Sakit belakang merupakan perkara biasa di alami oleh ibu hamil. Biasanya semakin besar usia kandungan, semakin kesakitan dirasa, hinggakan kadang-kadang duduk pun tak selesa, inikan pula kalau berdiri. Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, sekaligus mencegah dari ia berlarutan.
Punca Sakit Belakang Semasa Hamil
Sakit belakang semasa hamil adalah disebabkan bayi dan rahim yang semakin membesar. Perubahan ini akan menyebabkan pusat graviti berubah apabila perut semakin besar. Selain itu, masalah ini juga adalah disebabkan perubahan hormon semasa hamil. Perubahan hormon ini menyebabkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis menjadi longgar.
Tips Melegakan Sakit Belakang Semasa Hamil
1. Senaman
Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Dengan posisi merangkak, tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dan ke atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
2. Urutan
Urutan dapat melegakan badan serta otot yang tegang. Bongkokkan badan menghadap belakang kerusi atau boleh juga cuba tidur mengiring. Boleh juga minta suami urutkan bahagian bawah belakang dan otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang dengan perlahan-lahan.
3. Postur Duduk Yang Betul
Jika mengalami sakit pada tulang tongkeng, elokkan dari duduk membongkokkan. Cuba bengkokkan badan anda semampu yang boleh. Duduk di atas kusyen yang lembut berbentuk baji
4. Akupunktur
Perlu cari pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman bagi merawat ibu hamil
5. Bantal Maternity
Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji dapat memberikan keselesaan sekaligus memberikan postur tidur yang betul.
6. Mandian Hangat
Boleh melegakan ketidakselesaan dengan mandian hangat, tuam panas atau pancuran air panas
7. Tali Pinggang Sokongan
Bagi mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang, pemakaian tali pinggang sokongan dapat memberi keselesaan.
8. Pengambilan Vitamin Dapat Membantu Mengurangkan Sakit Belakang
Sakit belakang semasa hamil juga mungkin berpunca dari kurang nutrisi, lebih-lebih lagi jika kurang kalsium. Jadi pengambilan vitamin amat membantu.
Tonton video testimoni ini, kesan dari pengambilan vitamin telah membantu mengurangkan sakit belakang yang dialaminya
Set Hamil Shaklee
ESP – Mengandungi protein yang sangat baik bagi membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon serta enzim dalam tubuh badan. Penting untuk pertumbuhan yang baik kepada kuku, rambut dan kulit. ESP juga membuat si ibu bertenaga kembali selepas mengalami morning sickness. Asid amino didalam protien juga bertindak bagi membentuk otot dan organ bayi.
Vita-Lea – Merupakan multivitamin, kaya dengan zat besi jadi dapat membantu ibu dalam pembentukan hemoglobin serta membantu menyelesaikan masalah anemia.
Sustained Release Vita-C Plus – Vitamin C penting bagi ibu dan bayi untuk membina kolagen bagi membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam tubuh badan. Ia juga bertindak sebagai antioksida yang membantu badan ibu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, vitamin C juga penting dalam membantu penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
OsteMatrix – Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, dimana seorang ibu hamil memerlukannya sebanyak 1000mg-1300mg sehari. Magnesium berfungsi untuk bergabung dengan kalsium didalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula meransang penyerapan kalsium untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi si ibu pula, ia membantu mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan tekanan darah dan denyutan jantung. Selain itu mengelakkan dari penyusutan kalsium si ibu yang telah digunakan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
OmegaGuard – Merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Bagi ibu pula, ia membantu mengawal tahap kolesterol dan membantu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi.
B-Complex – Lengkap dengan kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B6, Biotin, Asid Pantotenik, Asid Folik dan B12). Asid folik sangat penting kerana fungsi utamanya adalah untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna bagi mengelakkan kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Pengambilan B Complex juga dapat menyokong sistem imun dan membantu mengurangkan masalah loya (morning sickness) kepasa si ibu.
Berminat nak dapatkan Set Hamil Shaklee ? Boleh wasap saya untuk membuat pembelian. Setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi ekslusif dari saya.
Klik untuk pembelian secara online
Nurulaily Ishak
Shaklee ID : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut
2 Comments
tali pinggang tu boleh beli di mana ya
Tali pinggang tu sis kena cuba google kat mana ada jual. Saya jual produk Shaklee. 😉