Cara Mengatasi Sakit Gigi Dikalangan Ibu Mengandung

Sakit gigi sering dialami oleh ibu mengandung selain ketidakselesaan biasa seperti letih, muntah, mual, sakit badan dan pening. Sakit gigi ini berpunca daripada perubahan hormon dan ia boleh menjadi bertambah buruk apabila berlaku simptom kehamilan seperti morning sickness yang turut mempengaruhi kesihatan mulut. Jemput baca perkongsian saya pada kali ini tentang cara mengatasi sakit gigi dikalangan ibu mengandung.

Sakit gigi ketika mengandung sering terjadi ketika kandungan mencapai usia trimester kedua. Ibu mengandung cenderung mengalami masalah sakit gigi dan gusi seperti gusi membengkak dan berdarah dan gigi berlubang. Antara punca yang menyebabkan ibu mengandung mudah mengalami sakit gigi adalah;

  • Perubahan hormon pada badan ibu mengandung
  • Pertambahan alirah darah pada badan ibu mengandung mengakibatkan gusi membengkak kerana pembuluh darah ketika hamil mudah menjadi bengkak
  • Kekerapan muntah juga menjadikan dalam mulut lebih berasid yang boleh menyumbang kepada masalah gusi dan dan gigi berdarah

 

Cara Mengatasi Sakit Gigi Ketika Mengandung

1. Kerap Bersihkan Mulut

Selain memeritkan, muntah-muntah memberi kesan buruk pada kesihatan mulut dan gigi. Muntah mengandungi asid yang boleh menyebabkan lapisan luar gigi iaitu enamel terhakis jika mulut tidak dibersihkan. Enamel yang terhakis menyebabkan masalah gigi sensitif. Selepas muntah, sebaiknya bersihkan mulut dengan memberus gigi agar mulut lebih bersih dan dapat menjamin kesihatan mulut dan gigi.

 

2. Elakkan Makanan Yang Terlalu Panas Atau Sejuk

Disebabkan hormon yang selalu berubah ketika hamil, gigi akan cepat terasa ngilu akibat sensitif. Jadi cuba elakkan makanan yang menjadi punca gigi sensitif seperti makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Masalah gigi sensitif ketika mengandung adalah bersifat sementara, jadi jangan risau anda masih boleh menikmati aiskrim selepas melahirkan nanti.

 

3. Kurangkan Makanan Manis

Selalunya ibu mengandung menggunakan alasan ‘makan berdua’ untuk makan banyak terutamanya makanan manis dan kurang berkhasiat. Sebaiknya elak dari mengambil makanan yang manis dan tidak berkhasiat ketika mengandung. Lebih baik amalkan gula semulajadi seperti buah-buahan dari gula buatan dalam makanan da minuman. Pengambilan gula berlebihan bukan sahaja memudaratkan kesihatan, malah memberi kesan pada gigi akibat pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya membuatkan gigi berlubang.

 

4. Penjagaan Gusi

Selain dari sakit gigi, ibu mengandung juga kerap mengalami sakit gusi. Hal ini adalah disebabkan perubahan hormon yang membuatkan badan kurang bertindak melawan bakteria pada gusi. Jika tidak dirawat boleh melarat kepada masalah gingivitis. Hampir 50% ibu mengandung mengalami masalah ini. Kesihatan gusi perlu diambil berat. Flos gigi sehari sekali dan gunakan berus yang lembut untuk memberus gigi dan mengelakkan gusi luka. Amalkan juga bekumur air garam suam sehari sekali untuk mengelak masalah gusi bengkak.

 

5. Pengambilan Kalsium Secukupnya

Pengambilan kalsium amat penting bagi ibu mengandung dan juga bayi. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gigi mudah berlubang terutamanya ketika mengandung.  Oleh itu tingkatkan pengambilan kalsium setiap hari melalui pemakanan. Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti susu, keju, bayam, brokoli, ikan salmon, kekacang, pisang dan sebagainya. Untuk mengoptimumkan pengambilan kalsium cuba amalkan suplemen kalsium yang bagus untuk tulang dan gigi.

 

Bagaimana Shaklee Membantu Dalam Masalah Sakit Gigi Di Kalangan Ibu Mengandung

 

Ostematrix

Ostematrix Shaklee lengkap dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga & Zinc. Lengkap semua dalam satu untuk kepentingan tulang kita. Jadi Ostematrix sangat membantu dalam mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

 

 

 

B-Complex With Asid Folic

B Complex Shaklee mengandungi Vitamin B9 iaitu Asid Folik dan Vitamin B12. Sangat bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Disamping itu, B-complex juga sangat penting membantu seimbangkan mood dan hormon dalam tubuh. Kekurangan Vitamin B12 dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang tertekan (stress). Oleh itu, Asid Folik akan membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit. Selain daripada itu, Vitamin B12 juga menjaga kesihatan sistem saraf supaya tidak tegang, kejang dan memberi tenaga kepada tubuh ibu hamil agar lebih tenang dan bertenaga.

 

Baca juga —>>> Suplemen Untuk Ibu Hamil Yang Semulajadi, Selamat Dan Berkesan

 

Testimoni Pengguna

 

 

Sakit sangat gigi, rasa macam dah tak tertahan lagi ? Cepat hubungi saya untuk dapatkan produk ni.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge