Simptom Dan Cara Rawat Kencing Kotor Dengan Suplemen Semulajadi

Pernah tak anda mengalami keadaan bila baru sahaja buang air kecil, tiba-tiba rasa nak buang air lagi. Kuantiti yang keluar pun sikit dan rasa sakit bila kencing. Kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah kencing kotor. Kenali beberapa simptom kencing kotor yang wajib anda tahu bagi mengelak dan merawatnya dari menjadi lebih parah.

Masalah kencing kotor (UTI) sebenarnya merupakan salah satu tanda pundi kencing bermasalah. Tahu tak anda, masalah pundi kencing ini lebih kerap menyerang golongan wanita. Wanita yang berusia 20 hingga 50 an adalah yang paling biasa mengalami masalah ini.

Kaum wanita lebih cenderung untuk mendapat masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran uretra mereka lebih pendek. Keadaan ini menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke saluran kencing . Masalah UTI ini sangat jarang berlaku kepada kaum lelaki.

 

Apakah Sebenarnya Kencing Kotor ?

Kencing kotor adalah disebabkan jangkitan pada saluran kencing dan kuman bakteria E.coli adalah penyebab bagi masalah ini. Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing melalui satu saluran kecil yang dipanggil ureter. Air kencing melalui saluran uretra pula untuk keluar dari badan kita.

Kuman dari jenis bakteria Escherichia coli (E.Coli) adalah penyebab 80% kepada kes-kes jangkitan kencing kotor. Bakteria ini boleh menyebabkan ;

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang juga dikenali sebagai sistitis
  • Jangkitan yang lebih serius adalah pada bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang iaitu pielonefritis
  • Keradangan uretra atau uretritis

 

Simptom Masalah Kencing Kotor

Antara simptom-simptom kencing kotor adalah;

  • Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil
  • Kencing sikit tetapi kerap atau tidak lawas
  • Sakit di bahagian bawah abdomen, bahagian pelvis, bahagian belakang bawah dan di bahagian sisi badan.
  • Rasa sejuk seperti nak demam, mengigil
  • Loya dan rasa nak muntah
  • Tidak dapat mengawal kencing
  • Air kencing berubah warna, keruh dan berbau busuk atau berdarah
  • Perubahan pada kuantiti air kencing, biasanya berkurangan
  • Sakit ketika bersetubuh
  • Sakit belakang, di bahagian buah pinggang dan kadang-kadang menyusur ke bahagian pingggang
  • Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera makan, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh di hujung anggota.

Ada juga beberapa kes kencing kotor yang tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda secara fizikal. Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau beberapa petua, namun jika tidak dirawat awal ia boleh menjadi lebih teruk.

 

Pencegahan Masalah Kencing Kotor

  1. Minum lebih banyak air sekurang-kurangnya 3liter air, sehingga air kencing menjadi jernih
  2. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan kencing boleh menyebabkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing
  3. Amalkan kebersihan diri yang betul, seperti mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas bagi mengelak perebakan bakteria dari kawasan dubur ke uretra.
  4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan jangan terlalu ketat. Pakaian dalam dari jenis nilon dan ketat akan menyerap haba dan menyebabkan kawasan sulit lembab
  5. Elakan dari mandian buih, sabun wangi, pencuci wanita, tampon dan napkin
  6. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin
  7. Tukar pakaian dalam setiap hari
  8. Tukar tuala wanita dengan lebih kerap
  9. Ambil vitamin C setiap hari bagi membantu melawan jangkitan kuman

 

Set Rawat Kencing Kotor Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus – Membantu mengasidkan urin, menguatkan sistem imun badan, mengawal pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

Garlic Complex – Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi dengan menghalang jangkitan kuman, kulat, bakteria, yis dan virus.

Alfalfa Complex – Berfungsi sebagai anti-kulat, mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor yang disebabkan jangkitan dari buah pinggang.

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Postage seluruh Malaysia

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge