Tips Bisnes Part Time Yang Mudah Bagi Mereka Yang Bekerja

Di zaman ekonomi tidak menentu ini ramai yang mengambil peluang buat part-time bisnes. Memang syok, gaji pun dapat, untung dari bisnes pun dapat. Sebenarnya tak salah pun lakukan bisnes sambil bekerja, yang penting anda mestilah cekap, pandai menguruskan masa dan tidak menganggu kerja hakiki.

Mula-mula sekali kita kena tahu apa tujuan kita nak mulakan sesuatu bisnes part time. Of course lah sebab nak tambah pendapatan yang sedia ada. Di zaman serba mencabar ini, dengan kos sara hidup yang tinggi kadang-kadang jika kita hanya bergantung dengan gaji dari kerja hakiki masih tidak mencukupi walaupun suami isteri bekerja. Bayar rumah, kereta, yuran taska anak, perbelanjaan dapur, duit minyak untuk pergi kerja, sudahnya untuk diri sendiri tidak ada. Jadi di sinilah fungsinya bisnes part time.

Atau anda adalah seorang isteri yang berangan-angan untuk menjadi surirumah sepenuh masa, tapi tidak mahu ada masalah kewangan sekiranya anda berhenti kerja ?Jadi, untuk permulaan sebelum anda betul-betul berhasrat untuk menjadi surirumah dan bisnes sepenuh masa dengan selesa, anda bolehlah bisnes sambil bekerja dahulu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berhenti kerja. Gaji dari kerja hakiki anda itu bolehlah digunakan sedikit sebanyak untuk modal bisnes anda.

Tips Bisnes Part Time Bagi Mereka Yang Bekerja

Beberapa tips boleh digunapakai untuk anda yang sedang bekerja tapi nak bisnes part time.

1. Pilih Bisnes Yang Tidak Menganggu Kerja Anda

Bekerja sambil berniaga memang besar tangungjawabnya, oleh itu mulakan dengan sesuatu yang sangat mudah. Bisnes online amat sesuai bagi mereka yang bekerja, semuanya anda boleh lakukan dihujung jari. Tugas pemasaran, pesanan dan penghantaran boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Bisnes sebegini tidak memerlukan anda untuk turun kelapangan.

2. Mesti Sanggup Korbankan Masa

Berniaga sambil bekerja sememangnya satu tugas yang berat. Korbankan masa rehat dan tidur untuk anda buat persediaan bisnes part time anda. Di waktu orang lain sedang seronok berehat – rehat, anda terpaksa bertungkus lumus untuk memajukan bisnes part time anda. Namun itulah pengorbanan yang anda harus lalui jika nak berjaya.

3. Tetapkan Modal

Berapa banyak modal yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis bisnes yang anda mahu lakukan. Ada yang memerlukan modal yang banyak, ada yang sedikit dan ada juga tanpa modal. Namun dinasihatkan pilih bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak dan elak dari membuat pinjaman. Cara ini akan lagi menyusahkan dan membebankan anda. Jika bisnes yang anda pilih memerlukan modal yang sedikit, gunakan sebahagian dari gaji anda untuk buat modal bisnes. Sekiranya anda tidak ada modal, anda boleh menjadi agen, atau dropship bagi bisnes lain dahulu. Bisnes jenis ini adalah cara paling mudah untuk menambah pendapatan.

4. Jadualkan Posting

Jika anda bisnes online, posting untuk Facebook dan Instagram boleh dijadualkan lebih awal. Sediakan posting anda pada malam sebelumnya dan jadualkannya. Cara ini boleh dilakukan setiap hari tanpa henti dan ia sememangnya banyak menjimatkan masa.

5. Cari Masa Untuk Belajar Ilmu Bisnes

Walaupun anda mempunyai kerja hakiki, cari masa untuk upgrade diri dengan ilmu bisnes. Banyak bisnes ditimpa masalah sekiranya peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tidak turunkan ilmu, coaching orang bawahan. Ini antara sebab atau punca downline lari kepada bisnes lain kerana anda tidak luangkan masa untuk membimbing mereka. Oleh kerana anda masih bekerja, cari masa yang sesuai atau dengan cara lain iaitu menggunakan medium seperti WhatsApp untuk selalu berhubung.

6. Jangan Salah Guna Waktu Kerja

Anda perlu bijak untuk menguruskan masa ketika bekerja. Jangan abaikan kerja anda semata-mata untuk bisnes. Nanti gaji tak berkat. Selesaikan dulu urusan kerja, barulah tumpukan pada bisnes. Jika anda betul-betul berminat untuk bisnes sepenuh masa dan rasakan ianya boleh berjaya, setkan satu target bila anda boleh berhenti kerja untuk fokus pada bisnes. Namun sebelum itu pastikan anda cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan serta menguruskannya dengan lebih sistemetik.

 

Jom tonton video ini, perkongsian dari Puan Fatimah Azzahra bercerita apa yang dia dapat dengan bisnes Shaklee

Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

Apa Yang Bestnya Dengan Bisnes Shaklee ?

Jika anda masih lagi tercari-cari bisnes yang boleh dilakukan sambil bekerja, Shaklee adalah jawapannya kerana;

  • Modal serendah RM 75 (SM)/RM 85 (SS) untuk join ahli Shaklee
  • Produk yang bermanfaat iaitu ada ujian klinikal, ada landmark study yang dilakukan, produk telah dikaji dan terbukti semulajadi, selamat dan berkesan
  • Bisnes yang tidak bermusim dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi
  • Bisnes yang ada mentor iaitu ada group sokongan yang boleh membantu membina bisnes dan empayar
  • Bisnes yang tiada had pendapatan
  • Bisnes yang fleksibel, boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila sahaja

Jika anda juga berminat untuk buat bisnes Shaklee sambil bekerja dan tidak tahu bagaimana nak mulakannya ? Boleh hubungi saya untuk kita bincang lebih lanjut. Sama-sama kita berganding untuk menuju ke puncak !!

 

Your Business Mentor,

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge