adalah;

  • Luka membengkak
  • Sakit dan rasa panas pada tempat luka
  • Perubahan warna kulit disekitar luka menjadi gelap
  • Bernanah
  • Keluar cecair yang berbau pada tempat luka
  • Luka mengeluarkan banyak darah

 

Suplemen Yang Dicadangkan Untuk Penyembuhan Luka Menjadi Cepat

Beberapa suplemen boleh diamalkan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan sekaligus merendahkan risiko jangkitan kuman, antaranya ialah;

  1. Beta Carotene atau Vitamin A
  2. Vitamin C
  3. Vitamin E
  4. Zinc
  5. Vitamin B Complex
  6. Glucosamine
  7. L-arginine

Selain itu beberapa tips boleh digunapakai bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

  1. Amalkan 1 sudu besar madu setiap pagi (bagi yang tiada diabetes)
  2. Tambahkan jumlah pengambilan protien dalam sehari.
  3. Berikan suplemen berbentuk cecair untuk mudah ditelan pada pesakit yang tiada selera makan
  4. Jaga pemakanan iaitu jangan makan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah seperti makanan laut.
  5. Selagi luka masih belum kering dan sembuh, pastikan luka sentiasa di bersihkan dan dicuci. Proses ini perlu dilakukan oleh mereka yang terlatih seperti doktor atau jururawat.

 

Suplemen Shaklee Membantu Luka Cepat Sembuh

1. Vivix

Gabungan 4 bahan yang menjadikan Vivix sangat istimewa iaitu Muscadine Grape, Polyganum Cuspidatum, Purple Carrot dan Elderberry. Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi sangat disarankan untuk penyembuhan luka kerana ia bertindak dengan cara baik pulih sel, tingkatkan tenaga sel, melindungi sel, tingkatkan fungsi sel bagi memastikan sel dapat bekerja dengan lancar.

2. Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C dapat membantu dengan cara mempercepatkan luka pembedahan sembuh, mengelakkan keradangan, mengurangi kesan parut. Vitamin C juga membantu menguatkan sistem imun tubuh bagi melawan jangkitan kuman.

3. ESP – Soy Protien Isolated Powder

ESP kaya dengan protien dan mengandungi 9 asid amino untuk keperluan badan. ESP membantu penghasilan tisu yang baru dan membaiki tisu yang rosak semasa proses penyembuhan.

4.   B-Complex

Mengandungi asid folat, vitamin B1, B2, B3 B6, dan B12. Vitamin B  berfungsi membantu sel darah merah mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk di kawasan luka. Aliran oksigen yang cukup akan mempercepatkan proses penyembuhan luka berlaku.

 

Perkongsian dari mereka yang telah ikhtiar dengan Shaklee

[LUKA BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN CEPAT SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN DAN VITAMIN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum w.b.t. Saya Nurainy bte Md Jali merupakan ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Ammar Izzariel bin Mohamad Izat. Kisah Anie jatuh hati dengan Shaklee bermula selepas lahirkan anakanda tercinta.
.

Semasa dalam tempoh berpantang hari yang kesembilan, Anie diduga mengalami pendarahan pada luka pembedahan. Setiap pergerakan menyebabkan darah keluar daripada luka jahitan tersebut. Risau keadaan menjadi lebih serius, suami Anie pun membawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor, tiada apa-apa yang serius dan minta supaya Anie pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk cuci luka tersebut pada setiap hari selama seminggu.
.

Setelah hampir seminggu masih lagi terdapat darah yang keluar dari luka tersebut tetapi hanyalah sedikit sahaja. Walaupun sedikit Anie tetap risau. Mulalah mencari penawar untuk luka sembuh. Selepas banyak yang Anie jumpa dalam Google, Anie buat keputusan untuk membeli Vita-Lea, ESP dan Sustained Released Vita-C Plus. Bermula dari kisah itu Anie pun mendaftar sebagai ahli. Alhamdulillah dalam satu minggu konsisten pengambilan kesemua suplemen dan vitamin itu, luka pembedahan Anie jadi kering dan beransur pulih. Tiada lagi pendarahan.
.

Kemudian, Anie mula menambah koleksi suplemen dan vitamin yang lain iaitu Alfalfa Complex, Ostematrix, Omega Guard dan B- Complex sehinggalah lengkap Set Penyusuan Anie. Alhamdulillah, asbab pengambilan set ini susu jadi pekat dan meriah. Anak cepat kenyang dan jarang sangat meragam. Jika waktu bekerja Anie akan menjalankan dua sesi untuk mengepam susu untuk pastikan bekalan susu anak sentiasa cukup. Alhamdulillah sepanjang dua tahun berjaya menyusukan anak tanpa putus bekalan. Walaupun hakikatnya terdapat pelbagai halangan yang mendatang.
.

Pengambilan ESP setiap pagi menjadikan susu lebih pekat, apabila pekat anak akan rasa cepat kenyang. Miss B pun cepat penuh tau sepanjang pengambilan set lengkap menyusu ini. Bonus yang Anie perolehi ialah berat kembali seperti sebelum hamil. Inilah shaklee effects yang Anie alami. Kesemua ini membuatkan Anie mendapat bekalan tenaga yang berpanjang serta kekal aktif sepanjang hari.
.

Hinggalah sekarang, Anie masih lagi mengamalkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee tersebut pada setiap hari walaupun pada 11 September 2017 Anie telah berjaya menyusukan penuh Ammar Izzariel tanpa tambahan susu formula.
.

Alhamdulillah terima kasih Allah dan Shaklee sebab membantu Anie dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan. Anie dah alami #shakleeeffects, anda bila lagi?

 

 

Jika anda berminat nak ikhtiar dengan Shaklee seperti mereka, hubungilah saya.

Hanya satu klik untuk anda terus dapatkan Set Luka Pembedahan Shaklee

Setiap pembelian anda layak mendapat konsultansi ekslusif dari saya. Boleh terus wasap saya untuk sebarang pertanyaan

Nak lebih jimat ??

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut….

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge