4 Nutrien Penting Dalam Makanan Sihat Anda

Mengamalkan pemakanan sihat merupakan satu langkah penting untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih lama. Badan kita merupakan sebuah mesin yang hidup dan bernafas dengan beribu-ribu sistem yang berfungsi dengan sempurna seiring dengan fungsi tertentu, jadi amat penting untuk ia dipelihara dengan baik untuk bertahan dan bertenaga mengikuti aktiviti harian kita.

Sebaik kita mencuba untuk mengamalkan gaya makan yang sihat, ia bukan semudah seperti yang kita sangkakan untuk kita mendapatkannya. Tambahan pula, apa yang lebih membimbangkan, masih ramai yang tidak mengetahui makanan yang kerap dikatakan sihat sebenarnya telah kehilangan beberapa nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Nutrisi merupakan sebatian yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita, oleh itu ia perlu perolehi dari makanan atau vitamin tambahan. Semak senarai di bawah merupakan empat nutrien penting yang mungkin telah kita kehilangan dalam diet harian kita dan bagaimana untuk mendapatkannya.

 

Kalsium

Dengan peningkatan diet tanpa tenusu di masa ini, membuatkan kita semakin sukar untuk memperolehi sumber kalsium yang mencukupi untuk tubuh badan kita.  Seperti yang kita semua tahu, kalsium amat penting dalam membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan kuat, serta membantu menjaga sistem kardiovaskular, otot dan saraf yang sihat. Kalsium juga sangat penting untuk kesihatan kita dan ia membantu mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

Bagaimana untuk kita dapat sumber kalsium yang mencukupi dengan diet tanpa tenusu ? Kalsium sebenarnya boleh kita perolehi dari kekacang, bijirin, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kailan, brokoli, kacang peas, tiram dan juga ikan. Juga terdapat sumber kalsium hebat dari sumber bukan tenusu iaitu ESP dari sumber kacang soya. Mudah dan ringkas boleh jadikan ‘on the go breakfast’. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dengan kerjaya dan anak-anak patut mencubanya, walaupun ringkas namun penuh dengan khasiat yang lengkap.

 

Vitamin D

Seperti kalsium, vitamin D juga menyumbang kepada kesihatan tulang menyeluruh serta membantu mengekalkan sistem otot dan saraf pada tahap tertinggi. Cahaya matahari membenarkan tubuh kita untuk menyerap Vitamin D, namun ramai tidak menyedari matahari juga boleh menyebabkan kulit rosak akibat sinaran UV yang berbahaya.  Jadi amatlah disarankan untuk memakai pelindung UV disamping ia juga berfungsi sebagai benteng yang menyekat pengeluaran vitamin D dari tubuh.

Walaupun terdapat segelintir makanan yang mengandungi Vitamin D seperti keju, kuning telur dan salmon, namun ia bukan pilihan bagi mereka yang vegetarian. Begitu juga dengan jumlah makanan yang kita ambil seharian masih tidak mencukupi untuk keperluan harian tubuh kita. Sebaliknya dengan mengamalkan multivitamin yang lengkap seperti Vita-Lea Iron Formula ke dalam diet harian kita adalah cara terbaik bagi memastikan kita mendapat khasiat dengan jumlah yang mencukupi.

 

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang membantu untuk sel hidup lebih lama di dalam badan kita. Ia adalah nutrien penting dan ia sangat penting bagi mereka yang terdedah kepada pencemaran alam sekitar atau toksik setiap hari. Vitamin E boleh ditemui dalam minyak sayuran, kekacang, bijirin dan sayur-sayuran berdaun hijau. Pengambilan vitamin E tambahan juga sangat membantu. Selain itu, terdapat juga produk penjagaan kulit seperti lotion yang diperkaya dengan vitamin E untuk melembapkan kulit dan meningkatkan proses regenerasi sel.

 

 

Asid folik (Vitamin B9)

Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 penting dalam membantu pengeluaran sel darah merah. Setiap orang memerlukan asid folik. Asid folik yang cukup adalah lebih penting bagi wanita sebagai vitamin pranatal /postnatal untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. Walaupun asid folik boleh didapati dalam makanan seperti kacang hijau, lentil, dan kacang kuda, namun banyak pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan vitamin ini melalui suplemen bagi memastikan kita mendapat jumlah nutrien penting yang sewajarnya semasa kehamilan.

Mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan memastikan tubuh kita mendapat nutrien yang diperlukan adalah langkah penting ke arah hidup yang lebih sihat, lebih lama. Kita sebagai manusia mempunyai tubuh yang luar biasa untuk kita pelihara dan menjaganya setiap hari.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge