Cara Merawat Buasir Agar Cepat Sembuh Tanpa Pembedahan

Ramai yang mengadu mengalami pendarahan ketika membuang air besar dan ia selalunya berpunca dari masalah buasir. Pada sesetengah keadaan, dimana buasir telah membesar dan terkeluar dari dubur yang berbentuk seperti ketulan daging menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa apabila duduk, berdiri mahupun berjalan. Pada entri kali ini saya kongsikan informasi tentang cara merawatnya agar sembuh dengan cepat dan berkesan.

Hemoroid atau lebih biasa dipanggil buasir dikalangan masyarakat, terjadi apabila berlaku pembengkakkan dan radang pada urat vena didalam rektum (buasir dalaman) atau dihujung rektum atau dubur (buasir luaran). Buasir boleh terjadi kepada mereka yang kerap meneran ketika membuang air besar, sembelit kronik atau dikalangan wanita mengandung.

Terdapat lebih 50% orang dewasa yang berumur sekitar 50 tahun mengalami rasa gatal-gatal, kesakitan dan pendarahan di bahagian anus, keadaan ini merupakan tanda awal buasir. Namun anda tidak perlu risau, ada banyak kaedah berkesan untuk merawat masalah ini.

 

Punca Yang Menyebabkan Terjadinya Buasir

Beberapa punca dikatakan menjadi penyebab kepada masalah ini, ia adalah;

Sembelit

Jika seseorang itu mengalami sembelit, ia akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk membuang air besar. Jadi pesakit biasanya akan meneran dalam masa yang agak lama untuk mengeluarkan najis. Keadaan ini mungkin menyebabkan pembengkakan dan pembesaran saluran darah pada bahagian tersebut.

 

 

Mengandung

Wanita mengandung cenderung untuk mendapat masalah buasir adalah disebabkan rahim yang mengembang dan berat kandungan yang memberi tekanan kepada urat vena di bahagian pelvis dan menyebabkan ia membengkak. Selain dari itu, perubahan hormon di dalam badan seseorang wanita membuatkan saluran darah menjadi lebih besar jika dibandingkan sebelum mengandung. Wanita mengandung juga dikatakan mudah mengalami sembelit yang juga punca kepada masalah buasir.

Faktor Risiko Yang Lain

  • Kerap bertangguh untuk membuang air besar
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai buasir
  • Cirit- birit yang kronik
  • Obesiti
  • Kanser usus besar
  • Pembedahan melalui dubur
  • Hubungan seksual menerusi dubur
  • Peningkatan usia
  • Mempunyai penyakit keradangan usus

 

Tanda-tanda Atau Gejala Buasir

Antara tanda-tanda anda mengalami masalah buasir adalah;

  • Pendarahan semasa buang air besar (tidak menyakitkan)
  • Gatal atau iritasi pada kawasan dubur
  • Sakit dan rasa tidak selesa
  • Bengkak di sekelilign dubur
  • Gumpalan daging atau selaput darah berhampiran dubur yang menyakitkan dan memberi rasa tidak selesa
  • Jika terdapat jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan pembentukan nanah.

Gejala Buasir juga bergantung kepada tempat ia berlaku. Berikut merupakan jenis-jenis buasir:

Buasir Dalaman – Buasir jenis ini berlaku di dalam rektum dan ia tidak dapat dilihat dan dirasa serta jarang menyebabkan ketidakselesaaan. Tetapi ketika meneran atau iritasi ketika najis melalui tempat buasir akan menyebabkan permukaan buasir lebih rosak dan boleh menyebabkan pendarahan. Pada sesetengah kes, meneran boleh menyebabkan buasir tertolak keluar melalui permukaan dubur. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan dan iritasi.

Buasir Luaran – Ia berlaku di bawah kulit di sekeliling dubur. apabila berlaku iritasi, buasir luar boleh menyebabkan gatal dan berdarah.

Buasir Thrombosed – Darah yang berkumpul dan membeku pada buasir luaran menyebabkan kesakitan yang teruk, bengkak, radang dan terdapat ketulan keras berhampiran dubur.

 

 

Rawatan Serta Pencegahan Buasir

Beberapa cara boleh dilakukan untuk merawat serta mengurangkan simptom buasir;

1. Amalkan diet harian yang sihat dengan mengambil makanan yang tinggi dengan serat iaitu buah-buahan seperti avocado, betik, pisang, sayuran seperti bayam, brokoli, kekacang, biji chia dan oat boleh mencegah sembelit, najis keras dan seterusnya mengelak buasir. Banyakkan minum air, kerana pengambilan air yang kurang boleh menyebabkan sembelit.  Apabila sembelit, serat tidak dapat melalui saluran pencernaan dengan lancar. Boleh juga amalkan minuman pribiotik bagi meningkatkan kesihatan saluran usus serta membantu penghadaman. Makanan yang kaya dengan vitamin K seperti alfalfa dan sayuran berdaun hijau boleh membantu mengelakkan pendarahan pada buasir.

 

2. Ubah tabiat yang suka menangguhkan hasrat untuk membuang air besar serta tabiat di dalam tandas. Elakkan meneran dengan kuat serta duduk atau mencangkung terlalu lama di dalam tandas.

3. Amalkan suplemen yang boleh membantu mengurangkan dan melegakan simptom buasir. Antara suplemen yang disarankan adalah;

 

 

 

 

 Testimoni Pengguna

 

 

 

Bertindak segera untuk merawat masalah buasir anda. Hubungi saya untuk dapatkan Set Buasir sekarang.

Klik di bawah untuk pembelian secara online

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge