Cara Mengatasi Kulit Kering Bersisik Dengan Berkesan

Pada umumnya ramai yang mahu mempunyai kulit yang putih dan lembab. Sehinggakan sanggup melakukan pelbagai cara dan tips untuk dapatkan kulit yang putih. Sebenarnya kulit yang sihat tidak semestinya putih, kulit yang sihat adalah kulit yang bersih dan cerah. Kulit yang kering dan bersisik juga dikategorikan kulit yang tidak sihat. Dapatkan informasi tentang cara mengatasi kulit kering dan bersisik dengan berkesan di dalam entri kali ini.

Kulit kering dan bersisik adalah kesan dari sel-sel luar epidermis yang tertanggal serentak dalam jumlah yang banyak. Biasanya keadaan ini akan menyebabkan kulit merekah. Bagi mereka yang mementingkan penampilan kulit bersisik ini sangat memalukan lebih-lebih lagi jika ia kelihatan ketara pada kulit muka, tangan dan kaki.

Kulit bersisik atau juga dikenali sebagai desquamation (skin peeling), adalah kulit yang tertanggal, kulit mengelupas atau flaking skin. Bahagian kulit yang kering dan bersisik kadang-kadang boleh jadi terlalu gatal dan merah sehinggakan anda tidak berhenti menggaru. Keadaan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

 

Punca Kulit Kering Dan Bersisik

Kulit kering dan bersisik adalah disebabkan beberapa masalah kulit dan keadaan fizikal. Antaranya;

  • Faktor genetik dan keturunan – Kulit kering dan bersisik boleh juga disebabkan oleh faktor genetik dan keturunan. Jika orang tua atau keluarga pernah mengalami kulit kering dan bersisik, anda juga ada kemungkinan memiliki masalah kulit yang sama.
  • Kurang penjagaan kulit – Kurang menjaga kesihatan kulit boleh mencetus masalah kulit kering dan bersisik. Contohnya mandi yang kurang bersih dan tidak melakukan penjagaan kulit seperti pemakaian losyen, scrub untuk menanggalkan kulit mati.
  • Alahan kulit
  • Masalah kulit bersisik yang menjurus kepada kanser kulit iaitu Actinic Keratosis
  • Dermatitis
  • Hypoparathyroidism (masalah fungsi kelenjar tiroid)
  • Kurap
  • Psoriasis 
  • Ekzema
  • Kawasaki disease (penyakit sauran darah pada kanak-kanak)
  • Reaksi elegik
  • Kesan dadah
  • Stasis dermatitis
  • Toxic shock syndrome
  • Kurang nutrisiss
  • Athlete’s foot

 

Diagnosa Kulit Kering Dan Bersisik

Kulit kering dan bersisik akibat terdedah kepada cuaca yang terlalu sejuk dan kering atau terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama adalah normal. Cara mengatasinya, anda mungkin boleh gunakan losyen pelembap yang bersesuaian. Namun, jika kulit kering dan bersisik anda tidak juga sembuh, malah ia makin merebak dan menjadi lebih teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Biasanya doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan yang pernah anda lalui juga simptom yang dihidapi. Simptom seperti mengalami kegatalan dan gatal berkurang selepas disapu sesuatu krim. Diagnosis juga dibuat terhadap rupa kulit, pendedahan terhadap mana-mana bahan merengsa atau allergen beserta simptomnya.

 

Rawatan Kulit Kering Bersisik

Rawatan yang diberikan bergantung kepada keterukan gejala dan punca kulit kering bersisik. Jika kes yang melibatkan allergic reaction, cara penyelesaiannya adalah dengan menghentikan penggunaan atau hubungan dengan allergen.

Kebiasaannya kulit bersisik boleh dirawat dengan menyapu losyen atau krim pelembap. Namun sesetengah kes, memerlukan ubat untuk rawatan dari dalam. Segalanya bergantung kepada diagnosis yang telah dibuat oleh doktor, dan mungkin anda disarankan untuk rawatan khusus dengan pakar kulit.

Masalah kulit kering dan bersisik jarang sekali membahayakan. Namun ada sesetengah kes, masalah ini merupakan tindak balas alahan, dan jika diabaikan boleh membawa maut. Jika alahan tersebut beserta dengan simptom berikut, anda perlu mendapatkan rawatan segera;

  • alahan yang teruk dan membengkak serta menyebabkan anda sukar bernafas
  • pening dan muntah
  • terlalu lemah
  • demam panas
  • melepuh yang teruk dan secara tiba-tiba

 

Rawatan Alternatif Bagi Kulit Kering Dan Bersisik

Tingkatkan pengambilan nutrisi dapat membantu merawat masalah kulit kering dan bersisik dari dalama serta dapat meningkatkan imun tubuh bagi melawan dari ia melarat dan berulang. Beberapa vitamin dari Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.

Vivix – Dirumus dari 4 bahan aktif dan kaya dengan resveratrol dan polifenol iaitu anggur muscadine, purple carrot, european elderberry dan polygonum cuspidatum di mana ia mampu merawat sel-sel sehingga ke peringkat DNA. Vivix juga merupakan makanan tambahan yang tinggi dengan antioksidan dan sangat bagus diamalkan untuk kesihatan menyeluruh.

Sustained Release Vita-C Plus – Sangat sinonim dengan kecantikan kulit kerana sifatnya yang tinggi dengan antioksidan. Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk membantu pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C yang cukup dapat menjadikan kulit lebih cerah, mencegah pembentukan pigmentasi, mencegah kulit kering dan bersisik serta melambatkan penuaan.

Vita-E Complex – 1 kapsul Vitamin E sehari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, jeragat dan kesan penuaan. Ianya mampu memperbaiki dan memulihkan tekstur kulit dan tona muka. Selain itu Vitamin E terbaik untuk merawat kesan parut. Pengambilan lebih dari 1200UI sehari berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor serta mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.

B-Complex – Antara kebaikan B Complex adalah untuk kecantikan kulit dengan mengekalkan keremajaan  dan menjaga kesihatan kulit dari dalam. Ianya penting dalam pembentukan sel darah merah. Apabila sel darah merah mencukupi, ia meningkatkan keserian (glowing) pada wajah. Selain itu, B Complex menurangkan tekanan emosi, kelesuan dan stress yang pastinya menyumbangkan kecantikan kepada seseorang itu. B-complex berperanan dalam kecantikan dengan mengekalkan kelembapan kulit, mencegah pigmentasi, melambatkan tanda-tanda penuaan serta merawat masalah jerawat.

 

Baca sini —>> Skincare Semulajadi Dan 100% Selamat Untuk Semua Jenis Kulit

 

Untuk rawatan luaran masalah kulit kering bersisik terutamanya di bahagian muka, saya cadangkan penggunaan skincare semulajadi iaitu YOUTH™

 

Apa kelebihan skincare YOUTH™ berbanding skincare yang dijual dipasaran

✅ 100% natural – bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya
✅ 100 vegan – diesktrak daripada tumbuhan semula jadi
✅ Tidak menyebabkan allergic reaction
✅ Tidak menyumbatkan liang pori
✅ Tidak diuji ke atas haiwan – cruelty free
✅ Tidak memedihkan mata
✅ Terbukti berkesan dan sesuai untuk SEMUA jenis kulit termasuk kulit kering
✅ Sesuai untuk lelaki dan perempuan
✅ Terbukti mampu menjadikan kulit kelihatan lebih muda dari usia sebenar – a decade younger!
✅ Kesan seawal 7 hari.
✅ Bebas gluten

Jangan berlengah lagi rawat masalah kulit kering bersisik yang menghantui anda selama ini dengan Shaklee. Hubungi saya untuk konsultasi vitamin terbaik untuk masalah anda dan semestinya menepati bajet anda.

Atau boleh klik link dibawah untuk pembelian secara online

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge