Petua Merawat Keputihan Secara Semulajadi Dan Selamat

Rasa rimas dan hilang mood bila masalah keputihan melanda. Apatah lagi dengan tuntutan kerja yang perlu banyak bergerak dan tak duduk diam setempat. Sebenarnya ada cara untuk merawat keputihan anda dengan selamat, hanya gunakan bahan-bahan dari dapur sahaja. Jadi sekarang saya nak kongsikan petua merawat keputihan dengan bahan semulajadi.

Normal ke keputihan ni ?

Keputihan adalah satu cara semulajadi yang dihasilkan oleh badan bagi membersihkan alat sulit dari bakteria. Pada keadaan normal, ianya tidak berbau dan hanya meninggalkan kesan cecair putih pada panties, lebih-lebih lagi jika wanita tersebut aktif, sedang menunggu hari untuk period, sedang hamil atau terlalu stress.

Namun adalah tidak normal jika keputihan keluar dengan banyak, berwarna agak gelap, berbau dan menyebabkan kegatalan pada kawasan alat sulit. Keadaan ini dinamakan Leucorrhoea. 

Petua Merawat Keputihan

Beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat masalah keputihan, dan ianya hanya bahan-bahan yang terdapur dari dapur anda antaranya ialah ;

1. Bendi

Ambil 3-4 batang bendi, potong kecil-kecil. Masukkan kedalam periuk bersama 2 cawan air, rebus. Rebus sehingga air menjadi separuh. Setelah suam, tapiskan dan hanya ambil air bendi sahaja. Bahagikan 3 bahagian, minum 3 kali sehari bersama madu.

2. Kanji

Cara paling mudah, minum air kanji dari nasi yang sedang ditanak. Menurut kajian, kanji dapat mengurangkan pengeluaran asid seperti keputihan, kerana keputihan bersifat asid.

3. Cuka Epal

Cuka epal bersifat alkali berfungsi meneutralkan keasidan dalam badan. Jadi pengambilan cuka epal juga boleh membantu merawat keputihan.

4. Daun Jambu Batu

 

Caranya, ambil beberapa helai daun jambu batu, rebus dengan air dalam 30 minit. Setelah suam, bilas faraj dengan air rebusan tadi.

5. Daun Sirih

 

Ambil dalam 10 helai daun sirih, dicuci dengan air yang mengalir. Panas dalam 2 liter air, setelah mendidih, masukkan daun sirih dan rebus selama 3-5 minit. Setelah suam, bilas faraj dengan air rebusan daun sihir tadi.

6. Pisang

Pisang mengandungi fiber yang tinggi dan ia mampu meneutralkan keasidan dalam tubuh. Pastikan consume di waktu pagi, cara ini lebih efektif.

7. Serbuk Tawas

Tawas terbukti sebagai antiseptik semulajadi. Garam galian berbentuk kristal berkesan merawat semua jenis jangkitan berkaitan alat sulit. campurkan sedikit air pada serbuk tawas, lalukan pada kawasan yang terkena jangkitan. Tawas juga boleh digunakan sebagai deodoran dan skrub untuk menghilangkan bau badan.

8. Bawang Putih

Amalkan makan bawang putih dapat memberi banyak manfaat kepada tubuh badan. Antaranya ialah untuk merawat keputihan. Bawang putih bersifat antiseptik dalam melawan kuman, bakteria, fungus juga antikulat.

 

Suplemen Shaklee Membantu Merawat Keputihan

Rawat masalah keputihan anda dengan vitamin dari Shaklee yang telah terbukti berkesan, selamat dan semulajadi

Baca juga entri Bartholin Cyst akibat komplikasi keputihan kronik

 

[MASALAH KEPUTIHAN TERUK DAN BERBAU YANG DIALAMI BERTAHUN-TAHUN PULIH DENGAN SET KESIHATAN RAHIM]
.

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!
.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

 

Klik di bawah untuk dapatkan Set Rawat Keputihan

Semua pembelian di bawah ID saya melayakkan anda mendapat konsultasi ekslusif.

Bagaimana nak jadi ahli untuk dapatkan harga jimat ? Boleh terus wasap saya ye

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut….

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge