Kenali 8 Punca Kulit Wajah Cepat Berkedut

Stress sangat bila garisan halus dan kedutan mulai hadir di wajah. Lagi stress disebabkan kedutan ni, orang ingat kita ni dah berusia sangat. Jadi ramai wanita di luar sana bertindak untuk mencegah kedutan dengan penggunaan pelbagai produk. Walaupun ia merupakan langkah yang baik, namun kita perlu ketahui dahulu punca kedutan ini timbul, adakah semata kerana usia ? Jom baca lebih lanjut…

 

Punca Kedutan Di Wajah

Antara punca yang menjadikan kulit wajah anda cepat berkedut adalah ;

1. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari juga berisiko mendapat garis-garis halus kedutan selain kesan sunburn. Garis-garis halus kedutan mula terbentuk di sekitar mata dan sekeliling bibir anda. Dinasihatkan anda memakai krim sunblock bagi mencegah kesan UV yang boleh menyebabkan kedutan.

 

2. Pemakaian Produk Kosmetik

Pemakaian kosmetik bukannya membuatkan wajah anda kelihatan lebih baik, sebaliknya ia adalah salah satu punca yang menyebabkan kedutan di wajah. Seperti yang telah kita sedia tahu, kebanyakkan kosmetik mengandungi bahan kimia, di mana lama kelamaan dipakai akan mendatangkan masalah pada kulit wajah. Boleh cuba cari kosmetik yang berasaskan bahan semulajadi, dan yang lebih penting tidak digunakan secara berlebihan.

3. Diet Yang Kurang Nutrisi

Diet pemakanan yang kurang nutrisi adalah salah satu punca kedutan diwajah. Untuk mencegah kedutan, sebaiknya anda lengkapkan diet anda dengan pengambilan zat-zat makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin. Banyakkan makan buahan dan sayuran untuk dapatkan kulit yang cantik tanpa kedutan. Diet yang seimbang bukan sahaja baik untuk kulit, malah bagus untuk kesihatan anda.

 

4. Dehidrasi

Dehidrasi adalah keadaan dimana air yang keluar dari tubuh jumlahnya melebihi air yang masuk. Kedutan juga berpunca dari kurangnya minum air dalam masa seharian. Apabila pengambilan air kurang, kulit anda cenderung untuk menjadi kering. Keadaan ini menyebabkan kulit anda tidak mampu menghasilkan atau menjana sel-sel kulit yang baru, ini akan menyebabkan kedutan dan garis-garis halus mulai timbul. Adalah amat penting anda mencukupi jumlah cecair dalam badan untuk keparluan diet harian bagi mengelak masalah ini.

 

Baca —>> Cara Hilangkan Jeragat Tebal Lebih Cepat Dengan Set Jeragat Shaklee

 

5. Faktor Usia

Punca utama kedutan adalah penuaan. Penuaan menyebabkan kulit tidak lagi lembab dan kurang keanjalan. Oleh itu keadaan ini menyebabkan kulit cepat berkedut. Dipasaran terdapat banyak krim anti penuaan yang boleh membantu masalah ini. Adalah lebih baik, jika krim ini dari bahan semulajadi.

 

6. Pergerakan Wajah

Terlalu banyak pergerakan wajah juga boleh menjadi punca wajah cepat berkedut. Sifat suka berkerut wajah boleh menyebabkan kedutan di bahagian dahi, ketawa dan tersenyum menyebabkan kedut dibahagian tepi mata dan bibir. Senaman seperti yoga mungkin boleh membantu menangani masalah ini.

 

7. Elak Rokok

Wanita merokok adalah lebih cenderung untuk mendapat kedutan di wajah, kerana merokok menyebabkan bekalan darah berkurangan di dalam badan. dan akhirnya akan menyebabkan garis-garis halus dan kedutan di sekeliling mata dan bibir.

 

8. Pengambilan Kafein Berlebihan

Pengambilan kafein berlebihan juga menyebabkan kedutan pada wajah. Kurangkan pengambilannya dapat membantu masalah ini.

 

Klik sini –>> Skincare Semulajadi dan 100% Selamat Untuk Semua Jenis Kulit

 

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang berusaha menangani masalah kedutan.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge