Bukan semua wanita yang berkahwin mudah untuk hamil. Beberapa masalah kesuburan boleh dikaitkan dengan masalah sukar hamil antaranya tiub fallopio tersumbat. Dapatkan informasi tentang masalah ini, dan apakah rawatan alternatif yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini bagi meningkatkan peluang kehamilan.
Setiap wanita mempunyai sepasang tiub fallopio yang masing-masing disambungkan kepada kedua belah ovari kiri dan kanan. Setiap bulan semasa waktu subur, ovum akan dikeluarkan oleh ovari dan melalui tiub fallopio untuk sampai ke dalam rahim.
Pada kebiasaannya, jika kedua-dua tiub adalah normal, peluang untuk hamil adalah tinggi. Namun jika salah satu atau keduanya sekali tersumbat peluang untuk hamil adalah tipis kerana ovum tidak dapat sampai ke dalam rahim. Ovum yang gagal sampai ke dalam rahim tidak dapat bertemu sperma seterusnya tiada peluang untuk disenyawakan.
Bagaimana Masalah Tiub Fallopio Tersumbat Boleh Terjadi ?
Tiub fallopio tersumbat juga dikenali sebagai Hydrosalpinx boleh terjadi dalam dua keadaan, samada separuh atau tersumbat keseluruhannya. Anda masih mempunyai peluang sekiranya yang tersumbat adalah separuh, namun meningkatkan risiko anda mengalami kehamilan luar rahim. Masalah ini amat berbahaya kerana embrio akan membesar di kawasan tiub dan bukan pada tempat yang sepatutnya iaitu rahim. Pada kebiasaannya embrio akan gugur di antara minggu ke 7-9 akibat tiub tidak mampu menampung berat embrio. Lebih membimbangkan kehamilan jenis ini boleh menyebabkan kerosakan pada tiub dan tiub terpaksa dibuang.
Jangkitan kuman pada serviks dan juga rahim yang merebak ke pelvis juga antara penyebab berlakunya masalah tiub fallopio tersumbat. Tanda-tanda seperti keluar keputihan yang banyak dan berbau , demam serta badan terasa lemah merupakan tanda yang masalah ini telah menjadi lebih serius.
Antara sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan tiub fallopio tersumbat adalah;
- Mengalami penyakit jangkitan kelamin STD, terutamanya Chlamydia atau Gonorrhea.
- Mengalami jangkitan rahim akibat pengguguran atau keguguran.
- Pernah mengalami kehamilan ektopik.
- Sejarah pembedahan yang menyebabkan parut di dalam tiub fallopio.
- Sejarah pembedahan perut.
- Keputihan yang teruk
- Endometriosis
Baca juga =====>>> Petua Merawat Keputihan Secara Semulajadi Dan Selamat
Diagnosa Masalah Tiub Fallopio Sumbat
Tiub fallopio tersumbat didiagnosis melalui x-ray, dan proses ini dikenali sebagai hysterosalpingogram, atau HSG. Semasa ujian dibuat, spekulum akan diletakkan didalam faraj dan diperiksa oleh doktor. Doktor akan membersihkan serviks dan cannula (tiub plastik) diletakkan di dalam bukaan serviks. Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula. Pewarna kemudiannya akan memasuki tiub fallopio dan keluar melalui bukaan tiub fallopio sekiranya tidak tersumbat. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut. Keabnormalan boleh dikesan melalui gambar-gambar x-ray tersebut.
Kaedah Rawatan Tiub Fallopio Sumbat
Doktor biasanya akan mengesyorkan kaedah pembedahan micro sekiranya didapati tiub fallopio sumbat. Namun jika kaedah ini tidak berjaya, doktor akan menyarankan untuk menjalani proses IVF (tabung uji) iaitu kaedah pensenyawaan in vitro dimana ianya sangat mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.
Rawatan Alternatif Masalah Tiub Fallopio Tersumbat
Dengan Shaklee, kami ada beberapa suplemen yang sesuai untuk merawat masalah tiub Fallopio tersumbat;
Vivix – Merupakan minuman botanik yang kaya dengan resveratrol dan antioksidan yang tinggi yang mampu merawat penyakit-penyakit kronik termasuk masalah tiub fallopio tersumbat. Vivix mempunyai salah satu mekanisme untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal
Omegaguard – Merupakan minyak ikan terbaik yang tinggi dengan Omega-3 berfungsi boleh membantu meningkatkan peluang kehamilan.
GLA Complex – Bertindak menstabilkan hormon, memastikan kitaran haid teratur dan meningkatkan kesuburan seterusnya peluang untul hamil lebih tinggi. Selain itu GLA Complex berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi supaya memudahkan pergerakan sperma kepada ovum untuk disenyawakan.
Testimonial
Hubungi saya untuk pembelian dan sebarang pertanyaan

Klik untuk pembelian secara online

Boleh berhubung dengan saya untuk cara pengambilan vitamin
Terima kasih
Nurulaily Ishak
Shaklee ID : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Postage seluruh Malaysia
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut…
2 Comments
tak dinafikan ramai wanita yg alami masalah ni
zara recently posted…Agen Shaklee Berdekatan Anda
Info yang padat..tq
Agen Youth Shaklee