Punca, Simptom Dan Cara Merawat Penyakit Anemia

Anemia merupakan penyakit yang lazim dihidapi oleh masyarakat terutamanya kaum wanita. Biasanya penyakit ini dikaitkan dengan kekurangan nutrisi. Ketahui apakah punca lain penyakit ini, simptom serta cara mengatasinya.

Anemia berlaku apabila tahap sel-sel darah merah atau tahap hemoglobin lebih rendah dari biasa yang menyebabkan jumlah oksigen yang dibawa ke aliran darah berkurangan. Anemia yang biasa adalah disebabkan kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan hemoglobin dengan cukup.

Walaupun dianggap tidak merbahaya, tetapi anemia yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi yang lebih buruk. Antaranya jika seorang wanita yang mengandung mengalami anemia, mungkin mengalami risiko terhadap kecacatan kelahiran, perkembangan fizikal dan kognitif terjejas, peningkatan risiko kesihatan kepada kanak-kanak dan menyebabkan pengurangan produktiviti kerja kepada orang dewasa.

 

Jenis Anemia Dan Puncanya

Beberapa punca utama penyakit anemia telah dikenalpasti iaitu;

1. Anemia Kerana Kurang Zat Besi

Zat besi merupakan elemen utama dalam menghasilkan sel darah merah. Kekurangan zat besi adalah disebabkan seseorang itu tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Orang tua kerap mengalami anemia jenis ini akibat tabiat makan yang tidak seimbang dan juga kerana masalah kesihatan yang lain. Pendarahan yang banyak juga merupakan punca kepada anemia jenis ini. Antaranya disebabkan haid yang banyak, wanita hamil, buasir, pendarahan di perut atau usus seperti kanser.

 

2. Anemia Kerana Kurang Vitamin B12

Vitamin B12 juga merupakan komponen penting dalam penghasilan sel darah merah. Anemia boleh terjadi sekiranya seseorang tidak mendapat cukup vitamin B12. Penyakit seperti Pernicious Anaemiaadalah disebabkan perut tidak dapat menyerap vitamin B12. penyakit lain seperti Coeliac’s Disease atau Crohn’s Disease juga berisiko untuk mendapat untuk mendapat anemia. Ketagihan alkohol juga turut memberi kesan kepada punca penyakit anemia.

 

3. Haemolytic Anaemia

Jenis anemia yang mana sel darah merah dihapuskan oleh kerana sebab yang luar biasa. Jika penghapusan sel darah merah lebih laju dari penghasilannya, maka gejala anemia boleh berlaku. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan penyakit seperti, leukimia, kanser, infeksi, termasuk juga ubat-ubatan serta penyakit autoimun.

 

4. Aplastic Anemia

Aplastic anemia adalah satu keadaan apabila sumsum tulang tidak berfungsi dengan baik serta tidak dapat menghasilkan sel darah merah dengan cukup. Penyakit ini jarang berlaku, dan sekira berlaku ia amat serius menyebabkan pesakitnya tenat jika dibiar tanpa rawatan. Antara penyebab anemia jenis ini adalah jangkitan virus seperti HIV, EBV, pendedahan terhadap radiasi dan kemoterapi.

 

5. Thalassemia

Penyakit ini berlaku apabila pigmen hemoglobin dalam sel darah merah tidak terbentuk dengan betul. Thalassemia merupakan penyakit genetik, terdapat pelbagai jenis penyakit thalassemia dan ia bergantung kepada caranya merosakkan hemoglobin.

 

6. Sickle-cell Anemia

Penyakit ini adalah juga disebabkan oleh genetik. Sel darah merah akan berbentuk lain dan ia menyebabkan pergerakan darah dalam badan menjadi kurang cekap dan membawa kepada simptom anemia. Walaubagaimanapun, mereka yang menghidapi penyakit ini akan terhindar dari penyakit malaria.

 

Simptom Anemia

Walaupun terdapat pelbagai jenis anemia, namun umumnya simptom terhadap penyakit ini adalah sama. Berikut merupakan simptom yang sering dihidapi oleh pesakit anemia.

  • Rasa lemah, lesu, kurang bertenaga dan tiada daya untuk melakukan sesuatu pekerjaan
  • Lelah, rasa nafas seperti tidak mencukupi, tercungap-cungap terutama ketika melakukan aktiviti fizikal
  • Pening dan selalu pitam
  • Jantung berdebar dengan pantas
  • Kulit dan muka kelihatan pucat
  • Denyutan nadi lemah
  • Kerap berasa kebas tangan dan kaki
  • Deria rasa kurang sensitif
  • Apabila berjalan jadi kurang seimbang
  • Mempunyai masalah ingatan atau sering lupa

 

Rawatan Untuk Anemia

Beberapa rawatan yang disarankan oleh doktor setelah anda didiagnosis sebagai pesakit kurang darah atau anemia iaitu ;

1. Makan makanan seimbang – Anemia yang disebabkan kekurangan zat besi, pesakit perlu mengamalkan makanan seimbang bagi mengatasinya.

2. Pengambilan suplemen zat besi – Selain mengamalkan makanan semulajadi, pengambilan suplemen zat besi dan vitamin B complex  juga sangat membantu sebagai rawatan alternatif bagi mengatasi masalah ini.

3. Elak minuman alkohol – Minuman alkohol yang terlalu banyak diambil boleh menyebabkan masalah penyerapan vitamin B12 dan asid folik.

4. Transfusi darah – rawatan ini hanya dilakukan jika tahap darah terlalu rendah dan pesakit mengalami simpto yang terlalu seriu.

5. Pemindahan sum-sum tulang – Rawatan ini adalah cara terakhir bagi pesakit Apalstic Anemia dan Sickle-Cell Anemia jika sumsum tulang sudah tidak boleh berfungsi lagi.

6. Cari punca pendarahan dan menghentikannya – Jika terdapat pendarahan yang kronik seperti disebabkan penyakit seperti kanser, ulser perut dan sebagainya. Masalah anemia dapat diatasi dengan menghentikan pendarahan dari punca tersebut.

 

Suplemen Shaklee Untuk Merawat Penyakit Anemia

 

 

 

Berhubung dengan saya jika anda berminat untuk dapatkan Set Anemia ini.

Atau klik di bawah untuk pembelian secara online

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge