7 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Suplemen

“Perlu ke ambil suplemen, orang dulu-dulu sihat je.. takde pun makan suplemen bagai”. Haa.. tu ayat yang biasa kita dengar bila cerita pasal suplemen pada mereka yang memang ada tanggapan negatif pada suplemen ataupun makanan tambahan. Apakata anda baca dulu perkongsian saya pada kali ini, jika anda seorang yang negatif tentang suplemen, mungkin artikel ini boleh mengubah pendirian anda.

 

Apakah Dia Suplemen ???

Ada segelintir dari kita masih tidak boleh membezakan antara suplemen dan ubat. Suplemen sebenarnya bukanlah ubat, ia terdiri dari gabungan beberapa jenis vitamin, mineral dan nutrisi penting yang perlu diambil setiap hari bagi membantu mendapatkan kesihatan yang optimum. Suplemen juga membantu mengisi kekosongan atau lompong-lompong nutrisi yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Apabila nutrisi cukup, barulah badan dapat berfungsi dengan baik.

7 Sebab Pengambilan Suplemen Sangat Perlu

1. Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan

Semasa proses menyediakan makanan seperti memotong, menghiris, membersihkan boleh menyebabkan berlakunya kehilangan zat pada makanan tersebut. Penggunaan suhu yang tinggi semasa memasak menyebabkan kerosakan pada makanan yang disediakan contohnya kaedah mengoreng dan deep frying. Kaedah ini juga dikatakan boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) kepada tubuh badan yang boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol.

2. Pola Pemakanan Yang Tidak Sihat

Pola pemakanan yang baik adalah pola pemakanan yang sihat dan seimbang, namun penelitian mendapati, ramai orang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dalam makanan seharian mereka. Oleh sebab itulah kita perlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan.

Contoh makanan harian rakyat Malaysia

3. Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, tidur lewat, makan secara berlebihan, stress yang melampau serta kurang melakukan aktiviti fizikal atau olahraga boleh meningkatkan keperluan terhadap pengambilan suplemen. Pengambilan suplemen dikatakan dapat mengisi kekurangan zat di dalam tubuh dengan syarat kita masih mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal.

4. Pencemaran Merosakkan Sel Tubuh

Kita sering terdedah dengan segala jenis pencemaran. Pencemaran terhadap makanan dan minuman juga pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, air dan sebagainya yang boleh merosakkan sel tubuh. Suplemen diperlukan bagi membantu membaiki sel yang rosak serta menghasilkan sel baru yang sihat. Antara contoh pencemaran terhadap makanan adalah makan ayam yang dicucuk hormon bagi mempercepatkan pertumbuhan ayam tersebut yang mana kita turut mendapat kesan dari hormon tersebut.

5. Suplemen Memenuhi Keperluan Tubuh

Tubuh kita adakalanya memerlukan lebih nutrisi dari keperluan biasa. Ini berlaku apabila makanan yang kita makan tidak membekalkan zat makanan yang cukup mengikut keperluan tubuh. Keperluan nutrisi bertambah semasa hamil, menyusui bayi serta bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

6. Vitamin Penting Tidak Dapat Dihasilkan Sendiri Oleh Badan Kita

Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik). Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif. Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen.

7.  Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan

Pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan akan menyebabkan gangguan terhadap penyerapan nutrien dari makanan oleh tubuh badan kita. Jadi sangat digalakkan untuk mengurangkan pengambilan bahan-bahan tersebut.

 

Antara sebab lain mengapa kita perlu ambil suplemen adalah bagi mengelak ataupun mencegah dari sebarang penyakit. Contohnya penyakit kardiovaskular, dimana kaum lelaki sangat berisiko menghidapnya, penyakit seperti kanser yang tidak mengira usia, jantina dan kaum. Begitu juga dengan penyakit yang sangat popular dikalangan rakyat malaysia iaitu diabetes.

 

Bagi perokok pula, adalah sangat penting bagi melindungi diri anda dari kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ termusnah dari badan dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

Bila kita sudah tahu semua kesan ini, adakah cukup dengan pengambilan suplemen semata-mata ? Jawapannya tidak. Apa yang perlu kita lakukan adalah;

1. Makan dengan sihat
2. Bersenam dan mencapai berat badan yg ideal dan sihat
3. Amalkan Suplemen secara bijak

Ketiga-tiga perkara di atas perlu diamalkan bersama, ia merupakan kombinasi kerana setiap perkara mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh mengantikan fungsi yang lain. Sebagai contoh, jika kita mempunyai pemikiran bahawa jika sudah amalkan suplemen, kita boleh sewenang-wenangnya merokok atau makan makanan yang kurang berkhasiat seperti fast food. Jadi cara ini adalah salah, ia sepatutnya perlu seimbang.

 

Bagaimana Memilih Suplemen Yang Betul ?

 

Bagi memilih suplemen pula, sangat digalakkan memilih suplemen dari sumber semulajadi, berkesan serta selamat dan tiada kesan sampingan. Hanya suplemen dari Shaklee yang mencapai piawaian tersebut kerana suplemen dari Shaklee telah dibangunkan melalui kajian dan telah terbukti tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan walaupun telah lama diamalkan. Faktor inilah yang patut ada, bukan sekadar melihat brand semata-mata.

Bagi memulakan langkah untuk hidup lebih sihat, serta membantu memenuhi nutrisi seharian anda, saya cadangkan anda mengamalkan Set Daily Essential Shaklee.

 

Jika anda berminat nak dapatkan Set Daily Essential Shaklee, anda boleh beli secara online dengan klik button di bawah

 

Setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi ekslusif dan cara pengambilan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Nak lagi jimat ?? Klik di bawah

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut….

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge