Cara Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Kosmetik Berbahaya

Ramai yang telah menjadi mangsa dengan kosmetik tiruan yang mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya. Yelah.. siapa yang tak mahu kelihatan cantik kan ? Nak cantik boleh, tapi jangan sampai sanggup merisiko diri dan kesihatan. Ketahui cara merawat kulit muka rosak akibat penggunaan kosmetik berbahaya dengan suplemen semulajadi.

Tanda-tanda Penggunaan Produk Berbahaya Yang Perlu Diketahui

Masih ramai yang tidak ambil berat kesan penggunaan kosmetik berbahaya ni, bukan tidak tahu, tetapi mereka lebih gemar memilih produk yang murah dan boleh beri kesan yang cepat. Kesannya, jerawat keluar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara tanda-tanda yang anda telah terguna produk yang berbahaya adalah;

  • Kulit muka asal berubah menjadi putih dalam masa yang singkat. Ini menunjukkan kandungan merkuri yang tinggi ada di dalam kosmetik tersebut.
  • Berasa gatal/panas bila di sapukan pada kulit
  • Bersifat melekit-lekit
  • Berbau kuat dan menyengit
  • Menyebabkan lapisan luar kulit mengelupas selepas seminggu digunakan
  • Terjadi alahan teruk pada kulit

Tips Pemulihan Kulit Rosak

  1. Jika kulit rosak akibat guna produk beracun, berhenti segera dari menggunakannya bagi mengelak irritasi kulit lebih teruk dan komplikasinya.
  2. Beri masa untuk kulit pulih secara semulajadi. Elak dari menggunakan produk lain dalam masa yang sama. Amalkan makanan yang boleh merawat kulit dari dalam seperti pengambilan vitamin C, vitamin E, vitamin A, biotin dan mineral zink.
  3. Elakkan dari memicit jerawat, bakteria yang ada di kuku boleh berpindah ke kulit muka dan akan memburukkan lagi keadaan.
  4. Ambil makanan yang bersumberkan protien dan kolagen bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru dan sihat.
  5. Elakkan kulit dari terdedah kepada cahaya matahari kerana ini boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan. Lama-kelamaan boleh menyebabkan pigmentasi seperti jeragat.
  6. Air juga penting dalam proses pemulihan kulit. Jangan lupa ambil 8 gelas air sehari bagi memudahkan proses penyingkiran toksin dari badan.
  7. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Seeloknya pilih dari bahan semulajadi.

 

Shaklee Boleh Bantu Rawat Kulit Muka Rosak Akibat Salah Pilih Produk

[WAJAH YANG BREAKOUT TERUK KEMBALI CANTIK SELEPAS KONSISTEN RADIANT 4 DAN SKINCARE YOUTH].
.

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee.
,

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.
.

Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.
.

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.
.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
.

Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.
.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.
.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .
.

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.
.

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.
.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.
.

Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari. Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar. Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.
.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.
.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.

 

Jika anda juga mengalami nasib akibat salah pilih produk dan berminat nak ikhtiar dengan Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsapp dengan segera di 012-6841829

 

Klik di bawah untuk pembelian secara online

Setiap pembelian anda layak untuk mendapat konsultasi ekslusif. Boleh wasap saya untuk sebarang pertanyaan

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut…

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge