Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Kembung Perut

Masalah angin dan kembung perut adalah masalah yang sering kita hadapi. Masalah ini biasanya berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman kita. Pada sesetengah orang, masalah angin bukanlah satu gangguan, ini kerana mereka jenis yang mudah mengeluarkan angin dari badan. Bagi yang tidak, cuba amalkan petua yang saya kongsikan ini untuk buang angin dan atasi kembung perut.

Sesetengah orang mudah kentut, mudah sendawa, tetapi ada pula yang mangalami masalah penghadaman sehingga sukar untuk mengeluarkan angin dari badan. Lazimnya mereka yang mengalami masalah angin dalam badan ini, pasti sering mengalami kembung dan sakit perut, mudah loya dan rasa nak muntah.

Kembung perut adalah di sebabkan terdapat angin yang berlebihan di dalam sistem pencernaan kita, tersekat dan sukar untuk dikeluarkan. Sistem percernaan adalah saluran yang bermula dari mulut, melalui perut ke usus kecil dan akhirnya di usus besar.

Keadaan ni menimbulkan rasa sakit dan tidak selesa kepada yang mengalaminya. Apabila timbul rasa tidak selesa, seterusnya boleh membataskan aktiviti harian kita. Jom kita lihat apa petua yang boleh diamalkan untuk mengatasinya.

 

Petua Buang Angin Dalam Badan Dan Elak Kembung Perut

1. Minum Air Halia

Minum air halia merupakan petua paling mudah untuk diamalkan. Ramai yang mengamalkannya dan memang berkesan. Halia sememangnya tumbuhan yang boleh membantu membuang angin dalam badan. Tambahan pula minuman halia telah dipelbagaikan untuk memberi rasa yang sedap dan mudah untuk diminum. Antaranya teh halia, susu halia, air suam dicampur beberapa hirisan halia dan sesudu madu. Boleh cuba cara mana yang anda suka.

 

2. Makan Bawang Putih

Bawang putih berkesan dapat membantu mengeluarkan angin dari badan dengan cepat. Caranya ambil 2-3 ulas bawang putih kemudian dibakar bersama kulitnya. Buang kulit, kemudian dimakan setiap pagi ketika perut masih kosong. Cara lain adalah masukkan 2-3 ulas bawang putih yang telah dikopek kulit ke dalam nasi yang baru sahaja masak, biar seketika kemudian dimakan bersama nasi.

 

3. Sup Panas

Sup panas juga boleh membantu membuang angin dalam badan. Kesan panas dan ramuan herba-herba di dalam sup boleh membantu mengeluarkan angin serta menghilangkan rasa lesu yang berpunca dari angin tersebut.

 

4. Teh Halba

Halba boleh diminum seperti teh untuk membantu mengeluarkan angin dari badan serta mengatasi masalah kembung perut. Caranya ambil 1 sudu teh halba di rendam bersama secawan air panas dan madu. Kemudian boleh diminum setelah ia suam.

 

5. Buah Pelaga

 

Suplemen Shaklee Yang Dicadangkan Untuk Masalah Angin Dalam Badan Dan Kembung Perut

 

Peppermint Ginger Plus

 

  • Membuang angin berlebihan di dalam usus
  • Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut
  • Melegakan rasa loya dan muntah
  • Pudina dan halia digukan secara tradisional untuk merawat Sindrome Gangguan Usus (IBS)

 

Garlic Complex

  • Membantu meningkatkan fungsi penghadaman
  • Membantu mengatasi kembung perut
  • Mengatasi gastrik, pedih ulu hati dan ketidakhadaman

 

Berminat nak ikhtiar buang angin dalam badan dan atasi masalah kembung perut dengan suplemen Shaklee ? Meh wasap saya..

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge