Anda pregnant dan selalu mengalami cramp kaki di waktu malam ? Cramp, tarik mengkarung atau simpul biawak adalah perkara yang biasa berlaku di kalangan ibu mengandung. Rasa kejang pada bahagian kaki yang selalunya berlaku pada malam hari. Nak tahu apakah punca gejala ini boleh berlaku, dan dapatkan informasi tentang tips untuk mengelakkannya.
Punca Cramp Kaki Semasa Mengandung
Semasa mengandung, organ seperti jantung, buah pinggang dan sistem peredaran akan bekerja lebih kuat bagi membolehkan badan berfungsi seperti biasa. Tekanan kepada otot-otot pula semakin meningkat akibat dari pertambahan berat badan. Akibatnya, otot-otot yang keletihan akan menegang dan kejang terutama sewaktu ia direhatkan. Biasanya keadaan ini berlaku pada waktu malam.
Selain dari itu, kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau megnesium di dalam darah juga dikatakan boleh menyebabkan kekejangan semasa hamil. Kekurangan ini adalah disebabkan janin telah menggunakannya semasa proses tumbesaran di kandungan. Tekanan terhadap urat besar pada kaki akibat rahim yang semakin membesar, termasuklah kesan dari hormon kehamilan juga memberi tekanan pada otot kaki.
Cara Atasi Cramp Kaki Semasa Mengandung
1. Urutan
Apabila cramp kaki menyerang, luruskan sambil gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Pastikan hujung jari menghala ke atas, manakala tumit pula menghala ke bawah bagi melegakan otot betis. Kemudian, urut pelahan-lahan betis mengarah ke bahagian bawah kaki.
2. Tuam Atau Rendaman Air Panas
Jika masih berasa kejang kaki, cuba rendamankan kaki di dalam air suam atau boleh juga gunakan tuaman panas. Otot jadi lebih relaks dan sakit juga berkurangan akibat perubahan suhu pada bahagian kaki.
3. Senaman Regangan
Senaman dapat membantu meregangkan otot kaki yang lenguh, cuba lakukan 2 jenis senaman ini.
- Regangan kaki – Berdiri 1 meter dari dinding, cuba unjurkan badan ke hadapan. Tangan di regangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki tidak di angkat dan melekat pada lantai. Tahan selama 5 saat. Ulang senaman ini selama 5 minit. Boleh lakukan 3 kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
- Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki kebawah dan kemudian tegakkan ke atas, ulang dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat kedua-dua belah tapak kaki.
4. Postur Badan
Pastikan postur badan sentiasa betul, samada sedang duduk, berdiri dan tidur. Semasa duduk, elakkan dari melipat kaki supaya darah dapat mengalir tanpa tersekat. Posisi tidur mengiring lebih selesa bagi ibu hamil, boleh letakkan bantal tambahan untuk menyokong postur badan.
5. Pengambilan Air Kosong
Digalakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
6. Diet Seimbang
Amalkan diet seimbang bagi memenuhi keperluan sebagai ibu mengandung. Kekurangan magnesium, kalsium dan garam galian boleh menjadi punca utama gejala cramp kaki semasa mengandung. Lebihkan sayuran hijau, susu dan buah-buahan, juga boleh gantikan snek yang tidak berkhasiat dengan almond, kurma, kismis dan sebagainya.
7. Makan Vitamin
Biasanya ibu mengandung dibekalkan dengan pelbagai vitamin seperti zat besi, asid folik, b-kompleks dan vitamin C dari klinik kesihatan. Vitamin-vitamin ini amat penting bagi memenuhi keperluan nutrisi seharian. Jadi amalkannya setiap hari.
Ostematrix Dari Shaklee Dapat Membantu Menangani Masalah Cramp Kaki
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, manganese, zink, copper, vitamin D dan boron sangat membantu mengatasi masalah kekejangan otot atau cramp kaki semasa mangandung. Selain dari itu magnesium yang terdapat di dalam ostematrix adalah mineral yang penting bagi kesihatan kardiovaskular dan otot. Ia juga bertindak sebagai laxative yang merehatkan otot usus dan membantu mengekalkan air di dalam usus. Kesannya, proses pembuangan sangat lancar.
Baca juga Set Kehamilan Shaklee bagi membantu anda memdapat kesan terbaik, mudah-mudahan masalah cramp kaki anda dapat diatasi sepenuhnya.
Testimoni
Boleh buat pembelian ostematrix dengan wasap terus kepada saya
Atau boleh klik di bawah untuk pembelian secara online
Nurulaily Ishak
Shaklee ID : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut