Punca Dan Rawatan Alternatif Batu Hempedu Tanpa Pembedahan

Batu hempedu atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai Cholelithiasis. Batu hempedu yang terbentuk di dalam pundi hempedu mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan kebanyakkan pesakit tidak mengalami apa-apa simptom. Dapatkan informasi tentang punca penyakit ini serta rawatan alternatif yang boleh digunakan bagi merawatnya.

Pundi hempedu merupakan organ yang terletak sangat berhampiran dengan hati. Fungsinya adalah untuk memekatkan jus hempedu yang dihasilkan oleh hati. Seterusnya jus hempedu akan mengalir ke pundi hempadu untuk proses pemekatan dan kemudian akan dirembeskan ke dalam usus kecil duodenum melalui saluran pundi hempedu untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.

Pembesaran pundi hempedu akibat saiz batu hempedu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit di bahagian perut. Selain dari itu kehadiran batu hempedu juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan keradangan pada pundi hempedu atau juga disebut sebagai Acute Cholecystitis.

Proses bilirubin boleh terganggu jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu yang menyebabkan jus hempedu tidak boleh dirembeskan ke dalam usus. Keadaan ini menyebabkan mata pesakit kelihatan kuning dan bacaan bilirubin meningkat di dalam badan.

Cecair yang tersekat tadi boleh mengakibatkan jangkitan kuman naik ke bahagian atas saluran tersebut. Jangkitan kuman ini berbahaya dan boleh membawa maut.

Punca Batu Hempedu Terjadi

Batu hempedu terjadi apabila kepekatan bahan dalam cecair hempedu telah mencapai had keterlarutannya. Keadaan ini menyebabkan bahan-bahan tersebut mendap dan terkumpul seterusnya membentuk menjadi batu. Bahan utama yang membentuk batu hempadu adalah kolesterol dan kalsium bilirubin.

Batu Hempedu Kolesterol

Batu hempedu jenis ini biasanya dikatkan dengan wanita dan mereka yang berumur. Faktor risiko yang lain termasuklah;

  • Mereka yang obes, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi mempunyai risiko tinggi untuk mendapat batu hempedu jenis kolesterol.
  • Wanita hamil dimana waktu hamil, tahap progesteron yang tinggi akan menyebabkan pundi hempedu tidak mengecut dengan sepenuhnya mengakibatkan cecair hempedu tertinggal di dalam pundi hempedu dan kemuadiannya bertukar menjadi batu hempedu.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi estrogen yang berfungsi seperti pil perancang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat batu hempedu kerana ia akan meningkatkan lagi rembesan kolesterol ke dalam cecair hempedu.
  • Genetik iaitu keturunan dan telah dibuktikan melalui kajian yang melibatkan kembar.

Batu Hempedu Jenis Kalsium Dan Pigmen

Batu hempedu jenis ini biasanya berlaku apabila kematian sel darah merah yang banyak. Antara penyakit yang menyebabkan perkara ini adalah :

  • Anemia sel sabit
  • Thalassemia
  • Heridatry spherocytosis
  • Chirrosis hati
  • Splenomegaly atau organ limpa yang membesar

 

Simptom Batu Hempedu

Antara simptom batu hempedu yang dialami oleh pesakit adalah;

  • Sakit – sakit yang dirasa pada bahagian bawah rusuk kanan dan ulu hati. Oleh kerana itu sakit ini sering disalah tafsir dengan masalah gastrik. Sakit yang bersifat menarik-narik dan kerap datang dan pergi. Kadangkala ia juga menyebabkan pesakit merasa loya dan muntah, ia berkaitan dengan pengambilan makanan berlemak.
  • Demam – ini menunjukkan kehadiran kuman di dalam pundi hempedu (cholecystitis). Jangkitan kuman pada pundi hempedu membuatkan pesakit mengalami demam yang tinggi berserta menggigil dan sejuk.
  • Kuning – Warna kulit dan mata putih berwarna kuning. Keadaan ini di sebabkan batu menghimpit saluran pundi hempedu (choledocholithiasis)

Rawatan Alternatif Batu Hempedu Dengan Shaklee

 

 

Vivix

Mengandungi Polygonum yang berfungsi untuk membersihkan kolesterol di dalam salur darah sekaligus membantu menurunkan paras kolesteroh keseluruhan. Seperti yang telah diberitahu tadi, antara punca batu hempedu adalah disebabkan oleh kolesterol, jadi pengambilan Vivix sangat membantu mengawal kolesterol seterusnya mengelak dari terbentuknya batu hempedu

 

Lecithin

Bertindak sebagai pengemulsi lemak sekaligus membantu pemecahan batu karang ini kepada hablur yang lebih kecil dan seterusnya melarutkan ia melalui aliran darah

 

 

DTX Complex

Bertindak sebagai tonik hati untuk mengeluarkan kotoran yang berada di dalam 3 organ ini iaitu hati, pankreas dan hempedu. Selain itu ia memastikan hati berfungsi dengan lebih baik.

 

Anda berminat nak ikhtiar masalah batu hempadu dengan Shaklee ? Hubungi saya segera

Klik di bawah untuk pembelian secara online

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge