Petua Mengatasi Morning Sickness Di Awal Kehamilan

Morning sickness atau mabuk semasa mengandung merupakan salah satu cabaran yang harus dilalui oleh wanita hamil. Di sebalik keterujaan mendapat berita gembira apabila disahkan hamil, terselit sedikit kerisauan tentang masalah ini. Berikut saya kongsikan petua mengatasi morning sickness untuk informasi bersama.

Morning sickness biasanya bermula apabila usia kandungan mencecah 6 minggu kehamilan, namun ada juga sesetengahnya sudah mulai mengalami gejala ini pada 2 minggu kehamilan. Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, mual dan mungkin muntah di awal pagi. Walaupun dipanggil morning sickness, gejala ini kadangkala boleh berlaku bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan mual lebih kerap terjadi di waktu pagi, berkemungkinan kerana perut masih kosong.

Wanita hamil juga sangat sensitif terhadap bau. Bau tertentu boleh menyebabkan wanita hamil merasa loya dan menyebabkan tidak selera makan dan minum, akibatnya badan akan terasa lemah dan letih sepanjang hari.

Bagaimana Morning Sickness Boleh Terjadi ??

Morning sickness terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku pada tubuh di awal kehamilan. Kenaikan pantas paras estrogen menyebabkan perut dikosongkan secara perlahan-lahan, dan kemudian membawa kepada rasa loya dan mual.

Antara yang menyebabkan morning sickness adalah kehadiran hormon lain iaitu hormon chorionic yang meningkat secara mendadak semasa di awal kehamilan. Hormon chorionic ini dikeluarkan oleh uri.

Sesetengah wanita merasa sensitif terhadap bauan semasa hamil. Jadi sesetengah bauan seperti bau masakan, bau minyak wangi, asap rokok menyebabkan mereka berasa loya dan mual.

Sesetengah pakar juga mempercayai bahawa saluran usus menjadi lebih sensitif di awal kehamilan membuatkan wanita tersebut cenderung untuk berasa loya.

Antara mereka yang lebih cenderung untuk mengalami morning sickness adalah;

♦ Mempunyai sejarah mabuk/migrain

♦ Hamil anak kembar

♦ Pernah mengalami morning sickness untuk kehamilan sebelumnya

♦ Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami morning sickness

♦Hamil anak perempuan (ada kajian yang mengatakan, wanita yang loya dan muntah-muntah teruk, mempunyai kebarangkalian 50% untuk mendapat anak perempuan)

Petua Mengatasi Morning Sickness

Berikut merupakan beberapa petua yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.

1. Elakkan makanan serta bauan yang boleh rasa mual dan loya. Hindari juga makan yang pedas berlemak dan bergoreng.

2. Hidu bau limau. Antara cara mudah untuk menghilangkan rasa loya. bauan segar dari ekstrak limau boleh menghilangkan rasa pening dan loya.

3. Amalkan saiz hidangan yang kecil, tapi ambil secara kerap.

4. Minum banyak air suam. Kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan loya dan mabuk lebih teruk.

5. Ambil makanan yang sejuk atau bersuhu bilik, kerana makanan pada suhu ini kurang mengeluarkan bauan.

6. Rehat yang cukup dan cuba tidur sekejap di waktu siang.

7. Elakkan perut kosong, kerana perut yang kosong dimasuki angin akan menyebabkan mabuk bertambah teruk.

8. Minum teh halia. Minum teh halia dapat membantu mengurangi kesan loya semasa hamil

9. Ambil vitamin Prenatal. Pengambilan vitamin dapat membantu membekalkan nutrien penting kepada ibu dan juga bayi. Boleh baca juga Suplemen Untuk Ibu Hamil Yang Semulajadi, Selamat Dan Berkesan.

Untuk mengatasi gejala ini, saya cadangkan Set Morning Sickness dari Shaklee

Performance Drinks – Mengurangi dehidrasi iaitu mengantikan cecair badan yang hilang semasa muntah-muntah. Meningkatkan tenaga, dan memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel.

Ostematrix – Membantu ibu hamil untuk mudah tidur diwaktu malam, membantu ibu hamil bertenaga dan mudah bangun tanpa sakit-sakit badan pada keesokkan harinya

Peppermint Ginger Plus – Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan mengelakkan senak perut.

B-Complex – Melegakan mabuk. loya, mual dan morning sickness. Mengurangkan stress dan kemurungan, juga membantu menghasilkan tenaga.

ESP – Kaya dengan protien yang membantu memberikan rasa kenyang dan membantu memberi tenaga kepada ibu hamil

Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat membantu mengurangi masalah morning sickness anda dan seterusnya dapat menjalani hidup seharian dengan lebih selesa dan sihat.

 

Boleh hubungi saya melalui Whatsapp untuk pembelian Set Morning Sickness

Klik di bawah untuk pembelian secara online

Sebarang pembelian melayakkan anda untuk mendapat konsultasi cara pengambilan vitamin yang betul. Jadi hubungilah saya

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge