Punca Pendarahan Semasa Hamil Dan Cara Mengatasinya

Bila berlaku pendarahan semasa hamil sememangnya merisaukan. Apa yang boleh difikirkan pada masa itu, kemungkinan akan berlaku keguguran. Walaupun bagi kebanyakkan doktor berpendapat ianya adalah perkara biasa dan tidak membahayakan kandungan, namun adalah lebih baik jika anda dapatkan pemeriksaan doktor untuk mengetahui punca dan bagi memastikan anda dan kandungan adalah sihat.

 

Pendarahan Pada Trimester Pertama

Kira-kira satu dari lima bakal ibu mengalami pendarahan dalam tiga bulan pertama kehamilan. Walaupun pendarahan ini tidak dapat dikenalpasti dengan tepat puncanya, namun ia kemungkinan berlaku kerana;

 

Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding)

Ketika pensenyawaan ovum dan sperma dan ia melekat didinding rahim boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Proses ini dinamakan proses pelekatan dimana boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Darah yang keluar adalah kelihatan seperti darah haid yang merah cair dalam masa 1-3 hari. Pendarahn ini dikatakan tidak memberi kesan kepada kandungan anda.

 

Pendarahan Penembusan (Breakthrough Bleeding)

Pendarahan penembusan berlaku apabila hormon yang mengawal kitaran haid tidak cukup kuat hingga menyebabkan pendarahan berlaku pada kitaran haid yang seterusnya walaupun pada ketika hamil. Pendarahan jenis ini biasanya berlaku dalam 3 bulan pertama kehamilan. Selepas itu plasenta akan mengambil alih bagi mengawal pengeluaran hormon.

 

Pendarahan Akibat Keguguran

Turun darah yang banyak di saluran vagina seperti datang haid adalah tanda-tanda keguguran. Keguguran biasanya berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Ada juga kes yang berlaku, si ibu tidak menyedari diri hamil. Biasanya hanya akan sedar apabila ada ketulan darah atau janin yang tidak menjadi gugur bersama darah haid.

 

Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana embrio yang telah disenyawakan menempel di luar rahim, biasanya terjadi di bahagian tiub fallopio. Apabila embrio membesar menyebabkan tiub fallopio pecah dan inilah yang menjadi punca pendarahan. Keadaan ini sangat berbahaya sehingga boleh meragut nyawa ibu tersebut.

 

Perubahan Serviks

Semasa hamil, lebih banyak darah mengalir ke serviks. Ujian seperti pap smear atau hubungan suami isteri, yang menyebabkan banyak geselan atau sentuhan di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan. Walaubagaimanapun pendarahan ini tidak membimbangkan.

 

 

Pendarahan Pada Trimester Kedua Dan Ketiga

Pendarahan yang berlaku pada trimester kedua dan ketiga adalah tidak normal dan merupakan tanda kepada keadaan yang lebih serius. Jika keadaan ini berlaku anda dinasihatkan untuk cepat-cepat berjumpa doktor untuk menerima rawatan segera. Kemungkinan yang menjadi punca kepada pendarahan pada kehamilan trimester kedua dan ketiga adalah;

 

Placenta Previa

Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan apabila plasenta terletak rendah di dalam rahim samada sebahagian atau sepenuhnya menutupi pembukaan saluran kelahiran. Plasenta previa sangat jarang berlaku pada trimester ketiga, ia adakalanya menyakitkan dan memerlukan rawatan segera.

 

Plasental Abruption

Plasental abruption adalah keadaan serius apabila plasenta terpisah separa atau sepenuhnya dari dinding uterus sebelum tiba masa untuk bayi dilahirkan. Keadaan ini menyebabkan bayi terputus bekalan nutrisi dan oksigen. Lebih teruk lagi apabila berlaku pendarahan yang teruk dan boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan. Keadaan ini biasa berlaku pada trimester ketiga, namun ia boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.

 

Kelahiran Pramatang

Pendarahan yang berlaku diakhir kehamilan mungkin merupakan tanda bahawa badan anda telah bersedia untuk bersalin. Mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar beberapa hari atau minggu sebelum kelahiran dan biasanya akan terdapat sedikit pendarahan. Kelahiran pramatang mungkin berlaku apabila simptom serta tanda kelahiran berlaku sebelum 37 minggu usia kandungan.

 

 

Apa Yang Patut Dilakukan Sekiranya Mengalami Pendarahan Tidak Normal Semasa Hamil

Pendarahan faraj yang tidak normal merupakan tanda kepada sesuatu masalah, jadi segera berjumpa doktor. Pakai pad untuk memudahkan anda mengetahui berapa banyak darah yang keluar, termasuk catatkan jenis darah yang keluar termasuk warna dan keadaan darah tersebut samada cair atau berketul.

Di hospital anda akan menjalani ujian ultrasound untuk mengetahui punca pendarahan tersebut. Ujian vaginal dan abdominal ultrasound akan dilakukan bagi pemeriksaan menyeluruh oleh doktor anda. Anda patut segera ke unit kecemasan sekiranya tanda-tanda seperti dibawah berlaku;

  • sakit yang teruk atau kekejangan melampau di bahagian bawah perut
  • pendarahan yang banyak samada sakit atau tidak
  • vaginal discharge yang mengandungi tisu/selaput
  • pening dan pengsan
  • demam yang melebihi 38° atau kesejukan

 

Sebagai alternatif bagi mengelak masalah pendarahan ini dari berlaku, anda boleh amalkan pengambilan suplemen yang cukup bagi membantu anda dan bayi di dalam kandungan sihat. Malah pengambilan suplemen dari awal kehamilan dapat membantu anda bukan sahaja semasa kehamilan, malah boleh membantu mengelak sebarang komplikasi semasa kelahiran.

 

Klik sini untuk Set Hamil Shaklee

 

Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan lanjut klik di bawah untuk berhubung dengan saya melalui WhatsApp

 

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge