Tanda Dan Cara Mengawal Penyakit Nephrotic Syndrome

Masalah Nephrotic Syndrome atau juga dikenali sebagai penapis buah pinggang bocor merupakan satu gangguan pada buah pinggang di mana ia menyebabkan badan mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing. Nephrotic Syndrome adalah disebabkan oleh kerosakan pada jaringan saluran darah di dalam ginjal yang menapis sisa buangan dan air yang berlebihan di dalam badan.

Pada keadaan yang normal Glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Pada masalah Nephrotic Syndrome ini, Glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein keluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Keadaan ini dipanggil Proteinuria yang menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

 

Tanda-tanda Nephrotic Syndrome

Antara tanda-tanda yang biasa dialami oleh pesakit Nephrotic Syndome adalah;

  • Bengkak (Edema) terutamanya pada sekitar mata dan dipergelangan kaki.
  • Air kencing berbuih, ini adalah disebabkan oleh protien yang berlebihan di dalam air kencing
  • Penambahan berat badan, ini adalah disebabkan oleh pengumpulan cecair dalam badan.
  • Mengalami ruam dan gatal-gatal pada kulit, akibat kegagalan buah pinggang mengeluarkan bahan kumuh dari badan
  • Kurang selera makan
  • Sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang
  • Lesu, loya dan muntah-muntah
  • Sukar bernafas dan sakit kepala

 

Komplikasi Yang Mungkin Terjadi Akibat Dari Penyakit Nephrotic Syndrome

1. Masalah Darah Beku

Masalah ini berlaku disebabkan kegagalan glomerulus menapis darah dengan betul yang boleh menyebabkan kehilangan protien darah yang berfungsi bagi membantu mencegah pembekuan. Keadaan ini meningkatkan risiko terjadinya darah beku di dalam salur darah.

2. Kolesterol Dan Trigliserida Darah Tinggi

Apabila tahap albumin protien dalam darah menurun, hati akan menghasilkan lebih banyak albumin. Juga pada masa yang sama hati akan menghasilkan lebih kolesterol dan trigliserida.

3. Kekurangan Nutrisi

Kehilangan protein darah yang banyak boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, namun selalunya tidak dapat dikesan kerana bengkak yang berlaku pada sesetengah bahagian badan. Anemia juga biasa di kaitkan dengan masalah ini kerana kekurangan sel darah merah, vitamin D dan kalsium.

4. Tekanan Darah Tinggi

Kegagalan glomerulus dalam menapis sisa buangan badan boleh mengganggu aliran darah (uremia) akibatnya ia boleh meningkatkan tekanan darah.

5. Kegagalan Buah Pinggang Akut

Apabila buah pinggang mula kehilangan keupayaan untuk menapis darah akibat kerosakan pada glomerulus, sisa buangan akan terkumpul dengan cepat di dalam darah. Dialisis perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku.

6. Penyakit Buah Pinggang Kronik

Nephrotic syndrome boleh menyebabkan fungsi buah pinggang anda berkurang secara beransur-ansur. Pemindahan buah pinggang atau dialisis akan dilakukan sekiranya fungsi buah pinggang semakin merosot.

 

Rawatan Alternatif Nephrotic Syndrome

Pada kebiasaanya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan kepada pesakit bagi mengawal tanda-tanda serta merawat gejala Nephrotic syndrome ini, namun apa yang kita sedia maklum ubatan ini boleh memberikan kesan sampingan yang sangat bahaya apabila diambil dalam jangkamasa yang panjang.

Tonton video ini, lihat bagaimana pesakit ini boleh sembuh dari penyakit Nephrotic Syndrome tanpa steroid

Sembuh Nephrotic Syndrome dengan Vivix Shaklee

Video Finalist ke Enam!!!Jom tonton dan kongsikan Video #6 finalist cabaran #SupermomShakleeStory oleh Pn Tinie Badri

Posted by Supermom Shaklee Story on Selasa, 19 Januari 2016

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.”

-Muhamad Rosdi Ismail-

 

Nephrotic Syndrome Ikhtiar Dengan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee adalah campuran botanikal Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan lobak ungu. Keempat-empat bahan ini memang terkenal kaya dengan sebatian polifenol. Vivix bertindak dengan cara merawat penyakit dari peringkat sel. Vivix yang diambil dengan konsisten dan cara yang betul, InshaAllah dapat mengawal serta merawat penyakit Nephrotic Syndrome secara selamat dan semulajadi.

Pertambahan pesakit Nephrotic Syndrome ini kian meningkat saban tahun di Malaysia, jadi jika anda salah seorang atau ada ahli keluarga anda yang menghidapi penyakit ini, saya sarankan anda berikhtiar dengan Vivix Shaklee dari sekarang. Rawat serta kawal penyakit ini lebih awal supaya ia tidak menjadi lebih teruk kerana buah pinggang merupakan antara organ terpenting di dalam tubuh. Jika satu organ telah rosak, akan mengakibatkan organ yang lain juga tidak dapat berfungsi dengan baik kerana semuanya saling berkaitan.

 

Dapatkan sebotol Vivix hanya dengan satu klik

Setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi ekslusif dan cara pengambilan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Nak lagi jimat ?? Klik di bawah

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut….

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge