7 Tips Penjagaan Kulit Muka Untuk Lelaki

Kebiasaannya orang lelaki ni jarang sangat nak ambil berat tentang penjagaan kulit muka. Bagi mereka tak perlulah nak buat benda remeh-temeh ni, buang masa aje. Tapi sebenarnya penjagaan kulit muka sangat penting tau, bukan untuk wanita sahaja. Sebabnya semakin kita berusia semakin kurang sifat tegangnya. Bagi mereka kerap buat aktiviti diluar dan selalu menghadap matahari, lagi la cepat timbulnya kedutan dan garis halus di muka. Di sini ada sedikit tips untuk kaum adam, macamana cara nak jaga kulit muka anda supaya nampak lagi hensem !!

Penjagaan kulit muka adalah penting juga bagi kaum lelaki, tidak kira samada anda sedang berusaha menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, parut, bekas jerawat, sunburn, kedut dan sebagainya atau anda hanya ingin kulit kelihatan sihat dan segar. Penjagaan kulit muka merupakan tabiat sihat yang patut semua kaum lelaki lakukan. Apa yang lebih menarik, ia lebih mudah daripada yang anda sangkakan. Berikut beberapa tips mudah untuk dilakukan setiap hari.

1. Cuci Muka

Ia mudah dan sangat memberi kesan. Cuci muka anda setiap kali bangun dan sebelum anda tidur. Cuci dengan air dan pembersih wajah dapat membantu menghilangkan kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajah anda kusam. Seminggu sekali cuba gunakan scrub pengelupasan, di mana ia membantu meransang pertumbuhan sel-sel kulit baru.

2. Gunakan Moisturizer

Selepas mencuci muka anda perlu melembapkannya. Sapukan moisturizer ketika kulit anda masih lembap bagi mengekalkan kelembapan kulit. Jika kulit anda jenis berminyak dan berjerawat, gunakan moisturizer yang berasaskan air.

3. Guna Krim Pelindung Matahari

Sinaran matahari yang berbahaya boleh menyebabkan penuaan yang ketara. Kulit boleh rosak akibat sinaran matahari walaupun dalam keadaan mendung, jadi pemakaian krim sun block setiap hari sangat membantu melindungi kulit anda serta gunakan krim pelindung yang mempunyai nilai SPF.

4. Lindungi Kulit Semasa Bercukur

Bercukur membuatkan kulit anda terasa kasar dan boleh mengakibatkan lebam serta pedih akibat terluka. Sebenarnya banyak cara untuk menghindarkan masalah ini. Sebelum bercukur, cuci dahulu muka dan sapukan busa berbuih bagi melembutkan kulit dan bulu wajah anda. Cara ini membuatkan proses bercukur lebih lancar dan tidak meregangkan kulit.

5. Kekal Terhidrat

Salah satu sebab mengapa tubuh anda memerlukan air yang cukup adalah untuk keseimbangan dan kelembapan kulit. Minum air sepanjang hari adalah baik untuk kesihatan dan kulit anda. Sekiranya anda kurang mengambil air, anda boleh lihat kulit anda lebih kusam dan kering.

 

6. Banyakkan Makan Buah Dan Sayuran

Buah-buahan dan sayuran merupakan makanan penting untuk menjaga kesihatan kulit. Membekalkan  sumber vitamin C dan antioksidan yang tinggi bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh keradangan, kerosakan kulit akibat matahari dan bagi mengelak penuaan kulit yang cepat.

 

7. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup banyak memberi manfaat kepada kesihatan kulit anda. Di antaranya membolehkan sel-sel kulit anda melakukan proses pemulihan. Bagi orang dewasa jumlah tidur yang cukup adalah di antara 7-8 jam sehari.

 

Skincare YOUTH™ Sesuai Untuk Lelaki

 

Apa kelebihan skincare YOUTH™ berbanding skincare yang dijual dipasaran

✅ 100% natural – bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya
✅ 100 vegan – diesktrak daripada tumbuhan semula jadi
✅ Tidak menyebabkan allergic reaction
✅ Tidak menyumbatkan liang pori
✅ Tidak diuji ke atas haiwan – cruelty free
✅ Tidak memedihkan mata
✅ Terbukti berkesan dan sesuai untuk SEMUA jenis kulit
✅ Sesuai untuk lelaki dan perempuan
✅ Terbukti mampu menjadikan kulit kelihatan lebih muda dari usia sebenar – a decade younger!
✅ Kesan seawal 7 hari.
✅ Bebas gluten

 

Untuk setiap pembelian full set INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET yang mengandungi:

🌹 Youth Luminious Gel Oil Cleanser
🌹 Youth Perfecting Skin Toner
🌹 Youth Activating Serum
🌹 Youth Age Defense Moisturizer – SPF50
🌹 Youth Advanced Renewal Night Cream

 

Hubungi saya untuk pembelian Set YOUTH™

Atau klik di bawah untuk pembelian secara online

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge