5 Ciri Bisnes Yang Sesuai Untuk Suri Rumah

Anda di antara surirumah yang sedang mencari bisnes yang sesuai untuk dilakukan ? Mungkin juga anda seorang yang pernah buat bisnes online, tapi bisnes tersebut gagal dan tidak boleh beri pendapatan seperti mana yang anda inginkan. Hari ini saya nak kongsikan ciri-ciri bisnes yang amat sesuai untuk anda sebagai suri rumah.

5 Ciri Bisnes Yang Sesuai Untuk Suri Rumah

Bertuah sungguh suri rumah zaman ini, sambil-sambil menjaga rumahtangga masih boleh ada income sendiri. Dengan modal yang sedikit dan tak perlu simpan stok yang banyak, anda sudah boleh mulakan bisnes pada bila-bila masa sahaja. Namun sebelum memulakannya, apa kata anda lihat dulu ada tak 5 ciri ini dalam bisnes yang ingin anda ceburi.

 

1. Produk Yang Dijamin Berkesan

Jika produk yang dijual tidak berkesan, sebagus mana pun startegi markerting, customer tidak akan hubungi anda untuk repeat order. Sesuatu produk yang mahu dijual bukan setakat janji kosong, mengatakan ianya bagus dan berkesan, tetapi mesti ada bukti. Jadi anda harus teliti dahulu latarbelakang syarikat

Antara kriteria yang perlu ada pada produk yang dijamin berkesan;

  • Mempunyai pusat penyelidikan dan saintis yang sentiasa membuat ujian ke atas produk sebelum di jual
  • Produk dihasilkan oleh barisan pakar dalam bidang produk tersebut
  • Kajian yang mempamerkan keberkesanan produk tersebut
  • Mempunyai jaminan keselamatan
  • Mempunyai banyak testimonial kejayaan produk tersebut di internet
  • Syarikat sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk buat pelbagai ujian yang boleh menjamin bahawa produk itu selamat digunakan dalam jangka masa yang panjang

Bila ada kriteria di atas, barulah anda boleh beri jaminan kepada customer bahawa produk yang anda jual berkesan.

 

2. Produk Yang Ada Permintaan Tinggi Dan Dijamin Laku

Antara contoh produk yang mempunyai permintaan tinggi di zaman ini adalah;

  • Produk kesihatan

Ramai pengguna di zaman ini mempunyai kesedaran tentang kesihatan. Terdapat juga kajian tentang kesedaran pengambilan vitamin di kalangan orang muda semakin meningkat. Akibat stress dan gaya hidup sekarang yang sangat perlukan pelbagai suplemen dan vitamin bagi memastikan diri sentiasa sihat. Jadi memang sah lah permintaan kepada produk kesihatan semakin meningkat. Namun produk kesihatan mana yang sesuai ? Mestilah produk yang ada kualiti dari syarikat yang mementingkan keberkesanan, keselamatan dan jaminan produk dari jenama yang kukuh dan sudah bertahan lama.

  • Bersumber bahan semulajadi

Perasan tak sekarang ni ramai yang mencari dan memilih produk dari sumber semulajadi. Masayarakat sekarang sudah ada kesedaran, tak mahu lagi makan sayuran, buahan yang di sembur racun. Tak mahu makan ayam yang dicucuk hormon. Semua mencari makanan yang selamat. Kalau ubatan pula, sebolehnya nak makan ubat atau suplemen semulajadi. Jadi, permintaan terhadap produk yang berasaskan semulajadi akan terus tinggi dan pasti laku.

3. Terus Boleh Mulakan Bisnes

Bisnes yang tak ambil masa untuk mula. Maknanya bukan nak kena tunggu ada modal baru boleh mula, kena cari kedai, lokasi yang bersesuaian, mohon lesen, cari pekerja dan sebagainya. Buat bisnes yang mudah, selepas daftar boleh terus buat marketing dan boleh dapat hasil jualan.

4. Bisnes Dihujung Jari

Dalam dunia serba canggih sekarang, semua aktiviti seperti pemasaran, tempahan, penghantaran, kelas produk, kelas bersama mentor semuanya dilakukan dihujung jari. Dengan teknologi yang ada anda tidak ada alasan untuk tidak berniaga. Tapi dengan syarat anda mesti ada platform online.

 

5. Bukti Kejayaan

Salah satu kriteria untuk kita mula buat sesuatu bisnes itu, mestilah sudah ada yang berjaya. Jika tidak ada yang berjaya, lebih baik jangan buat. Berkemungkinan anda akan gagal dan buang masa. Cari bisnes yang sudah ada bukti mereka yang berjaya, dan kelebihan di sini anda ada mentor yang boleh membimbing, juga bukti bisnes itu ada potensi besar untuk anda sama-sama berjaya.

 

Jika anda masih lagi tercari-cari bisnes yang bersesuaian, Shaklee merupakan bisnes yang menepati ciri-ciri seperti di atas kerana;

  • Modal serendah RM 75 (SM)/RM 85 (SS) untuk join ahli Shaklee
  • Produk yang bermanfaat iaitu ada ujian klinikal, ada landmark study yang dilakukan, produk telah dikaji dan terbukti semulajadi, selamat dan berkesan
  • Bisnes yang tidak bermusim dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi
  • Bisnes yang ada mentor iaitu ada group sokongan yang boleh membantu membina bisnes dan empayar
  • Bisnes yang tiada had pendapatan
  • Bisnes yang fleksibel, boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila sahaja

Pelbagai kelebihan lagi yang anda boleh dapati dengan mendaftar sebagai ahli dan menjalankan bisnes Shaklee secara serius. Buatlah pilihan yang bijak untuk bisnes yang menguntungkan dan boleh diwarisi oleh anak-anak anda.

Hubungi saya jika anda mahu menyertai kami, mahu sama-sama berjaya dalam membina empayar bisnes yang tiada had keuntungan.

 

Boleh hubungi saya melalui whatsapp

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge