Jana Pendapatan Sampingan Dengan Bisnes Online

Di zaman serba canggih ini, internet telah menjadi satu keperluan. Internet sebagai satu platform untuk mereka yang bijak menggunakan peluang bagi menjana pendapatan. Dengan adanya internet, maka terbuka luas peluang untuk kita mengubah taraf hidup. Jadi amat rugi jika kita menggunakan internet hanya untuk bersosial.

Jika disenaraikan banyak sungguh bisnes online yang boleh dijalankan. Semuanya bergantung kepada minat anda untuk memilih jenis bisnes samada menjual produk fizikal, produk digital, servis ataupun dropship. Walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri, anda masih boleh menjana pendapatan melalui bisnes online.

 

5 Sebab Dan Kelebihan Menjalankan Bisnes Online

 

1. Risiko Dapat Dikurangkan

Jika anda seorang peniaga yang membuka kedai untuk menjual barangan niaga anda, anda perlu membayar kos-kos seperti sewa kedai, gaji pekerja, dan sebagainya. Dengan berniaga secara online, anda tidak perlu menyediakan kedai untuk memasarkan barang jualan anda, jadi risiko kerugian dapat dikurangkan. Malah dengan bisnes online, anda dapat mengurangkan kos promosi kerana anda boleh mengunakan cara promosi percuma di internet.

2. Masa Yang Fleksibel

Jika anda mempunyai kedai, anda akan terikat dengan waktu yang lama untuk menjaga kedai. Malah, jika anda tidak mempunyai pekerja, anda terpaksa menjaga kedai sehingga ke malam, maka sudah pasti anda tidak mempunyai masa untuk perkara-perkara lain. Tetapi dengan bisnes secara online, anda mempunyai masa yang lebih banyak dan fleksibel. Anda hanya perlu mempromosikan barangan jualan anda dengan pengiklanan secara online. Pelangan juga boleh melihat produk jualan anda melalui internet tanpa perlu ke kedai anda.

Pada masa kini, anda yang masih bekerja juga boleh melakukan bisnes online, kerana masa yang fleksibel dan semuanya dilakukan dihujung jari.

3. Dapat Bertukar Maklumat Dengan Lebih Cepat

Dengan menggunakan internet, urusan jual beli dapat dilakukan dengan mudah. Maklumat tentang barangan niaga yang hendak dijual dapat dihantar dengan cepat kepada pelanggan. Pelanggan juga dapat memberikan maklumbalas dengan pantas.

Pada masa kini, applikasi seperti Facebook dan Whatsapp banyak membantu memudahkan pertukaran maklumat antara peniaga dan pembeli. Tidak perlu bersua muka untuk proses jual beli serta masa juga dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

4. Jaringan Pelanggan Lebih Meluas

Melalui internet anda boleh mendapat lebih ramai pelanggan, bukan sahaja di dalam negara malah pelanggan dari luar negara. Dengan adanya talian internet, ianya bukan lagi mustahil. Jika anda mempunyai laman web untuk menjual barangan niaga anda, sudah pasti ia boleh diekses oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Medium seperti blog, facebook, instagram, twitter dan banyak lagi media yang telah disediakan. Jadi bukan sesuatu yang mustahil untuk anda mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.

5. Dapat Berkomunikasi Dengan Pelangan Secara Terus

Walaupun melalui internet dan tidak bersua muka, anda masih boleh berurusan dengan pelanggan secara terus. Pelanggan lebih suka jika anda dapat memberikan jawapan atau maklumat secara pantas.

 

Kenapa Perlu Pilih Bisnes Online Shaklee

1. Masa yang sangat fleksibel, waktu bercuti bersama keluarga atau pun sedang tidur pun masih ada order yang masuk.

2. Tidak terikat dengan jadual kerja, malah boleh dilakukan dari rumah sambil menguruskan rumahtangga.

3. Lebih banyak masa bersama keluarga dapat diluangkan.

4. Pendapatan yang tiada had, kita sendiri yang tentukan banyak mana yang kita nak. Lebih banyak usaha kita, lebih banyak yang kita akan dapat.

5. Tidak perlu keluar rumah untuk menguruskan perniagaan. Lakukan bisnes dihujung jari, hanya perlu klik-klik  dan barang yang dipesan sampai ke rumah pelanggan.

6. Dapat kongsi kebaikan dan kelebihan produk yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Disamping mempunyai ujian klinikal yang membuktikan produk Shaklee tidak memberi kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang.

7. Dapat meningkat keyakinan dan positifkan diri dengan bersama kumpulan sokongan yang sentiasa membantu dalam memberi semangat, aura-aura positif, dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat ternilai.

Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

 

Jika juga mahu berjaya, anda mesti berani bertindak. Dan lakukannya SEKARANG !!!

 

Anda mahu jadi sebahagian dari kami ??

Klik untuk wasap saya, kita boleh sembang-sembang macamana nak jana income

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge