Petua Semulajadi Hilangkan Kedutan Di Wajah

Bila usia hampir menginjak ke 40an, biasanya apa yang wanita risaukan ? Memang banyak hehehe, namun salah satu adalah masalah kedutan di wajah. Nak tahu tak camana caranya nak tahu kulit kita ni masih tegang atau dah ada kedutan ? Pergi depan cermin dan cuba senyum, kalau dah ada kedutan di tepi mata ketika anda tersenyum, maknanya anda kena bertindak sesuatu. Jom baca petua semulajadi yang boleh kita cuba amalkan untuk melambatkan kedutan di wajah.

 

Petua Hilangkan Kedutan Di Wajah Dengan Bahan Alami

Banyak sebenarnya petua orang dulu-dulu amalkan, bukan setakat pakai diluaran tetapi pemakanan sangatlah mereka jaga. Pasal tu orang dulu-dulu awet muda, penyakit pun kurang. Jom kita tengak apa yang mereka gunakan untuk hilangkan kedutan di wajah.

 

1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang terkenal dan bagus untuk rawatan kulit. Ia mengandungi vitamin yang lengkap seperti C, D dan E, zat besi juga dilengkapi dengan zat anti-bakteria yang terbaik untuk kekal awet muda. Sebelum tidur bersihkan dahulu muka, kemudian minyak zaitun di sapu nipis kepada wajah. Biarkan semalaman dan dibilas bersih pada keesokkan pagi.

 

2. Madu Asli

Madu mengandungi sejumlah besar asid amino, vitamin C serta zat besi, jadi ia memang bagus di amalkan untuk rawatan kulit kering dan berkedut. Madu dikatakan bertindak sebagai pelembap kulit juga sebagai antikuman. Bagi anda yang mempunyai kulit kering, cuba tambahkan 2-3 titis madu bersama pencuci muka, urut muka selama beberapa minit. Ini dapat mengembalikan untuk seri pada kulit anda. Amalkan makan sesudu madu setiap pagi juga dikatakan boleh menghilangkan kedutan di wajah !

 

3. Buah Tomato

Buah tomato sangat terkenalkan khasiatnya untuk kulit. Ia mengandungi antioksida yang sangat tinggi sangat bagus untuk rawatan kulit. Lecek setengah biji buah tomato dan dijadikan masker. Biar sehingga kering, kemudian dibilas bersih. Anda boleh rasakan kulit anda semakin halus dan kedutan semakin hilang apabila anda selalu melakukannya. Amalkan makan buah tomato juga sangat membantu merawat kulit keseluruhannya. Jadikan salad tomato hidangan berkhasiat anda setiap hujung minggu !

 

Baca juga —>> Kenali 8 Punca Kulit Wajah Cepat Berkedut¬†

 

4. Lobak Merah

Ambil sebiji lobak merah bersaiz sederhana, dibersihkan kemudian diparut. Campurkan lobak merah yang telah diparut dengan 2 sudu tepung jagung bersama sebiji kuning telur. Gaul rata bahan tadi sehingga sebati menjadi masker. Masker disapukan ke wajah dan biarkan seketika sehingga kering atau dalam 40 minit. Bilas bersih. Boleh amalkan selalu untuk kesan yang lebih cepat

 

5. Lidah Buaya

Daun lidah buaya kaya dengan antioksidan yang sangat diperlukan kulit. Ambil bahagian dalam isi daun lidah buaya, setelah dibersihkan lenyek dan kemudian dicampur dengan putih telur untuk dijadikan masker. Pakai masker tersebut 2 hari sekali bagi mengurangi kedut di bahagian dahi anda !

 

 

 

6. Lemon

Buah yang kaya dengan vitamin C seperti lemon, limau nipis dan pelbagai buah yang mengandungi citrus boleh dijadikan masker untuk menghilangkan kedutan. Potong dan picit buah lemon untuk mengeluarkan jusnya, kemudian jus tersbut di sapu pada wajah. Lakukan petua ini sehari sekali. Petua ini paling mudah dibuat, jadi rajin-rajinlah lakukan !

 

7. Pisang

Petua untuk menghilangkan kedutan dengan menggunakan pisang juga sangat mudah dan efektif. Caranya hancurkan sebiji pisang hingga menjadi krim, kemudian sapukan keseluruh wajah dan biarkan sehingga setengah jam. kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

 

8. Masker Betik

Ambil sepotong betik masak, lenyek sehingga hancur. kemudian campurkan sesudu madu untuk dijadikan masker. Sapukan pada wajah dan dibiarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih. Boleh amalkan 2 hari sekali untuk menghilangkan kedutan di wajah anda !

 

Baca juga —>> Skincare Semulajadi Dan 100% Selamat Untuk Semua Jenis Kulit

Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda yang sedang berusaha untuk menghilangkan kedutan di wajah. Selamat mencuba ye… Sekian.

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge