Tips Pemakanan Untuk Tingkatkan Kesuburan

“Hmmm.. satu line lagiiii.” Rasa kecewa setiap kali buat ujian pada pregnancy test kit ? Bukan setakat saban bulan, ada yang bertahun menunggu kehadiran zuriat. Bila jumpa doktor, disarankan pula buat IVF dan rawatan kesuburan yang bukannya murah. Nak tahu bagaimana cara nak tingkatkan kesuburan secara semulajadi ?

Memiliki cahayamata merupakan impian bagi setiap mereka yang telah mendirikan rumahtangga. Namun ada di antaranya tidak dapat merealisasikan impian ini atas sebab ketidaksuburan. Bila merujuk masalah ini di klinik, doktor akan memberikan suntikan dan ubat hormon bagi membantu menigkatkan kesuburan. Ubat-ubat ini pula selalunya memberi kesan sampingan untuk jangkamasa panjang. Jadi lebih elok sekiranya, mencari alternatif lain dari sumber yang semulajadi.

Bagaimana Masalah Kesuburan Boleh Terjadi ?

Bagi mengatasi masalah kesuburan pada peringkat awal, doktor biasanya menasihati agar mengamalkan gaya hidup sihat, disamping mengambil beberapa vitamin atau makanan tambahan bagi membantu meningkatkan kesuburan. Masalah kesuburan biasanya dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tidak sihat, diet yang tidak seimbang juga gaya hidup bagi sesetengah mereka yang selalu mengalami tekanan perasaan.

Selain dari itu,  tabiat merokok, kekerapan seseorang berada di kawasan yang tercemar udaranya juga boleh menjejaskan kesuburan. Masalah kesuburan ini bukan sahaja berlaku pada wanita, malah kaum lelaki juga terdedah untuk mengalaminya.

Sumber Makanan Yang Boleh Meningkatkan Kesuburan

Selain mencuba perubatan moden, pengambilan makanan seperti di bawah juga boleh di amalkan;

1. Buah Dan Sayuran Segar

Banyakkan makanan buah dan sayuran segar dalam diet harian anda kerana ia mempunyai banyak khasiat terhadap tubuh badan. Buah dan sayuran segar tinggi dengan khasiat antioksidan, serat, vitamin c yang boleh membantu penyerapan zat besi, di samping melancarkan pergerakan usus bagi menyingkirkan toksin dari badan. Sayuran berdaun hijau pula kaya dengan asid folik yang penting bagi sistem peranakan wanita.

2. Vitamin D

Vitamin D boleh didapati dari sumber makanan seperti susu, mentega, keju, bijirin, dan telur dan ia berfungsi membantu penghasilan hormon seks sepanjang proses ovulasi. Menurut kajian seseorang mempunyai lebih potensi untuk hamil, sekiranya kerap mengambil makanan dari sumber tenusu. Sebaiknya, pilih dari jenis yang rendah lemak.

3. Makanan Sumber Protien

Sesetengah pakar mendapati bahawa pengambilan protien sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan. Protien bukan sahaja dari sumber haiwan seperti ayam, lembu dan sebagainya, malah boleh juga didapati dari sumber tumbuhan seperti kacang buncis, kacang soya, kurma dan sebagainya.

4. Asid Folik

Pengambilan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan bukan sahaja pada wanita, malah ia juga membantu merawat kesuburan pada lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Bagi wanita pula, kebaikkan asid folik dala kesuburan adalah kerana ia membantu dalam proses spermatogenesis, selain membantu mematangkan ovum dan mengurangi risiko keguguran.

5. CoQ10

Badan kita semakin kurang menghasilkan CoQ10 kerana faktor umur dan kajian menunjukkan bahawa mengambil CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita. CoQ10 boleh didapati dari sumber makanan seperti daging merah, brokoli, kekacang dan sebagainya. Namun untuk mencukupi keperluan CoQ10 dalam badan, kita perlu mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.

6. Vitamin C

Vitamin C diperlukan bukan sahaja untuk meningkatkan imuniti tubuh tetapi juga menjadikan seseorang wanita itu subur. Banyak sumber vitamin C boleh didapati dari makanan seharian kita contohnya, mangga. oren, betik, tomato, brokoli dan sebagainya.

7. Omega 3

Asid lemak Omega 3 tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, untuk memenuhi keperluan ini, kita boleh mendapatkannya daripada minyak ikan, minyak kacang dan tumbuhan tertentu.  Terdapat satu kajian di Netherlands, yang mengatakan Omega 3 boleh membantu meningkatkan kualiti embrio. Selain daripada itu, Omega 3 juga mengurangi keradangan dalam badan dan memastikan keseimbangan hormon serta perkembangan otak bayi.

8. Air

Apabila seseorang minum air dengan kadar yang mencukupi (2-3liter sehari) bagi keperluan badannya, ia juga membantu meningkatkan kandungan cecair serviks didalam badannya. Cecair serviks ini sangat penting bagi memudahkan sperma berenang menuju ke dalam uterus seterusnya melekat pada telur.

 

Set Kesuburan Shaklee adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri. Dalam masa yang sama meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan serta tubuh secara keseluruhannya.

Testimoni

[PENANTIAN UNTUK HAMIL SELAMA 2 TAHUN BERAKHIR SELEPAS IKHTIAR DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya Norshahidah Saffana binti Mohd Nor. Seorang Jururawat dan ibu kepada 2 orang anak iaitu Iyad Dzulfiqar 3tahun dan Idlan Harith 21hari.
.

Testimoni kali ini saya ingin kongsikan tentang penantian saya untuk hamil selepas 2tahun perkahwinan saya dan suami Mohd Ikhtisyamuddin bin Abd Rashid.
.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 03 Mac 2012. Sejak dari tarikh kami diijabkabulkan,saya berusaha untuk mendapatkan zuriat yang pertama memandangkan ramai diantara rakan sebaya saya telah disahkan hamil.
.

Setiap bulan saya mengharapkan ada berita baik. Sehinggakan setiap hari saya mengadu kepada suami yang saya inginkan zuriat pertama.
.

Setelah hampir setahun lebih berusaha,saya terbaca testimoni set kesuburan Shaklee di laman sosial dan saya nekad untuk mencubanya.
.

Saya terus mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP dan GLA untuk saya,manakala Vitamin E dan Zinc untuk suami. Saya dan suami memang konsisten amalkan set kesuburan ini.
.

Pada Ogos 2013 saya telah disahkan hamil anak yang pertama. Bermula dari set kesuburan shaklee saya terus jatuh cinta untuk mencuba dengan set kehamilan shaklee.
.

Alhamdulillah sekarang anak saya yang pertama berusia 3tahun 6bulan.. Saya juga amalkan set kehamilan shaklee ketika mengandung anak yang ke 2..
.

Kawan-kawan yang berusaha untuk hamil boleh ikhtiar mencuba set kesuburan shaklee ini..
.

Alhamdulillah inilah sebahagian dari shaklee effect saya.

 

Jika anda berminat nak dapatkan Set Kesuburan Shaklee, anda boleh beli secara online dengan klik button di bawah

Setiap pembelian anda layak mendapat konsultasi ekslusif dan cara pengambilan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Nak lagi jimat ?? Klik di bawah

Nurulaily Ishak

Shaklee ID : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut….

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge