Tips Memilih Bisnes Yang Tepat Untuk Dimulakan

Ramai orang yang ingin berbisnes, tetapi mereka tersilap memilih bisnes mana yang boleh bertahan dan menguntungkan. Banyak juga bisnes yang mati sekerat jalan tak sampai tempoh setahun pun setelah memulakannya. Kenapa agaknya jadi begitu ? Artikel kali ini saya nak kongsikan tips memilih bisnes yang tepat dan mudah bagi memulakan sesuatu perniagaan.

Di zaman ini, banyak yang kita harus lakukan demi untuk bersaing dengan kehidupan yang serba mencabar. Duduk diam tanpa melakukan apa-apa bukan suatu pilihan yang tepat, kita harus bangkit untuk meneruskan kehidupan ini.

Banyak situasi yang dapat dilihat dimana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, bila hidup hanya bergantung dengan gaji bulanan. Gaji pula cukup-cukup makan dan adakalanya terkucil bila ada situasi-situasi yang tidak dijangka berlaku. Ada pula kisahnya sudah lama berkhidmat, namun kenaikan gaji merupakan satu mimpi sahaja. Jadi hidup sentiasa bergelut untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Ada pula situasinya syarikat yang besar dan gah terpaksa gulung tikar. Para pekerja pula hilang mata pencarian. Ada pula syarikat yang terpaksa mengurangkan tenaga kerja, akibatnya pekerja diberi pilihan VSS walaupun sudah lama berkhidmat.

Sedar atau tidak kedudukan kita sebagai pekerja sebenarnya sangat rapuh, walaupun kita adalah orang paling penting dalam syarikat. Kedudukan kita tidak dijamin oleh siapa kita disisi bos, tetapi apa yang kita boleh lakukan demi mengharungi keadaan ekonomi di zaman ini.

Seharusnya kita mempunyai Plan B untuk situasi yang tidak dijangka berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, dan pastikan payung itu cukup besar dan kukuh. Jadi pilihan yang kita ada untuk menampung kos perbelanjaan harian adalah dengan memulakan bisnes yang tepat.

Mulakan sekarang dengan serius, tanpa alasan, tanpa nanti. Mesti berani bertindak !!!!

Tips Memilih Bisnes

Ada beberapa tips untuk memilih bisnes iaitu;

1. Pilih Bisnes Yang Kita Suka Lakukan

Nak mulakan sesuatu bisnes, adalah lebih mudah sekiranya ia seiring dengan minat kita. Ini penting bagi memastikan kita sentiasa bersemangat dan tidak jemu dengan apa yang kita buat.

2. Bisnes Yang Sentiasa Berkembang

Pilih bisnes yang terbukti berkembang, dan ada perkembangan, sudah lama bertapak dan bersifat jangka panjang. Ia penting supaya kita tidak terhenti separuh jalan.

 

3. Ada Hala Tuju

Lakukan bisnes yang mempunyai hala tuju bukan sekadar meraih keuntungan untuk syarikat semata. Syarikat yang sentiasa mahu berkongsi manfaat dan memberi sumbangan terhadap masyarakat dan alam sekitar.

4. Tidak Perlu Berhutang

Pilih bisnes yang tidak memerlukan anda berhutang. Mulakan dengan bisnes tanpa modal atau dengan modal yang kecil. Bisnes dropship juga merupakan bisnes yang amat popular boleh dilakukan. Tidak ada produk sendiri namun masih boleh berbisnes.

5. Produk Yang Ditawarkan

Produk yang hendak diniagakan mesti mempunyai permintaan tinggi dan mampu bersaing. Selain itu pilih produk yang sentiasa digunakan setiap hari dan akan repeat order setiap bulan.

 

Apakah Bisnes Yang Paling Sesuai Dengan Tips Di Atas ?

Jawapan saya tidak lain dan tidak bukan adalah bisnes Shaklee. Bisnes Shaklee merupakan bisnes yang boleh dilakukan dengan modal yang kecil, tetapi boleh memberikan keuntungan berlipat-ganda.

Selain boleh menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee, kesihatan juga dapat ditingkatkan dengan mengamalkan suplemen yang memang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Satu kepuasan sekiranya dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan dengan mencadangkan suplemen Shaklee yang terbaik dan berkesan dengan masalah mereka.

Bisnes Shaklee bukan sekadar MLM biasa, tetapi merupakan suatu landasan untuk kita berjaya mencapai impian. Telah terbukti ramai yang berjaya dan dapat bebas dari kesulitan hidup dengan menjana income dari bisnes Shaklee. Jadi jika anda juga mempunyai impian untuk berjaya. Mari kita mengorak langkah, mulakannya sekarang.

 

 

Hubungi saya untuk saya bantu anda. Sama-sama kita berganding mencapai impian !

 

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge