Punca Dan Cara Merawat Batuk Yang Berpanjangan Dengan Berkesan

Anda mengalami batuk yang berpanjangan ?. Dah makan macam-macam ubat batuk tapi masih tak sembuh-sembuh juga.  Jadi hari ini saya nak kongsikan punca dan cara merawat batuk berpanjangan dengan cara yang mudah dan berkesan.

Batuk merupakan gejala yang sememangnya menyakitkan, lebih-lebih lagi batuk yang berpanjangan sampaikan ke perut sakitnya. Batuk ni kalau tak dirawat dari puncanya, memang susah nak berhenti. Berikut merupakan punca yang boleh menyebabkan batuk berpanjangan dan susah nak baik.

Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selsema dan efluenza

  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit yang berkaitan dengan salur pernafasan (bronkitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Mereka yang terdedah dengan habuk, asap dan bahan kimia
  • Asid dari perut naik ke esofagus yang di panggil Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (posnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi (ACE inhibitor – Penghalang Enzim Penukar Angiotensin)

Petua Merawat Batuk Berpanjangan

1. Madu

Madu adalah salah satu herba yang dipercayai boleh melegakan batuk. Banyak khasiat madu disebalik keenakan rasanya. Caranya amat mudah bagi penawar batuk, hanya campurkan 2 sudu teh madu dengan air suam dan perahan limau nipis. Kebaikan madu adalah untuk menenangkan tekak, jus perahan limau nipis dapat membantu melegakan kesesakan rongga tekak.

2. Halia

Memang banyak khasiat halia, walaupun kebanyakkannya tidak sukakan rasa pedas halia. Halia selalu dikaitkan dengan cara membuang angin dalam badan. Halia juga sebenarnya boleh digunakan untuk melegakan batuk berpanjangan. Halia mempunyai bahan natural bagi membasmi kuman dan membantu membuang kahak dan lendir.

Caranya campurkan beberapa helai daun pudina bersama beberapa potong halia di dalam segelas air panas. Masukkan juga 2 sudu madu dan minum. Cuba amalkan 2 kali sehari untuk melegakan batuk anda. Halia dan daun pudina dipercayai baik untuk melegakan kegatalan penyebab utama batuk anda.

3. Air Garam

Petua ini sangat mudah, tapi perlu konsisten dan yakin. Caranya, kacau sebati 1 sudu garam bersama segelas air suam. Kumur-kumur dengan air garam tadi selama 5 saat. Boleh amalkan 3 kali sehari. Petua air garam sangat baik diamalkan untuk melegakan gatal tekak dan melegakan batuk yang berpanjangan jika di lakukan secara konsisten.

4. Asam Jawa

Asam jawa selalu digunakan oleh orang tua-tua untuk menurunkan panas badan, asam jawa juga boleh melegakan keradangan tekak. Campurkan 2 sudu asam jawa dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian tapis serat serta bijinya. Minum 2 kali sehari untuk melegakan sakit tekak dan batuk.

5. Aiskrim

Aiskrim juga boleh melegakan tekak yang sakit. Aiskrim berperisa vanilla boleh membuatkan tekak anda sejuk, kebas dan nyaman sekaligus boleh melegakan keradangan.

6. Bawang Putih

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Atasi batuk anda dengan selabu bawang putih yang dibakar dengan kulitnya. Bakar jangan sampai ia hangus. Kemudian buang kulit bawang putih tersebut, makan ia begitu sahaja. Kalau rasa tak boleh telan, boleh cari suplemen bawang putih.

Satu lagi cara ialah tumbuk kasar beberapa ulas bawang putih, campurkan dengan minyak zaitun. Sapukan campuran tersebut di bahagian leher anda. InshaAllah, dapat membantu melegakan tekak anda.

 

Antara vitamin yang dicadangkan untuk melegakan batuk ialah;

Omegaguard – berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk dan selsema serta membantu melegakan pernafasan dengan mencairkan kahak.

Garlic Complex – Garlic merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imun badan supaya dapat mengelak dari penyakit berjangkit seperti batuk, selsema, jangkitan virus, kulat, kuman dan sebagainya.

Sustained Release Vita-C Plus – Membantu meningkatkan imun badan untuk melawan penyakit serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

 

Jika anda berminat nak ikhtiar masalah batuk berpanjangan anda dengan vitamin Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsapp.

Klik di bawah untuk pembelian secara online

 

Sebarang pembelian melayakkan anda untuk mendapat konsultasi cara pengambilan vitamin yang betul. Jadi hubungilah saya

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

1 Comment

Leave a Reply to KN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge