Punca Dan Cara Rawat Bell’s Palsy Dengan Suplemen Semulajadi

Bell’s Palsy adalah keadaan di mana otot muka menjadi lumpuh atau mengalami kelemahan sementara. Keadaan ini terjadi apabila saraf yang mangawal otot mengalami keradangan, membengkak atau terhimpit. Bell’s Palsy melibatkan saraf cranial ke 7 yang mengalami keradangan sehingga menyebabkan muka penghidapnya menjadi herot. Ketahui apakah punca masalah ini dan cara merawatnya dengan suplemen semulajadi.

Bell’s Palsy berlaku bukan lah disebabkan strok ataupun serangan iskemia sementara (TIA). Walaupun strok dan TIA boleh menyebabkan kelumpuhan, namun ia tiada kaitan dengan Bell’s Palsy. Bell’s Palsy boleh terjadi kepada semua peringkat umur, tetapi kebiasaannya gejala ini terjadi kepada mereka yng berumur 16 hingga 60 tahun.

Punca Bell’s Palsy

Sebenarnya punca terhadap gejala ini masih lagi belum di ketahui. Namun ramai pengkaji menyatakan ia dipercayai berpunca dari jangkitan virus herpes. Beberapa faktor lain juga boleh dikaitkan dengan gelaja ini seperti faktor persekitaran, trauma dan tekanan emosi.

 

Simptom-Simptom Bell’s Palsy

  • Simptom-simptom Bells Palsy boleh terjadi dalam seminggu dua selepas mengalami demam, infection pada mata atau telinga.
  • Simptom ini boleh berlaku secara tiba-tiba, anda hanya menyedarinya apabila mendapati muka mengalami perubahan (herot) selepas bangun tidur diwaktu pagi atau semasa makan atau minum.
  • Keadaan muka yang jatuh pada sebelah bahagian, mengalami kesukaran untuk membuka atau menutup mata pada bahagian yang terbabit.

Tanda-tanda Bell’s Palsy

  1. Lumpuh pada sebahagian muka menyebabkan muka terasa berat, lemah atau kebas secara tiba-tiba.
  2. Air liur meleleh.
  3. Mengalami masalah di bahagian mata seperti mata terlalu berair, atau terlalu kering.
  4. Hilang keupayaan untuk merasa.
  5. Sukar untuk membuka mulut untuk makan dan minum.
  6. Sukar untuk senyum dan mengerut muka.
  7. sakit pada bahagian dalam atau belakang teleinga.
  8. Kepekaan terhadap bunyi meningkat.
  9. Sakit kepala.
  10. Otot muka menjadi lemah.

Ni antara testimoni Zura sendiri kenapa Zura suka sangat dengan VIVIX.

Pada Julai 2016 Zura di serang bell palsy.

Bangun je tidur, macam biasa Zura akan minum air tiba2 air meleleh keluar dari mulut, pelik tapi buat tak layan. Bila basuh muka ketika wuduk, kali ni air masuk dalam mata. Makin bertambah hairan.

Selesai solat subuh, cuba cari info sambil2 tengok muka di cermin..Allahhuakbar muka aku dah senget!

Mulut tak boleh tutup, mata tak boleh tutup rapat..air mata mengalir. Pipi sebelah kanan tak boleh gerak langsung, telinga rasa bengang..sakit, sakit sangat.

Sebelum ni ada Zura terbaca tentang Bell palsy dari perkongsian seorang rakan tapi masih rasa ragu2 sama ada Zura di serang minor stroke atau bell palsy.

Tengah hari suami balik untuk lunch baru Zura mintak dia tengokkan muka dan bagi tahu Zura di serang bell palsy.

Bila kami buat pemeriksaan di hospital. yes! doktor sahkan Zura di serang Bell palsy

Bermulalah episod terpaksa ambil steroid dan terpaksa berhenti menyusukan Izzara Nasuha.

Seminggu pertama Zura rasa berat sangat bukan sebab muka dah senget tapi sebab terpaksa stop menyusukan anak.

Bayangkan anak yang 24 jam dengan maknya tapi bila merengek minta susu maknya tak dapat bagi. Sedih teramat sangat. Susu pula terpaksa pam dan buang.

Anak susah tidur malam
rasa stress anak menangis nakkan susu tapi tak boleh nak bagi

Sampai Zura kata pada suami ‘ ummi tak kisah pon muka ummi senget tapi ummi tak sampai hati tengok anak nangis2 nak susu macam ni ‘

Zura buat keputusan hanya seminggu Zura ambil steroid dan cuba ikhtiar dengan mengamalkan supplement, tentu Shaklee pilihan utama Zura.

Waktu tu Zura berserah ja pada Allah jika dengan supplement ni Zura sembuh Alhamdulillah, jika terpaksa berwajah senget seumur hidup pon Zura terima..

Zura consume special dose VIVIX,
Vitamin E, OMEGA ,B Complex dan seminggu sekali Zura akan buat rawatan fisioterapi dan acupuncture.

Senaman muka untuk pesakit bell palsy pon ada Zura amalkan di rumah.

Alhamdulillah senyuman kembali mekar dibibir walaupun belum sembuh 100%.

– Puan Zura –

Bila kene bell palsy ni, selalunya sebelah muka akan herot dan tidak dapat berfungsi secara normal.

Maknanya terdapat gangguan pada sel dan saraf pada wajah.

Resveratrol atau antioksidan di dalam Vivix ni bertindak membantu membetulkan serta membaiki kerosakan sel serta saraf.

Kalau diri atau ada antara ahli keluarga serta sahabat yang sedang menderita Bell’s Palsy ni, boleh berikhtiar dengan Vivix.

Walaupun Vivix ni bukan ubat tetapi suplemen semulajadi yang menyokong kesihatan, tapi insya-Allah antioksidan di dalam Vivix adalah ikhtiar terbaik.

 

Cadangan Suplemen Yang Boleh Membantu Masalah Bell’s Palsy

Penulis buku “The Natural Pahrmacy”, seorang pakar perubatan yang bernama Alan R. Gaby, menyatakan pengambilan vitamin B12 mungkin antara suplemen yang sesuai bagi membantu mengatasi masalah Bell’s Palsy. Selain itu beberapa suplemen yang disarankan adalah Vitamin C dengan bioflavonoids, asid lemak perlu, bromelain dan bawang putih. Suplemen-suplemen ini berfungsi sebagai antiradang yang boleh membantu mengurangkan keradangan pada seluruh badan.

Antara suplemen Shaklee yang boleh dicadangkan adalah;

 

  • B-complex
  • Sustained Released Vita-C Plus
  • Omegaguard
  • Garlic
  • Vivix

Harus diingat rawatan awal dalam masa 48 jam selepas berlaku gejala ini adalah sangat perlu bagi memudahkan proses pemulihan. Tingkatkan tahap imun badan setelah berlaku serangan gejala ini buat kali pertama, kerana pernah berlaku pesakit mengalami serangan gejala ini sampai kali ke 3, dan ini sangat menyukarkan proses pemulihan dan wajah yang herot sukar untuk kembali normal. Jika anda salah seorang yang mengalami gejala ini, jangan tunggu lagi, bertindaklah sekarang.

 

Hubungi saya melalui Whatsapp untuk pembelian Set Bell’s Palsy Shaklee

Boleh klik di bawah untuk pembelian secara online

Setiap pembelian melayakkan anda mendapat konsultasi cara pengambilan vitamin yang betul.

Sila hubungi saya untuk tujuan itu. Terima kasih

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge