Punca Penyakit Tiroid Dan Cara Rawatan Alternatif

Penyakit tiroid merbahaya kepada kesihatan kerana ia boleh mempengaruhi hampir keseluruhan fungsi badan kita. Penyakit ini juga sering terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Kenali tanda penyakit ini, punca serta rawatan alternatif yang boleh membantu keberkesanan rawatan atau ubatan dari hospital.

Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang mengeluarkan hormon tiroksin (T4) dan triodotiromin (T3). Dengan hormon yang dihasilkan, kelenjar tiroid mempengaruhi hampir keseluruhan proses metabolik dalam badan kita. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia memberi kesan kepada tahap kesihatan terutamanya masalah berat badan, kemurungan dan kelesuan terlampau.

 

Tiroid terletak dipangkal leher dan berada di depan saluran pernafasan iaitu trakea dan saluran makanan.

 

Tiroid terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

1. Hipertiroid

Hipertiroid merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin terlalu banyak. Tanda-tanda hypertiroidisme adalah seperti berikut;

  • rasa gemuruh
  • penurunan berat badan
  • rasa lapar yang luar biasa
  • lemah otot
  • dengupan jantung yang cepat
  • haid yang tidak normal
  • aliran haid sedikit
  • insomnia
  • kuat berpeluh
  • mempunyai masalah penglihatan

 

Punca kepada tyroid jenis hipertiroidisme adalah;

  1. Grave’s Desease – penghasilan hormon tiroid yang terlalu banyak.
  2. Adenomas Toksik – nodular yang terbentuk dalam kelenjar tiroid menyebabkan hormon tiroid dirembeskan sehingga mengganggu keseimbangan kimia badan.
  3. Subakut Tyrotidis – Keradangan tiroid yang menyebabkan kelenjar bocor dan merembeskan hormon berlebihan yang boleh menyebabkan hipertiroidisme sementara yang biasa berlaku beberapa minggu dan mungkin berterusan sehingga beberapa bulan.
  4. Kerosakan pada kelenjar pituitari atau ketumbuhan pada kelenjar tiroid yang membawa kepada masalah hipertiroidisme.

 

 

2. Hipotiroid

Hipotiroid pula merupakan keadaan dimana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Pengeluaran tenaga badan bergantung kepada jumlah tertentu hormon tiroid, jadi penurunan dalam pengeluran hormon memberi kesan kepada penurunan paras tenaga. Tanda-tanda hipotiroidisme adalah seperti berikut;

  • kurang bertenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • suara serak

 

Punca kepada tyroid jenis hipotiroidisme adalah;

  1. Hashimoto’s Tyroditis – Merupakan penyakit autoimun, keadaan dimana antibodi badan menyerang tisu tiroid. Tisu tersebut akhirnya mati dan berhenti menghasilkan hormon.
  2. Pembuangan kelenjar tiroid – Tiroid mungkin telah dibuang melalui pembedahan atau dimansuhkan secara kimia atas sebab-sebab tertentu
  3. Pendedahan kepada iodida yang berlebihan – ubat untuk selsema dan sinus, ubat jantung amiodarone atau contrast dyes yang diberikan sebelum ujian sinar-x berisiko terdedah kepada iodine yang terlalu banyak.
  4. Lithium – ubat ini boleh menyebabkan hipotiroidisme

Hipotiroidisme jika tidak dirawat untuk jangka masa yang lama, ia boleh membawa kepada keadaan koma myxedema, walaupun ia jarang berlaku namun boleh membawa maut.

 

Hypertiroid Sudah Stabil Dan Tak Perlu Bergantung Dengan Ubat Lagi

 

 

Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
.

Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
.

Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
.

Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
.

Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
.

Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju… Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
.

Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
.

Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
.

Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
.

Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
.

Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.
.

Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.
.

Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
.

Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
.

Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.

 

Bagaimana Vivix Membantu Mengurangi Gejala Tiroid ?

Vivix merupakan bahan yang kaya dengan resveratrol dan polifenol yang tinggi dengan antioksidan, anti radang dan apoptopic yang sangat berkesan terhadap pencegahan penyakit kardio dan kanser serta banyak lagi penyakit-penyakit kronik. Bagi tiroid, Vivix membantu dengan cara;

  • Resveratrol membantu mengawal metabolisme dan penuaan dengan memperbaiki enzim SIRT1
  • Membantu meningkatkan fungsi tiroid dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan enzim sirtuin (SIRT1), phosphatidylinositol, fosfat dan kinase yang akhirnya memberikan kesan baik ke atas metabolisme.
  • Membantu memperbaiki sistem imun bagi tiroid yang jenisn berkaitan dengan penyakit autoimun
  • Berkeupayaan mengaktifkan mitogen yang mengaktifkan protein kinase (MAPK), enzim P53 serta penfosforilan, seterusnya membantu mencegah pertumbuhan sel dalam papilari dan folikel kanser tiroid.
  • Membantu membaiki tenaga pada peringkat sel (mitokondria)
  • Membantu mencegah dan mengurangi keradangan

 

 

Berminat nak dapat Vivix untuk ikhtiar tiroid anda ? Klik di bawah untuk wasap saya.

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge