6 Tips Untuk Wajah Berseri Di Hari Persandingan

Di hari perkahwinan, setiap pengantin pasti menginginkan wajah yang berseri, bercahaya dan tidak kusam disamping busana pengantin yang cantik dan sempurna, majlis yang meriah serta berjalan lancar. Terdapat banyak artikel tentang petua yang boleh menaikkan seri wajah, namun ia boleh membuatkan anda lebih keliru dan sukar untuk diikuti. Jadi di sini saya kongsikan tips yang mudah, semoga boleh membantu anda untuk kelihatan berseri di hari bahagia anda.

 

Hari perkahwinan merupakan saat atau momen yang sangat penting dalam seumur hidup. Jadi segalanya mesti diatur lebih awal. Bukan hanya untuk persiapan kenduri seperti catering, pelamin, susun atur dewan persandingan, busana perkahwinan, jemputan dan sebagainya, sebaiknya amalan penjagaan wajah juga patut dilakukan lebih awal, mungkin seawal 5-6 bulan sebelum berlansungnya perkahwinan.

 

Tips Menjadikan Kulit Berseri

Beberapa tips yang boleh diamalkan oleh bakal pengantin bagi menaikkan seri wajah menjelang hari perkahwinan anda.

Amalkan vitamin C untuk kulit nampak sihat dan berseri – Vitamin C sangat terkenal dengan fungsinya boleh membantu mengurangi jerawat, mencerahkan kulit serta menjadikan tona kulit lebih sekata. Vitamin C tinggi dengan antioksida dapat membantu meningkatkan imun badan, menjadikan tubuh kebal dari serangan serta dapat mencegah jangkitan. Amalkan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah kiwi, strawberi, orange, blackcurrent, tomato, betik, delima dan banyak lagi. Antara fungsi lain vitamin untuk tubuh adalah ;

  • Membantu pembentukan kolagen
  • Membantu mempermudah penyerapan zat besi
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia
  • Mencegah demam
  • Meregenerasi sel darah
  • Memperkuat sistem imun
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Membantu mempercepat penyembuhan luka pada kulit
  • Menetralisir adanya radikal bebas dalam tubuh.

 

Amalkan diet yang sihatEat clean dan jalani gaya hidup yang sihat juga sangat membantu mendapatkan kulit yang berseri. Diet yang sihat seperti mengambil protien yang lengkap dari sumber haiwan (salmon dan ayam), protien dari soya, kekacang, serta serat dari buah-buahan dan sayuran patut diamalkan. Minum teh hijau juga banyak memberi manfaat pada tubuh. Ia mengandungi banyak sebatian bioaktif yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk meningkatkan peredaran darah. Paling penting cukupkan pengambilan air sebanyak 8-10 gelas setiap sehari boleh menjadikan kulit anda lebih bersih, berseri serta moist.

 

Sokongan dari multivitamin – Selain wajah yang berseri, kulit, kuku serta rambut yang cantik juga merupakan tumpuan. Kadang-kadang diet yang diambil masih tidak mencukupi untuk membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Suplemen multivitamin perlu diambil bagi memastikan badan anda mendapat semua nutrien penting untuk kulit halus berseri, rambut cantik berkilau dan kuku yang kuat selain dapat memberi tenaga dan membuatkan anda sentiasa cergas sepanjang persiapan sehingga menjelang perkahwinan.

 

Jadikan senaman sebahagian dari rutin harian anda – Bersenam boleh membantu meningkatkan aliran darah keseluruh tubuh termasuk kulit. Selain dari itu senaman membantu mengawal stress, meningkatkan tidur dan mood serta dapat mengawal berat badan. Cuba lakukan senaman dalam 30-60 minit sehari.

 

Urutan menghilangkan stress – Seperti semua sedia maklum, perancangan serta urusan perkahwinan boleh menjadikan anda stress. Adalah penting untuk anda mengambil masa untuk diri sendiri, urutan adalah ubat yang sempurna bagi menghilangkan stress. Apatah lagi, urutan dapat membuatkan peredaran darah menjadi lebih baik seterusnya akan membuatkan kulit anda lebih berseri-seri.

 

Tidur yang cukup – Cuba dapatkan tidur yang cukup, lebih-lebih lagi bila hampir menjelang hari bahagia, supaya anda cergas bertenaga di samping raut wajah yang nampak lebih berseri.

 

Anda Tampil Berseri Di Hari Perkahwinan Dengan The Radiant 4

 

 

Fungsi setiap vitamin dalam Set The Radiant 4 Shaklee adalah;

  1. ESP – berfungsi untuk membina sel kulit yang baru bagi mengantikan sel kulit yang telah mati. Sel kulit akan mati & bertukar dalam tempoh 24 hingga 28 hari. Oleh itu, kita perlu bekalkan asid amino yang cukup untuk pembinaan sel baru yang lebih baik dan sihat. Sel baru yang tidak sihat akan hanya menambah masalah.
  2. Kolagen – berfungsi untuk menganjalkan kulit. Pertambahan usia menjadikan kulit hilang keanjalannya. Kulit yang kurang anjal akan nampak tidak berseri dan tidak bermaya.
  3. Vitamin C– mampu melindungi kulit daripada rosak akibat serangan radikal bebas. Malangnya tubuh kita tak mampu untuk hasilkan vitamin C dengan sendirinya sedangkan ia sangat penting untuk kulit dan tubuh yang sihat. Oleh itu, vitamin C harus diambil melalui suplemen dan makanan.
  4. GLA Complex – mengekalkan kelembapan kulit dengan membekalkan asid lemak yang sangat diperlukan oleh kulit. GLA adalah antiradang yang baik. GLA juga berfungsi untuk menstabilkan hormon. Ini penting kerana salah satu punca utama jeragat adalah hormon yang tak seimbang.

 

Pengambilan Set The Radiant 4 secara konsisten mampu menjadikan kulit anda cantik berseri menjelang hari bahagia anda. Untuk perawatan serta penjagaan kulit dari luar, saya cadangkan skincare YOUTH yang mampu menjadikan anda tampil lebih muda, dan kecantikan bertahan lebih lama.

Baca sini —>> Skincare Semulajadi Dan 100% Selamat Untuk Semua Jenis Kulit

 

WhatsApp saya untuk info lebih lanjut atau jika ingin membuat pesanan.

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge