Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kenali punca, gejala penyakit serta rawatan yang boleh dilakukan bagi mengurangi simptom penyakit ini.
Ekzema juga dikenali sebagai aktopik dermatitis yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang telah lanjut usia. Menurut kajian, ekzema sebenarnya mempunyai pertalian genetik. Maksudnya, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mempunyai penyakit ekzema, maka ia memberi kesan genetik kepada anak-anak.
Ekzema terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
Acute Eczema
- Erythema – Gatal dan bergelojak, kulit terasa panas dan radang
- Popules – pembentukan tompok-tompok merah
Eczema Kronik
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menjadi tebal, kasar dan berkedut
Punca Terjadinya Ekzema
Punca sebenar terjadinya penyakit ekzema belum dikenalpasti sepenuhnya. Namun beberapa faktor yang menyebabkan penyakit ini ialah;
- Pencemaran
- Sejarah keturunan yang menghidap ekzema
- Perubahan emosi seperti stress dan resah
- Alergik kepada beberapa jenis makanan dan bahan pengawet
- Cuaca yang panas
- Alergik kepada persekitaran seperti asap rokok, bahan kimia, bulu binatang dan habuk
- Kerap berpeluh
- Alahan kepada sabun mandi dan bahan pencuci pakaian
- Air yang berklorin tinggi
- Alahan kepada bahan kosmetik
- Alahan kepada fabrik tertentu
Penyakit ini biasanya bagi orang dewasa, ia menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Manakala pada bayi ataupun kanak-kanak, lazimnya ia menyerang pada bahagian pipi, leher, dahi, kulit kepala, lengan dan betis. Penyakit ini tidak mengira masa, ada yang menghidap ekzema semasa masih bayi dan juga kesnya mendapat ekzema ketika dewasa.
Gejala Penyakit Ekzema
Ekzema atopik lazimnya akan berlaku berterusan dalam tempoh yang sangat lama. Ia merupakan gejala penyakit kronik yang berlaku sepanjang masa, dimana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan peluapan yang mungkin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Beberapa gejala utama penyakit ini adalah;
- Kulit terasa tegang dan kering
- Kulit pecah dan merekah
- Kawasan kulit tertentu mungkin akan terkoyak
- Gatal pada kulit dan keadaan lebih buruk pada waktu malam
- Menggaru menyebabkan kulit menjadi tebal
- Kulit menjadi radang, melepuh, kemerahan dan mengeluarkan cecair
- Kulit menjadi tompok merah atau coklat kelabu dan menjadi lebam
Rawatan Penyakit Ekzema
Ekzema terjadi apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan allergens atau alahan yang menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Hal ini akan menyebabkan penghidapnya menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan melecet dan terkoyak seterusnya ruam berair akan muncul. Kitaran ini akan berulang-ulang seperti rajah di bawah :
Dengan mengetahui kitaran dan punca tercetusnya ekzema, kita boleh mengambil langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta merawat keradangan. Beberapa langkah yang boleh diambil ialah;
Pakaian
- Pakai pakaian yang longgar dan dari fabrik yang selesa, seperti kain cotton.
- Elak memakai pakaian yang ketat dan tidak menyerap peluh.
Pemakanan
- Amalkan diet seimbang serta berkhasiat yang mempu mengekal tahap daya tahan badan.
- Elakkan makanan yang mencetuskan kesan-kesan alergik seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
Persekitaran
- Wujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal
- Pastikan tahap kelembapan yang sederhana di tempat tinggal
- Tukar cadar dan selimut setiap seminggu sekali
- Guna sarung tangan bila perlu
Sikap
- Elak terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama
- Kerap mandi dan elak dari mandi air panas
- Sentiasa pastikan kuku pendek supaya dapat mengelak kulit terluka akibat kerap menggaru
- Patuhi arahan doktor
Masalah Ekzema Dan Asma Berkurangan Selepas Amalkan Suplemen Shaklee
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE.
.Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil.
.Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun.
.Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma.
.Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii… Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.
.Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.
.Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum).
.Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.
.Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect
.Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati. Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.
.Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.
Berminat untuk dapatkan Set Rawatan Ekzema ini boleh wasap saya segera
Klik di bawah untuk pembelian secara online. Setiap pembelian melayakkan anda untuk mendapat konsultasi ekslusif dari saya. Terima kasih.
Nurulaily Ishak
Shaklee ID : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Postage seluruh Malaysia
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut…
1 Comment
Sian Kan kalau baby kena eczema
Intan recently posted…Medium Jual Shaklee-Apa Pilihan Anda?