Petua Kempiskan Perut Dengan Cepat Selepas Bersalin

Setiap ibu yang baru lepas bersalin mesti nak kelihatan ramping balik macam sebelum mengandung dulu kan.. ? Lagi best kalau dapat bentuk badan macam zaman anak dara dulu. Seperti yang kita semua tahu, walaupun kita dah kehilangan banyak berat badan selepas melahirkan, namun masih terdapat lemak-lemak di sekeliling perut yang tidak dapat dihilangkan. Jom baca petua macamana nak kempiskan perut dengan cepat selepas bersalin.

Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Bagi nak merealisasikan impian anda untuk kelihatan ramping semula, ibu-ibu jangan malas !!. Beberapa petua boleh dicuba dan ianya mudah kerana kebanyakkan bahan-bahannya boleh anda dapati dari dalam rumah anda sendiri.

#1. Bengkung

Pemakaian bengkung adalah salah satu cara berkesan untuk mengempiskan perut selepas bersalin. Caranya amalkan pakai bengkung selama beberapa jam di waktu pagi. Amalan pemakaian bengkung tradisional melayu telah lama diamalkan oleh orang dulu-dulu. Namun cara ini tidak digalakkan kepada ibu-ibu yang bersalin secara ceaser. Bengkung moden yang banyak dipasaran adalah sesuai untuk ibu-ibu bersalin ceaser untuk memberi sokongan kepada otot perut yang telah kendur.

 

#2. Madu Dan Lemon

Campurkan segelas air suam dengan perahan lemon segar dan sesudu madu. Minum semasa perut kosong atau sebelum makan. Sebaiknya minum campuran ini selepas bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa untuk setengah jam. Boleh juga tambahkan beberapa helai daun pudina dan beberapa hirisan timun kemudian sejukan di dalam peti ais semalaman. Gunakan daun pudina dalam kuantiti yang sederhana kerana ia boleh menyebabkan susu badan berkurang jika diambil berlebihan.

 

#3. Teh Hijau

Tahukah anda secawan teh hijau boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat ? Selain itu, teh hijau kaya dengan antioksidan membantu anda untuk sihat dan cantik. Namun teh hijau mengandungi kafien, dan hanya boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Perhatian !!! Teh hijau hanya diambil kosong tanpa gula.

 

#4. Epal

Epal dikatakan boleh menghilangkan lemak diperut. Epal mengandungi pektin yang membantu membakar lemak diperut. Selain itu, epal juga seperti teh hijau kaya dengan antioksidan yang boleh membantu menghalang pengumpulan lemak berlebihan pada tubuh.

 

#5. Diet Seimbang

Ambil makanan seimbang dan lebihkan buah-buahan, sayuran, bijirin dan protien. Elakkan pengambilan gula dan garam berlebihan serta minuman bergas dan minuman berkarbonat. Buah-buahan dan sayuran yang boleh membantu menguruskan badan dengan cepat adalah seperti betik, mangga, grapefriut, brokoli dan kale. Harus diingat walaupun misi untuk menguruskan badan, tapi jangan sampai tidak makan. Boleh makan, tapi makanlah makanan yang seimbang, lebih-lebih lagi pada ibu yang menyusukan bayi.

 

#6. Senaman

Bermula dengan lakukan senaman yang ringan-ringan dahulu, jangan terus buat senaman yang high impac kerana akan memberi kesan kepada rahim anda. Senaman seperti berjalan, berenang boleh membantu membina ketahanan badan. Beri tumpuan pada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Kempiskan perut dengan melakukan senaman crunches dan planking.

 

#7. Jangan Diet

Diet boleh menyebabkan anda berasa lemah dan menurunkan metabolisme anda. Kadar metabolisme bagi ibu-ibu yang menyusu amat tinggi, jadi cuba makan dengan lebih banyak pada waktu pagi. Apa yang anda makan dengan baik akan membantu membakar lemak dengan lebih berkesan.

 

#8. Minum Air

Sangat mudah dan murah untuk dilakukan. Minum air mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari sangat membantu menurunkan berat badan dengan cara mengeluarkan toksin dari dalam tubuh dan mengempiskan perut.

 

#9. Menyusukan Bayi

Ibu yang menyusukan bayi membakar sebanyak 500 kalori sehari. Menyusu juga membantu mengecutkan rahim ke saiz yang asal, jadi ia juga dapat mengempiskan perut secara semulajadi.

 

Tonton Perkongsian Dari Puan Salwa Yang Berjaya Turunkan Berat Badan Sampai 2okg Dan Tampil Cantik Hanya Dengan 4 Tips.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

 

Bantuan Nutrisi Dari Shaklee Membantu Menurunkan Berat Badan Ibu Selepas Bersalin

Gabungan dari beberapa suplemen Shaklee yang telah terbukti berkesan membantu menurunkan berat badan sekaligus mengempiskan perut ibu selepas bersalin.

Lecithin – Berfungsi mengemulsi dan memecahkan lemak dari makanan yang dimakan dan dibuang melalui saluran pencernaan.

Omegaguard – Membantu membakar lemak yang termendap di dalam saluran pencernaan dan dinyah dari tubuh.

Alfalfa Complex –  Membantu menyingkirkan toksin dari badan, membantu pelawasan serta menyingkirkan lemak dan kolesterol.

Energizing Soy Protien (ESP) – Membantu untuk rasa kenyang lebih lama, juga dapat memberi tenaga, membina otot dan membentuk sel-sel baru untuk tubuh.

 


Boleh buat pembelian secara online dengan klik di bawah

Setiap pembelian melayakan anda mendapat konsultasi ekslusif cara pengambilan vitamin dengan betul. Jadi hubungi saya untuk tujuan itu. Terima kasih.

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge