Amalkan 5 Jenis Antioksidan Untuk Kekal Awet Muda

Dalam gaya hidup yang serba pantas, kita selalu mengambil mudah tentang pemakanan harian. Namun sebenarnya untuk terus sihat, kita perlu menitikberatkan diet yang seimbang dan senaman yang teratur. Pakar kesihatan juga mengatakan bahawa pengambilan diet yang kaya dengan antioksidan dapat membantu menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Antioksidan sangat penting untuk kesihatan tubuh kerana ia berfungsi membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel, terutamanya sel kulit. Apakah radikal bebas sebenarnya ? Radikal bebas sebenarnya terbentuk secara semulajadi sebagai sebahagian dari proses metabolik tubuh. Tetapi radikal bebas juga boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pemakanan kita, pencemaran seperti asap rokok, radiasi, penggunaan racun perosak dan sebagainya.

Kerosakan sel akibat radikal bebas boleh menjejaskan  fungsi tubuh dan akhirnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan penuaan seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan kolesterol tinggi.

Dengan ini kita boleh memahami mengapa pengambilan diet yang kaya dengan antioksida adalah penting bagi memastikan tubuh kita kekal sihat dan awet muda. Jadi saya nak kongsikan 5 jenis antioksida yang boleh kita amalkan supaya kekal awet muda dan bertenaga !

 

5 Jenis Antioksidan Untuk Kekal Awet Muda

1. Vitamin C

Vitamin C (asid askorbik, tetrahexyldecyl ascorbate), merupakan sejenis antioksida yang banyak ditemui dalam buah-buahan seperti oren, kiwi, strawberri, anggur, delima, sayuran pula seperti brokoli, tomato dan banyak lagi. Vitamin C berfungsi dalam membantu mengurangi garis-garis halus, kedutan, tona kulit tidak sekata dan kulit kusam.

Vitamin C berkesan menjadikan kulit lebih anjal dan lembut, ia menjadikannya agen penuaan yang bagus. kajian juga membuktikan vitamin C membantu membaikpulih tona kulit tak sekata dan mencerahkan kulit kusam agar nampak berseri dan kelihatan lebih muda. Ia juga menjadikan kulit lebih lembap, canti dan sihat. Fungsi lain vitamin C untuk tubuh adalah membantu meningkatkan sistem imun tubuh melawan penyakit.

 

2. Vitamin E

Vitamin E (Tocopherol atau Tocotrienols) merupakan sejenis vitamin yang larut lemak dan boleh didapati dalam banyak makanan seperti avocado, badam, brokoli, bayam, minyak zaitun, aprikot, daging dan sebagainya. Vitamin E juga boleh di dapati secara sintetik, namun pastinya vitamin E dari sumber semulajadi lebih bagus kerana lebih berkesan dan tahan lama.

Fungsi utama vitamin E adalah melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan ‘oxidative stress’. Ia bertindak sebagai ‘sun block’ yang menghalang radikal bebas dari teroksida pada permukaan kulit yang menyebabkan kerosakan kulit seperti masalah jeragat. Pengambilan vitamin E yang konsisten juga boleh membantu melambatkan penuaan.

 

3. Vitamin A

Vitamin A (Retinol) juga merupakan sejenis vitamin larut lemak yang banyak ditemui di dalam makanan seperti ubi keledek, lobak merah, mangga, tembikai susu, telur, susu dan sebagainya. Retinol adalah antioksidan yang berfungsi menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang pori, memperbaiki permukaan kulit yang kasar, mengurangi garis halus dan kedutan serta menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Pengambilan vitamin A yang konsisten dapat membantu penglihatan menjadi lebih optimal ketika cahaya minima dan juga mambantu dalam sistem imuniti tubuh bekerja lebih optima dan juga membantu menghalang infeksi.

 

4. Resveratrol

Resveratrol merupakan sejenis polipenolik yang mangandungi antioksidan yang kuat. Resveratrol banyak dijumpai dalam anggur muscat, blueberry, strawberry, resberry, plum, delima, lobak unggu dan kekacang. Antioksida jenis ini berfungsi menghalang kerosakan kolagen dan elastin dalam kulit. Kerosakan kolagen dan elastin menyebabkan kulit menjadi kendur dan akhirnya timbul garis-garis halus dan kedutan.

Resveratrol juga berfungsi mengurangkan pengeluaran radikal bebas dan meminimumkan kerosakan pada kulit yang berkaitan dengan matahari. Resveratrol juga membantu menghalang perkembangan dan pertumbuhan tumor kanser kulit.

 

5. Teh Hijau

Ekstrak teh hijau boleh membantu dalam mengurangi inflamasi atau keradangan. Keradangan adalah tindakbalas semulajadi badan terhadap kerosakan sel akibat serangan dari luar. Teh hijau yang disapu pada kulit mampu melindungi permukaan kulit daripada faktor persekitaran yang merosakan kulit. Teh hijau juga boleh memberi kesan penenang bagi melegakan kesan kemerah-merahn pada permukaan kulit.

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge