Ramai yang sedia maklum apa itu kolesterol. Namun ramai juga yang tidak mengendahkan risiko kolesterol pada tubuh. Bila cakap pasal kolesterol mesti dikaitkan dengan orang yang gemuk. Jangan tak tahu, orang kurus pun sebenarnya berisiko ada kolesterol tinggi !. Entri saya pada kali ini akan saya kongsikan tips makanan yang boleh bantu kurangkan kolesterol jahat dari sumber semulajadi.
Apa Itu Kolesterol ?
Kolesterol sebenarnya adalah bahan berlemak yang ada di dalam darah kita. Kolesterol baik berfungsi menghasilkan membran sel dan menukar cahaya matahari yang terserap ke dalam tubuh kepada vitamin D. Apabila seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, seperti makan makanan yang tinggi dengan lemak, merokok, tidak bersenam, obesiti dan minum alkohol, keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan kolesterol jahat yang banyak di dinding arteri. Kesan dari masalah kolesterol tinggi, anda mudah terdedah kepada penyakit seperti sakit jantung, stroke dan beberapa penyakit kronik yang lain.
Makanan Yang Boleh Mengurangkan Kolesterol Jahat
Beberapa makanan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kolesterol jahat anda.
1. Bawang Merah
Bawang merah sangat mudah untuk didapati. Ianya hanya dari dapur anda. Kajian saintis dari Hong Kong mendapati bawang merah boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Banyakkan pemakaian bawang dalam masakan atau mungkin boleh cuba jus bawang bersama madu.
2. Cuka Epal
Cuka epal dikata boleh mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Selain itu cuka epal juga bagus untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux. Boleh amalkan sesudu cuka epal bersama segelas air suam untuk 2-3 kali sehari. Boleh juga campurkan cuka epal bersama jus buah-buahan seperti oren, epal dan nenas.
3. Oat
Oat jika diamalkan selalu boleh mengurangkan kolesterol dan mencegah kolesterol jahat. Amalkan oat bersama 3 gram serat dan beta-glucan. Untuk lebih menjadikan hidangan lebih sedap, boleh dicampurkan dengan buah-buahan seperti strawberi, blueberry, peach, kekacang seperti badam, walnut serta madu.
4. Minyak Ikan
Minyak ikan mengandungi omega 3 berfungsi membantu mengurangkan lemak dalam darah dan mengatasi masalah jantung. Cuba amalkan diet harian dengan makan ikan berbanding protien lain. Antara ikan yang tinggi dengan asid lemak omega 3 ialah tuna, salmon, sardin, trout, ikan bilis dan sebagainya.
5. Biji Ketumbar
Biji ketumbar membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta sangat bagus diamalkan oleh pesakit kencing manis. Boleh cuba ambil 2 biji ketumbar direbus bersama secawan air. Setelah mendidih, tapis dan minum air rebusan ketumbar. Amalkan dua kali sehari. Lebih sedap jika ditambah sedikit gula atau susu.
6. Jus Oren
Amalkan minum jus oren juga boleh mengurangkan kolesterol jahat kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids. Amalkan minum jus oren dua kali sehari.
7. Kekacang
Jenis kekacang yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan kolesterol adalah walnut, almond dan segala jenis kekacang kerana ia kaya dengan serat. Makan seperti snek dalam segenggam setengah.
Selain mengamalkan makanan-makanan yang boleh membantu mengurangkan kolesterol, gaya hidup sihat seperti lakukan senaman paling kurang 2 kali seminggu, tinggalkan habit merokok, tidur dengan cukup serta pandai mengawal stress juga patut diamalkan supaya anda hidup lebih sihat.
[Klik sini –>> Tip Hilangkan Bintik Kolesterol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi]
Suplemen Shaklee Untuk Masalah Kolesterol Tinggi
[Klik sini –>> Testimoni Cara Turunkan Kolesterol Dengan Cepat Dan Berkesan]
Nurulaily Ishak
Shaklee ID : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Postage seluruh Malaysia
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut…