Rawatan Alternatif Untuk Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

Penyembuhan patah tulang sebenar mengambil masa yang lama untuk sembuh. Setelah menjalani rawatan patah tulang di hospitl, pesakit perlu menunggu berminggu-minggu, atau mungkin juga berbulan untuk tulang betul-betul sembuh dan kuat. Sebenarnya ada cara untuk menyembuhkannya dalam masa yang agak cepat. Dapatkan informasi tentang rawatan alternatif yang boleh digunakan agar tulang yang patah cepat sembuh.

Kebiasaannya, proses penyembuhan tulang melalui 3 proses serentak, iaitu berlakunya pembengkakan, penyingkiran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang yang baru. Proses pembengkakan akan berlaku untuk beberapa hari, dalam masa yang sama pembekuan darah ditempat yang patah akan memberikan kestabilan kepada struktur dan rangka awal tulang yang baru. Kemuadian sel-sel tulang yang rosak dan darah beku tadi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada pembentukan tulang yang baru, sihat dan kaya dengan kalsium.

Proses penyembuhan memang mengambil masa yang agak lama dan rumit. Tempoh penyembuhan pula bergantung kepada beberapa faktor seperti bahagian tulang mana yang patah, usia pesakit, pesakit yang menghidap penyakit kronik, faktor pemakanan dan sebagainya.

Nutrisi Yang Tepat Dapat Mempercepatkan Proses Penyembuhan Patah Tulang

Proses penyembuhan tulang yang patah secara semulajadi pastinya mengambil masa yang lama. Jadi sebagai ikhtiar untuk menyingkatkan tempoh penyembuhan adalah sangat digalakan pengambilan nutrisi yanng lengkap.

Berikut merupakan beberapa nutrisi yang perlu diambil oleh pesakit patah tulang dalam ikhtiar untuk mempercepatkan proses penyembuhan sekaligus menjadikan tulang yang kuat dan sihat.

1. Kalsium

Bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan tulang, kalsium adalah nutrisi yang sangat penting untuk diambil. Jadi sangat disarankan pengambilan kalsium yang cukup untuk menyembuhkan tulang yang patah. Pakar perubatan, Dr James Balch dan penulis buku Prescription for Natural Cyres, Mark Strengler, menyarankan pengambilan suplemen kalsium dalam linkungan 500-600mg sehari.

Selain dari itu, makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, pisang, brokoli, yogurt, tauhu dan sebagainya perlu diambil bagi memenuhi keperluan kalsium harian.

2. Vitamin D

Pengambilan vitamin D dapat membantu untuk penyerapan kalsium secara optimum ke dalam darah dan tulang. tanpa vitamin D yang cukup, kalsium yang diambil tidak dapat diserap secara total oleh tubuh dan sekaligus menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat. Oleh itu, amatlah penting pengambilan vitamin D yang mencukupi bagi melancarkan proses penyerapan kalsium oleh tubuh.

Vitamin D boleh didapati dalam kuning telur, minyak ikan, daging ikan seperti salmon dan tuna. Selain dari itu, tips mudah untuk mendapatkan vitamin D adalah dengan berjemur di bawah sinaran matahari pagi lebih kurang pukul 10 pagi sebelum matahari panas terik.

3. Vitamin K

Menurut satu artikel yang telah diterbitkan pada 2012, seorang pakar tulang di Florida, Amerika Syarikat telah mengupas betapa pentingnya pengambilan vitamin K bagi kesihatan tulang menyeluruh dan terutamanya penting pada tulang yang patah. Ini kerana, vitamin K berfungsi untuk memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Proses ini dapat menyembuhkan tulang yang patah dengan cepat serta dapat mengelak dari tulang menjadi retak.

Vitamin K boleh didapati dari sumber seperti brokoli, ikan, telur, hati, daging dan lain-lain. Sebanyak 120 mikrogram vitamin D diperlukan bagi lelaki, 90 mikrogram pula diperlukan oleh wanita untuk keperluan seharian. Namun bagi pesakit patah tulang, mereka memerlukan 20% lebih banyak dari keperluan harian.

4. Nutrisi Lain

Selain dari nutrisi yang dinyatakan di atas, beberapa nutrisi lain yang penting untuk menlengkapkan proses penyembuhan tulang dengan cepat adalah boron dan silika. Kedua nutrisi ini juga berfungsi membantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam darah dan tulang. Selain dari boron dan silika, vitamin C dan magnesium juga amat diperlukan bagi membantu penyerapan optimum kalsium. Jadi, gabungan nutrisi-nutrisi ini akan melengkapkan jumlah keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit patah tulang.

 

Set Penyembuhan Patah Tulang Dari Shaklee

Bagi mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah, beberapa suplemen dari Shaklee boleh membantu sekaligus menjadikan tulang anda kuat dan sihat.

ESP -Merupakan sumber protein terbaik dan kaya dengan protien yang sangat diperlukan untuk membina semula tulang yang patah ataupun retak

Sustained Release Vita-C Plus – Vitamin C sangat penting bagi mengalakan penyembuhan luka, samada luka luaran ataupun dalaman. Selain dari itu, vitamin C berfungsi bagi meningkatkan imun badan, mengurangi pendarahan serta membantu meransang pembentukan kolagen untuk tubuh badan.

Ostematrix – Ostematrix merupakan gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium sangat penting dalam penyembuhan tulang kerana ia merupakan mineral utama dalam komposisi tulang manusia. Vitamin D dalam ostematrix berfungsi membantu penyerapan kalsium secara optimum ke dalam tubuh.

Omegaguard – Merupakan makanan tambahan dari minyak ikan terbaik. Satu hidangan Omegaguard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA. Omegaguard juga berfungsi mencegah degradasi tulang rawan pada sendi dan memulihara sendi yang tercedera. Selain itu Omegaguard bertindak sebagai pelincir bagi membantu pergerakan sendi agar lebih lancar.

Vivix – Merupakan ramuan yang tinggi dengan antioksidan berfungsi memperbaiki fungsi tubuh sehingga ke peringkat sel DNA. Jadi, jika DNA kita sihat, maka seluruh badan kita juga sihat. Pengambilan Vivix semasa penyembuhan sangat tepat, tambahan pula badan kita sering terdedah dengan radikal bebas. Jadi di sinilah fungsi Vivix untuk menentang radikal bebas ini dari ia terus merosakan lagi sel kita. Dengan adanya Resveratrol dan Polifenol, Vivix dapat bertindak dengan lebih berkesan.

Jom tonton video ni.. Kisah pesakit patah tulang belakang yang sembuh dalam masa sebulan !!

 

Jadi tunggu apa lagi ? Order sekarang

Boleh Whatsapp saya untuk pembelian dan pertanyaan

Atau klik di bawah untuk pembelian secara online

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge